SELURUH keluarga Tengku Hakim sedang duduk diruang tamu sambil menantikan kepulangan Tengku Hatta yang tiba-tiba menghilangkan diri. Lelaki itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan siapa-siapa termasuk Armel sendiri. Sedar dari tidur saja Tengku Hatta sudah tiada disebelah Armel. Katilnya kosong. Kunci kereta pula tiada tersangkut pada dinding bilik.
Semua resah menunggunya. Tetapi orang yang paling resah adalah Tengku Hakim. Baru tadi dia mendapat panggilan yang mengatakan bahawa Tengku Hatta telah menembak mati Encik Rifqi , ayah mertua Tengku Hatta sendiri. Yang menelefon Tengku Hakim adalah anak buahnya yang sentiasa berlegar-legar diseluruh bandar itu.
Menurut apa yang mereka ceritakan , sewaktu mereka sedang memerhatikan keadaan sekeliling , mereka ternampak figura Tengku Hatta sedang menyelaraskan senapang ke arah Encik Rifqi , tidak jauh dari mana mereka berada. Didepan mata mereka sendiri , peluru yang telah dilepaskan oleh Tengku Hatta telah menembusi kepala lelaki tua tersebut.
Mereka juga bingung dengan anak majikan mereka ini. Tengku Hatta yang mereka kenal tidaklah sampai menembak orang seteruk itu. Paling-paling pun Tengku Hatta akan belasah saja insan yang berbuat sesuatu terhadapnya mahupun keluarganya. Tetapi pasal Xavier Keith tu , lain ceritalah. Dia kan jadikan Armel sebagai tebusan , itu yang Tengku Hatta tembak dia sampai mati sebab yang Xavier jadikan tebusan tu adalah isterinya.
"Hatta , apa yang Hatta dah buat ni?" bisik Tengku Hakim. Dia melirik ke arah Armel yang kelihatan risau dengan ketiadaan suaminya disisi. Dia berbisik dalam hati , macam mana agaknya perasaan Mel bila dapat tahu yang ayah dia kena tembak oleh Hatta? Suaminya sendiri.
"Daddy , biar Harlan dengan abang Sai yang cari-" kata-kata Tengku Harlan terbantut apabila Tengku Hatta sudah masuk ke dalam rumah. Wajahnya kelihatan pucat lesi. Nampak tak bermaya seperti selalu.
"Hatta! Kenapa Hatta keluar tak bagitahu Mel? Kami semua risau pasal Hatta tau. Janganlah buat kami macam ni nak." Nampak saja Tengku Hatta dimuka pintu , mereka semua terus meluru ke arahnya.
"Mummy , Hatta bosan duduk dalam rumah ni. Sebab tu Hatta keluar kejap. Nak tenangkan fikiran," jawab Tengku Hatta , suaranya perlahan. Pelipis diurut perlahan. Kepalanya mula berdenyut. Kalau bangun pagi pasti akan sakit. Kadang-kadang sampai termuntah dibuatnya.
"Kalau abang nak keluar , bagitahu Mel. Jangan pergi seorang diri. Kalau jadi apa-apa dekat abang nanti , macam mana?" soal Armel , pipi suaminya diusap lembut. Manik-manik peluh mula kelihatan didahi Tengku Hatta. Bila disentuh setiap inci wajahnya , tidaklah panas dan sejuk. Pelik juga kerana lelaki itu berpeluh secara tiba-tiba.
"Aku bosanlah! Duduk terkurung dalam rumah ni macam..." Tengku Hatta menghentikan kata-katanya sebentar tadi. Emosinya mula tidak stabil. Kepala ditepuk sekali tanda menyesal kerana telah meninggikan suara terhadap Armel. Tangan Armel digenggam. Dapat Armel rasakan tangan suaminya basah akibat berpeluh. Kenapa ini?
"Sorry..." ucapnya.
Armel tersenyum nipis. Rambut Tengku Hatta dikuak ke belakang.
"Tak apa. Mel faham."
"Hatta? Daddy nak cakap dengan Hatta kejap , boleh?"
"Nak cakap apa daddy?" tanya Tengku Hatta bingung. Dia menghampiri ayahnya.
"Kenapa Hatta bunuh Rifqi tanpa pengetahuan daddy?" Tengku Hakim menyoalnya. Berkerut muka kacak lelaki itu tatkala daddynya menuduhnya melakukan perkara itu. Tengku Hatta menapak selangkah ke belakang. Terkejut sebenarnya.
"Kenapa Hatta nak bunuh Rifqi pulak?!" Sekali lagi Tengku Hatta meninggikan suara. Suaranya yang kuat menyebabkan semua orang dengar perbualan mereka itu. Armel menyentuh dada. Hatta... bunuh ayah?
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...