Bab 48

4K 210 6
                                    

Mel kena jauhkan diri Mel daripada Hatta!

Dengar cakap ayah! Hatta ada niat yang tak baik dekat Mel! Dia nak bunuh cucu ayah! Dia nak bunuh Mel! Ayah pun dia sedang buru sekarang ni. Mel kena ikut ayah sekarang juga. Ikut ayah!

MALAM ITU, Armel tidak boleh tidur. Berkali-kali dia cuba memusingkan badannya ke kiri dan kanan. Dia meraup wajah. Dipandang lama Tengku Hatta yang sedang tidur disebelahnya. Hatinya resah bila teringat semula kata-kata ayahnya beberapa jam yang lalu. Entah kenapa Armel berasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang bakal terjadi terhadapnya dan Hanez.

Armel bertanya dalam hatinya , betulkah apa yang ayah katakan tu? Kenapa Hatta perlu buat semua itu sedangkan dia sangat sayangkan aku dengan anaknya. Armel hairan juga dengan sikap Encik Rifqi yang kelihatan terdesak. Penampilannya , wajahnya yang dipenuhi dengan kesan lebam menimbulkan rasa curiga Armel terhadap suaminya.

Sejak kebelakangan ini , suaminya kuat berahsia. Kadang-kala sepupu-sepupu Tengku Hatta akan datang ke rumah untuk berbincang sesuatu. Itupun secara senyap. Baru Armel dapat tahu yang Tengku Hatta mempunyai ramai sepupu lelaki. Semuanya... boleh tahan. Tetapi kebanyakkan sepupu Tengku Hatta berwajah serius.

Langsung tiada senyuman yang terhias diwajah mereka. Yang terserlah adalah renungan mata helang mereka yang menggerunkan. Sampaikan niat Armel untuk menghantar jus oren terhadap mereka semua tergendala kerana takut untuk bersemuka dengan sepupu suaminya itu.

Selimut diselak sehingga paras perut. Dia bangun lalu menyandarkan tubuh ke kepala katil. Baru sahaja dia mahu memejamkan mata , tiba-tiba telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali terpapar diskrin kaca telefonnya.

"Assalamualai-"

"Jumpa ayah dekat luar pagar rumah ni," pintas Encik Rifqi. Armel bungkam. Dia turun dari katil lantas menghampiri tingkap. Langsir diselak sedikit. Anak mata Armel melilau mencari kelibat ayahnya dipagar rumah tersebut. Dilihatnya Encik Rifqi sedang melambaikan tangan ke arahnya. Langsir ditutup semula.

"Ayah buat apa datang sini? Ayah nak apa lagi?" Armel menyoal bernada bisikan. Dipandang berkali-kali Tengku Hatta yang menggeliat kecil.

"Ayah kata jumpa ayah dekat pagar rumah ni! Tak dengar ke?!" ulang lelaki itu. Armel terkejut. Telefon dimatikan serta-merta.

"Nak pergi ke tak?" tanyanya.

Setelah beberapa minit berfikir , akhirnya Armel memberanikan diri untuk bersemuka dengan ayahnya. Itupun tanpa pengetahuan Tengku Hatta. Terjengket-jengket kakinya hendak melangkah ke pintu. Bukan apa , takut kalau bunyi tapak kakinya akan menyedarkan suaminya yang sedang lena dibuai mimpi.

"Ayah nak apa ni?" tegur Armel setelah pintu pagar dibuka.

Encik Rifqi menoleh. Mukanya kelihatan sedih. Anak perempuannya yang melihat semakin bingung. Tadi suara bukan main garang lagi tapi sekarang ni? Tiba-tiba buat muka pilu macam ni kenapa?

"Ayah datang sini cuma nak tengok keadaan Mel dengan cucu ayah tu. Ayah risau," ujarnya.

"Mel dengan Hanez okey jelah. Tak ada apa-apa pun yang terjadi. Kenapa dengan ayah ni?"

"Sekarang ni mungkin tiada apa-apa yang terjadi. Tapi esok? Mana Mel tahu."

Armel mengeluh.

"Lebih baik ayah berterus-terang dengan Mel. Ayah nak apa sebenarnya ni?"

"Ayah nak Mel dengan Hanez ikut ayah balik Malaysia," jawabnya laju.

"Hah?! B...balik Malaysia? Kenapa pulak? Suami Mel macam mana?"

"Tinggalkan Hatta demi ayah. Kalau Mel sayangkan ayah , tinggalkan lelaki tu." Encik Rifqi berkata tegas.

"Ayah buat semua ni untuk kebaikan Mel dan Hanez. Sebelum terjadi apa-apa dekat Mel dengan Hanez , lebih baik Mel tinggalkan Hatta."

TENGKU HATTA menggosok matanya apabila menyedari Armel tiada disebelahnya. Jam didinding dipandang sekilas sebelum lelaki itu turun dari katil. Pintu kamar mandi dibuka. Namun Armel tiada disitu. Tanpa berlengah , Tengku Hatta turun ke tingkat bawah untuk mencari isterinya yang tiba-tiba hilang daripada radar. Kerana masih mamai , lengan Tengku Hatta tertolak pasu bunga kaca mahal milik Puan Farahin.

Sebelum pasu itu jatuh ke lantai , dia pantas menyambut semula pasu itu lalu diletakkan semula di tempat asalnya. Dia mengeluh. Buat terkejut aje. Kalau pecah pasu ni tadi , habis aku kena marah dengan mummy. Pop pep pop pep nanti mulut dia.

"Sayang?" panggilnya lembut.

Hampir disetiap ruang rumah Tengku Hatta mencari wanita itu namun masih belum dijumpai. Dia mula terasa risau. Hatinya terdetik hendak membuka pintu utama. Manalah tahu Armel sedang duduk bertapa ditengah-tengah taman?

"Pst oh pst," panggilnya lagi. Dari ekor matanya , dia terlihat kelibat Armel sedang berjalan ke arahnya. Yang menghairankan dia adalah Armel berada diluar pagar.

"Erk.. kenapa abang ke sini?" tanya Armel , kekok.

Tengku Hatta tidak menjawab. Dia mengatur langkah menuju ke pagar untuk mencari sesuatu.

"Abang cari apa tu?"

"Mel jumpa siapa tadi?" soalnya bernada dingin sambil menayangkan muka serius plus dinginnya.

Armel menelan liur. Takut bila Tengku Hatta mencerlung tajam ke arahnya.

"Mana ada Mel jumpa siapa-siapa tadi," balasnya acuh tak acuh.

"Dah tu Mel buat apa dekat luar ni?"

"Mel nak... nak... goreng ikan?" pula , ini jawapan cari nahas ni.

"Jumpa siapa?" Kali ini suaranya agak tegas sekali. Bergetar tangan Armel dibuatnya.

Suara tangisan Hanez menyelamatkan keadaan. Armel hanya tersengih memandang suaminya sebelum berlari anak mendapatkan Hanez. Hanez dah selamatkan mama! desis hatinya.

Tengku Hatta curiga dengan kelakuan Armel. Dia kembali membuka pagar. Matanya melilau mencari kelibat seseorang dikawasan rumah itu. Tidak jauh dari mana dia berada , Tengku Hatta terlihat satu susuk tubuh seseorang sedang memandang tajam ke arahnya melalui celahan semak samun. Mukanya tidak berapa jelas tetapi Tengku Hatta tahu manusia itu sedang merenungnya.

"Herm..." Seketul batu kecil dicapai diatas tanah.

Tengku Hatta melontar batu itu ke arah kelibat hitam tadi. Dia menyangka kelibat hitam itu akan menjerit kesakitan kerana batu tadi betul-betul terkena di kepalanya. Tetapi perkara lain pula yang terjadi. Setelah dia melontar batu itu , kelibat hitam tadi terus terbang ke kanan.

Yang paling menyeramkan Tengku Hatta adalah makhluk itu tiada kaki! Dia pakai baju putih! Rupa-rupanya yang hitam-hitam itu tadi adalah rambut makhluk menakutkan itu. Bajunya kelihatan lusuh sekali. Meremang bulu Roma Tengku Hatta dibuatnya.

"Astaghfirullahalazim..." bisik Tengku Hatta seraya berlari laju masuk ke dalam rumah. Aku ingatkan orang! Rupanya Kak Ponti!

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now