Tengku Hatta memerhatikan tindak-tanduk Armel yang sedang berbual dengan seorang lelaki diruang tamu. Buat masa ini , perasaan marah ataupun cemburu masih belum berputik lagi. Dia selamba saja memandang isterinya yang sepertinya bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh lelaki asing itu.
"Siapa tu? Bekas boyfriend dia ke?" Tengku Hatta mula berasa curiga pada lelaki itu. Dia perasan yang lelaki asing itu asyik memandang keadaan sekeliling.
"Mencurigakan.." gumamnya lantas menghampiri mereka secara perlahan. Mata helangnya tidak lepas mencerlung tajam lelaki itu.
"I think I should-" Perbualan lelaki asing itu terhenti apabila dia terpandang Tengku Hatta disamping Armel. Mukanya pucat. Dengan perlahan dia bangun dari duduk. Earphone yang telah dipasang ditelinga ditekannya. Derap langkah laju menapak ke pintu untuk melarikan diri.
"He's here!" pekiknya lantas bergegas meluru ke pintu. Namun pergerakannya terbantut apabila Tengku Hatta terus menghempas pintu utama dengan kuat sekali. Boleh tercabut pintu dibuatnya.
PAKK!
"Masuk dalam Mel!" jerit Tengku Hatta. Tali leher yang diikat kemas dikolar baju milik lelaki asing itu ditarik ke arahnya. Satu tumbukan hinggap ke muka lelaki tersebut.
Tengku Harith yang baru saja selesai melabur , terus berlari ke ruang tamu sebaik sahaja terdengar bunyi kecoh itu.
"Woi! Woi! Woi! Ep!" Dari jauh lagi Tengku Harith sudah membuka langkah. Dia melompat lalu menyepak kepala lelaki itu. Sempat hidung dicuit sebelum kakinya selamat mendarat ke lantai.
"Sekali tendang je terus K.O?" ujar Tengku Harith dengan sengihan.
Tengku Hatta membuat muka masam. Dia langsung tidak berpeluang untuk memberi pengajaran pada lelaki tadi. Kemunculan Tengku Harith yang terbang seperti belalang tadi membuat dia berasa sedikit kesal.
"Bagilah abang peluang pula. Dah lama sangat ni abang tak buat kerja ni," rungutnya.
KREK!
Dua beradik itu mendiamkan diri apabila terdengar bunyi pelik. Tengku Hatta menoleh ke belakang. Dilihatnya pintu utama telahpun tercabut. Dia memekakkan telinga sebaik sahaja pintu itu jatuh ke lantai. Muka blur ditayang.
"Abang yang buat erk?" tanya Tengku Harith.
Tiada jawapan daripada Tengku Hatta. Lelaki itu baru teringat tentang Armel yang tadinya berada dibelakangnya. Lelaki itu gelabah. Cepat-cepat dia memalingkan muka ke belakang.
"He saw me!" Rupa-rupanya , seorang lagi lelaki asing telah masuk ke dalam rumah tanpa diundang. Dia resah apabila dia bertentangan mata dengan Tengku Hatta.
Mata Tengku Hatta fokus kepada Armel yang tidak sedarkan diri didalam pelukan lelaki lain. Membahang hatinya bila lelaki itu suka hati mencempung tubuh isterinya menuju ke kereta.
"Ada seekor babun lagi dekat sini!" Tengku Harith melompat lagi. Sasarannya hendak menyepak kaki lelaki itu pula. Tapi apakan daya , kakinya tidak sampai hendak berbuat demikian. Lelaki itu lebih pantas melarikan diri. Dia dan Armel sudah selamat masuk ke dalam keretanya.
Tengku Hatta mengejar dari belakang. Tanpa dia sedari , lengannya yang dibaluti dengan kapas berdarah kembali. Rasa sakit langsung tidak dirasainya. Yang dia rasa adalah sakit hati plus marah plus geram dengan lelaki botak tadi yang berjaya membawa Armel bersamanya.
"Harith! Kunci kereta!"
"Nah!" Kunci kereta dilambung tinggi ke udara. Nasib baik Tengku Hatta berjaya menyambutnya. Bayangkan kalau tak berjaya sambut kunci tu tadi , buat malu je. Hilang maco nanti.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...