Bab 34

4.6K 233 10
                                    

Selepas mendengar penjelasan Satra tentang identitinya yang sebenar , keluarga itu terkejut. Rupanya selama ini mereka mempunyai empat orang anak? Satra pula ayah ambil selepas dilahirkan tanpa pengetahuan kami? Itupun untuk kepentingan dirinya? Ya Allah , apa yang ayah aku buat ni? Sanggup dia mengambil anak kami tanpa memberitahu kami tentang kewujudannya dimuka bumi?

"Sejak kecil atok ajar Satra cara macam mana nak tumpaskan musuh. Dia juga yang ajar Satra untuk pegang senapang dengan betul. Mata Satra ni sejak kecil lagi dah tercemar sebab nampak darah-darah yang mengalir dari badan musuhnya. Kalau Satra tak nak buat , dia akan pukul Satra dan Austin. Dia akan hukum kami. Tapi bila dah besar ni , dia dah tak berani nak pukul Satra dengan Austin. Kalau dia pukul pun , mungkin kami akan balas balik sampai gigi dia berterabur sama macam nama dia," jelas Satra , ceria.

Puan Farahin kaku ditempatnya. Dia seakan-akan tidak percaya atas apa yang Satra dan Austin jelaskan terhadap mereka tadi. Laju air matanya jatuh menumpahi pipi. Sebenarnya dia masih bingung. Bingung dengan apa yang sudah terjadi.

Salahnya juga kerana tidak memeriksa keadaan dan jantina bayinya sewaktu mengandungkan Tengku Hatta dan Satra dulu. Mereka hanya berserah menantikan jantina anak mereka selepas melahirkan. Kejutan katanya. Tapi tak sangka pula anak mereka dilahirkan kembar. Ayah mertua Puan Farahin pula mengambil kesempatan ke atas itu. Menyembunyikan kembar Tengku Hatta untuk kepentingan dirinya.

Dasar ayah mertua tak cukup gigi , keluh Puan Farahin dalam hati. Raut wajah Satra ditatap lama. Hanya satu perkara yang membezakan dia dengan Tengku Hatta. Kening Satra ada segaris parut.

"Lepas tu kami!" Satra tersentak apabila Puan Farahin memeluknya erat. Sampai sesak nafas orang dibuatnya.

"Sampai hati ayah buat kita macam ni bang," ujar Puan Farahin setelah pelukan dileraikan. Air mata dihapus dengan menggunakan lengan baju. Dipandang Satra dengan penuh kasih sayang.

"Abang sendiri pun tak sangka. Sampai ma-"

"Helo..." tegur seorang wanita tua. Disampingnya terdapat seorang lelaki tua yang menjerit kesakitan apabila telinganya ditarik oleh wanita itu. Satra dan Austin bungkam. Bukankah lelaki yang telinganya ditarik ini adalah atok kami? Si Eric Ginginyangberterabung?!

"Argh!" jerit Eric lantang. Jatuh maruahnya didepan anak cucu menantunya. Memang dia nampak menggerunkan dan ganas , tapi jika dilihat baik-baik. Eric sangat takut akan isterinya. Ibu tiri kepada Tengku Hakim.

"Ayah...?" Tengku Hakim membuat muka cemberut.

"Maafkan saya diatas apa yang sudah terjadi selama dua puluh empat tahun ni. Saya sendiri pun tak tahu yang si gigiberterabur ni dah ambil anak kamu berdua. Tapi kamu berdua jangan risau , seperti mana dia rampas Satra daripada kamu berdua. Macam tu jugak saya akan kembalikan dia kepada orang tua kandungnya," ucap wanita itu panjang lebar. Beberapa orang anak buah Eric menahan ketawa tatkala melihat majikan mereka diperlakukan begitu.

Padan muka kau! Selama ni kau selalu hukum kami. Kali ni pulak isteri kau yang hukum kau!

"Maafkan ayah Hakim. Ayah cuma nak merasa ada anak lelaki lagi. Nak harapkan mama tiri kamu ni beranak , memang taklah.... araiiii!" Dasar mulut becok! Adakah patut dia bagitahu semua orang tentang hal tu?

"Mama jamin. Eric takkan ganggu keluarga kamu lagi."

~~~~

Hembusan angin lembut membuai diri Armel yang lara. Keindahan malam dipandang lama. Jambatan yang terletak berhampiran dengan hotel yang dia tempatkan , menjadi tempat melepaskan amarahnya. Niatnya mahu melihat mayat ayahnya kini tinggal kenangan apabila anak-anak buahnya terlebih dahulu membawa tubuh itu pergi jauh darinya.

Tiada peluang Armel hendak bertemu dengan ayahnya untuk kali terakhir. Dirinya terasa begitu berdosa sekali kerana tidak mendengar apa yang Encik Rifqi hendakkan. Segala kemahuan ayahnya tidak ditunaikan. Sebelum ini Encik Rifqi mahu membunuh Tengku Hatta tetapi kemahuannya diporak-perandakan oleh anak perempuannya sendiri.

Kerana terlanjur mencintai musuhnya ,Armel sanggup membelakangkan ayahnya sendiri. Lelaki yang telah membesarkannya tanpa belaian seorang ibu. Encik Rifqilah ayah , dia jugalah ibu kepada Armel.

"Maafkan Mel ayah. Mel tak dengar cakap ayah. Mel melawan cakap ayah," ucapnya dengan tangisan. Tasik yang diterangi dengan sinaran bulan menampakkan betapa indahnya tempat itu. Terdapat bunga teratai diatas permukaannya. Daun-daun mula berguguran menimpa tasik itu.

"Kalau Mel tak masuk dalam keluarga tu , nasib ayah takkan jadi macam ni sekali...."

TAP , TAP , TAP.

Bunyi tapak kaki seseorang membuatkan Armel menyeka air matanya cepat-cepat. Digelap malam , dia melihat bayang-bayang seorang lelaki sedang menuju ke arahnya. Semakin dekat. Wajahnya juga semakin jelas kelihatan. Armel menapak selangkah ke belakang bila menyedari Tengku Hatta yang sedang mendekatinya saat ini.

Dua-dua tidak membuka suara. Hanya menatap muka masing-masing. Tengku Hatta berdehem kuat. Dia mendekatkan wajahnya ke muka Armel sebelum berkata,

"Kau perempuan tak guna." Bersama senyuman sinis , Tengku Hatta menyandarkan sikunya ke tiang jambatan.

"Abang cakap Mel perempuan tak guna? Habis tu abang berguna sangatlah?!" bentak Armel. Dia juga pelik dengan lelaki itu. Macam mana dia tahu aku ada disini?

"Aku bukan abang kau. Aku abang ipar kau." Lelaki yang berdiri disamping Armel ketika ini bukanlah Tengku Hatta. Dia Satra. Satra Ritthirong. Dia datang ke sini untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Armel. Akibat kesilapannya sendiri , Tengku Hatta yang menanggung akibatnya. Satra tidak mahu membebankan Tengku Hatta yang sedang berlawan dengan sakitnya ketika ini.

"Apa maksud abang ni?" Armel menyoalnya dengan wajah berkerut seribu. Bila dilihat baik-baik lelaki ini , memang mirip dengan suaminya. Namun segaris parut yang ada dikeningnya membuatkan Armel keliru. Setahunya Tengku Hatta tiada parut itu.

"Percaya ataupun tidak , aku adalah abang kembar Hatta. Satra. Dan akulah orang yang tembak ayah kau sampai mati pagi tadi," jelas Satra ringkas dan padat.

"Aku tak perca-"

"Kau dah buat Hatta makin sedih. Kau tinggalkan dia macam tu saja tanpa dengar penjelasan dia. Aku tahu aku salah sebab tembak ayah kau , tapi ketahuilah. Aku tembak ayah kau disebabkan beberapa perkara. Dan kau sendiri tahu apa sebabnya. Kau kenal ayah kau siapa." Satra memasukkan tangan ke dalam kocek seluar. Dia tidak mahu berlama-lama disini. Dia cuma mahu meluangkan masa bersama keluarganya setelah lama dipisahkan.

"Hatta tak salah. Aku yang salah. Aku sarankan kau supaya... jumpa Hatta sebelum kau menyesal untuk selamanya."

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now