Bab 35

4.7K 238 6
                                    

TENGKU HATTA membuka matanya perlahan. Dia menoleh ke kanan. Kemudian memandang kiri pula. Semua keluarganya ada menemaninya didalam wad ini. Semuanya sudah terlena. Anak mata kelabunya mencari-cari kelibat Armel didalam wad tersebut. Namun tiada bayang-bayang isterinya disitu.

Sudahkah dia melupai janjinya terhadap aku sebelum ini? Berjanji untuk menemani aku sehingga nafas yang terakhir?

Wahai cinta , dimana kau? Kenapa kau tiada sewaktu aku sangat memerlukanmu?

Walaupun terasa lemah untuk bangun , tetapi Tengku Hatta gagahi juga hendak turun dari katil. Dia berhati-hati sewaktu menyelak selimut yang menutupi tubuhnya. Berniat tidak mahu mengejutkan Puan Farahin yang tidur disampingnya.

Jarum yang tercucuk pada tangannya ditarik kasar. Mukanya berkerut menahan sakit. Derap kaki melangkah masuk ke dalam tandas lalu dikunci dari dalam.

"Abang rindukan Mel..." ucapnya dengan tangisan. Tengku Hatta mendepakan tangan ke sinki lalu memandang wajahnya melalui pantulan cermin. Mukanya sangat pucat sekali.

"Sampai hati Mel tinggalkan abang dalam keadaan abang macam ni..."

Rambutnya menutupi separuh matanya yang menawan. Hidung lelaki itu pula merah. Bibirnya terbuka sedikit tatkala menangisi pemergian Armel.

"Sakit ini... membunuh jiwa abang dalam diam sayang. Abang perlukan Mel sekarang ni untuk kurangkan rasa sakit ni..." bisiknya perlahan.

Tatkala dirinya sedang menangis teresak-esak , kepalanya kembali sakit. Laju tangan Tengku Hatta mencengkam rambutnya. Dia menjerit dalam diam. Rasa sakit sudah tidak dapat ditahan lagi. Dia menyentuh cermin. Cuba untuk mengelakkan tubuhnya melorot jatuh ke lantai.

Mungkinkah hari aku akan tiba tidak lama lagi?

"Kenapa..." katanya sambil menahan sakit.

Tiba-tiba Tengku Hatta menjadi lemah. Tubuhnya mula rebah namun dia pantas berpaut pada sinki. Dengan kekuatan yang ada , lelaki itu kembali menatap cermin. Untuk melepaskan rasa sakit yang semakin parah , Tengku Hatta terus menumbuk cermin itu sehingga retak dan pecah. Luka tangannya kerana melakukan perkara itu.

Bunyi yang kuat mengejutkan keluarganya yang sedang leka tidur. Mereka bergegas hendak membuka pintu tandas namun tidak berjaya. Nampaknya Tengku Hatta sudah menguncinya dari dalam.

"Hatta! Buka pintu ni!" jerit Puan Farahin dari luar. Berkali-kali dia menepuk pintu , berharap agar anaknya membuka pintu.

"Hatta! Jangan buat perkara yang bukan-bukan. Buka pintu ni!" Tengku Hakim turut melakukan perkara yang sama.

"Erghhhhhhhhh!!!" jeritan Tengku Hatta menambahkan lagi kerisauan mereka.

"Hatta!" Kali ini Tuan Chaisai hendak menendang pintu tandas. Tapi usahanya gagal. Pintu itu sedikitpun tidak terbuka. Austin dan Tengku Harlan berura-ura hendak mengulangi langkah Tuan Chaisai tadi. Mereka berpakat untuk merempuh pintu itu secara serentak.

"Tepi! Biar kami yang rempuh pintu ni!" ujar Tengku Harlan.

"Erghhhhhhhhh!!!" Tengku Hatta mengerang kesakitan lagi. Semakin resah Puan Farahin dan Tengku Hakim. Tangisan si ibu mula kedengaran disegenap ruang wad tersebut. Ya Allah ya Tuhanku , janganlah terjadi sesuatu kepada anakku.

Sewaktu Tengku Harlan dan Austin berlari laju menuju ke pintu , tubuh mereka pula yang ditolak ke belakang oleh pintu itu. Mereka berdua tertiarap di atas lantai. Bodoh punya pintu! Abang aku tengah sakit dekat dalam tu! Kau tak nak terbuka pulak?!

"Mummy! Hatta mana mummy?" Kemunculan Armel disitu mengejutkan semua orang. Laju ibu mertuanya menghampirinya dengan tangisan.

"Mel... tolong mummy. Hatta ada dalam tandas tu. Kami dengar bunyi cermin pecah tadi dekat dalam! Mummy takut kalau Hatta buat sesuatu!"

Armel terpana. Kali ini dia pula yang mencuba nasib. Tangan kecilnya menepuk kasar pintu tandas.

"Abang! Ini Mel abang! Buka pintu ni!" ujar Armel.

Tengku Hatta memeluk lutut. Satu tangannya pula mencengkam kuat kepalanya yang seakan-akan mahu meletup saat ini. Pipinya basah dan dipenuhi dengan air mata. Serpihan kaca-kaca berterabur diatas lantai. Darah yang mengalir pada tangannya membuatkan lengan baju Tengku Hatta dibasahi dengan cairan pekat berwarna merah itu.

"Erghhhhhhh!" Lelaki itu sudah rebah ke lantai. Kaki digerakkan tanda perit sekali.

"Abang! Buka pintu ni!" Tombol pintu dipulas berkali-kali oleh Armel. Suara jeritan suaminya membuatkan hatinya dihiris sembilu. Rasa sakit yang dialami oleh Tengku Hatta turut dia rasai.

"Mel janji Mel takkan pergi dari hidup abang.. Mel janji ... janji akan ada disamping abang sampai bila-bila. Mel nak jaga abang sampai nafas yang terakhir... Mel nak jaga abang..." ucap Armel dengan tangisan.

"Buka pintu ni abang..." Armel menyandarkan kepalanya ke pintu. Matanya dipejam rapat.

"Tepi sikit!" Tiba-tiba Satra muncul. Dia memberi isyarat tangan pada Armel supaya menjauhkan diri dari pintu itu. Bibir dikemam. Satra sudah bersedia untuk merempuh pintu itu untuk keselamatan adik kembarnya yang sedang berlawan dengan sakitnya ketika ini.

BAMM!

Sekali cubaan sahaja , Satra berjaya membuka pintu dengan cara yang kasar. Dia pantas mendapatkan Tengku Hatta yang terbaring lemah diatas lantai. Dipaut lengan Tengku Hatta lalu menbawanya menghampiri katil pesakit.

"Kau buat apa ni hah?! Cederakan diri sendiri dah kenapa?!" marah Satra lalu mengoyakkan lengan bajunya untuk dijadikan balutan pada tangan Tengku Hatta. Tengku Hatta memandangnya dengan muka yang pucat. Siapa ini? Kenapa muka dia sama macam muka aku?

"Abang... Mel nak minta maaf. Mel tahu Mel salah sebab tuduh abang yang bukan-bukan..." Armel menolak kasar Satra sehingga lelaki itu duduk bertapa diatas lantai. Dicapai tangan suaminya lantas dikucup. Bibirnya tidak putus-putus memohon keampunan terhadap Tengku Hatta.

"Abang tak boleh nak tahan lagi... rasa sakit ni.. tak boleh nak hadap lagi keperitan ni..." Tengku Hatta memeluk Armel. Dia menangis didalam dakapan insan yang dia sangat rindui.

---

:(

Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa dll.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now