TENGKU HATTA sedang leka berbincang dengan ahli keluarga diruang tamu. Wajah mereka kelihatan serius. Terdapat sekeping kertas besar diletakkan diatas meja kaca. Tengku Hakim hanya memerhatikan tindak-tanduk tiga anak lelakinya yang sedang berbual serius itu.
"Yang ni pintu utama. Yang ni pula pintu keluar. Harlan yakin yang orang-orang Xavier ada dalam bangunan lama ni," ujar Tengku Harlan sambil menunjukkan peta dengan menggunakan sebatang pen.
Tengku Hatta dan Tengku Harith hanya mengganggukkan kepala.
"Hatta?" panggil Tengku Hakim.
"Yes daddy?"
"Daddy rasa Hatta tak perlu pergi. Kerja yang ni sangat bahaya untuk Hatta. Biar Harith dan Harlan yang uruskan. Daddy nak Hatta rehat dekat rumah."
Tengku Hatta mengeluh. Mukanya berubah serius. Peta ditenung tajam sebelum lelaki itu bangun dari duduk.
Sebuah dengusan dilepaskan."Apa ni daddy? Hatta boleh buat kerja ni. Perkara kecil je kot," rungutnya.
Rambut diraup kasar.
"Abang Hatta. Ikut jelah apa yang daddy suruh. Pasal kerja ni biar kami yang buat. Abang Hatta cuma rehat dan uruskan hal syarikat saja. You need to rest," kata Tengku Harith.
"Rehat? Sampai bila abang nak rehat? Cuba Harith bagitahu abang sampai bila abang nak rehat macam orang tiada hala tuju?" Tengku Hatta bersuara kasar. Kusyen sofa ditolak hingga terjatuh diatas lantai.
Muka kacak itu berubah keruh. Dari dulu sampailah sekarang asyik nak aku berehat je. Entah sampai bila aku nak duduk rumah macam orang gila. Nak juga aku merasa kebebasan. Masa dekat Thailand pun aku kena rehat juga selama dua tahun. Tup tap balik Malaysia , disuruh rehat lagi?
Bosan betul!
"Hatta please. Dengar cakap daddy. Kerja yang ini agak berisiko untuk kesihatan Hatta. Hatta baru je dibedah untuk buang ketumbuhan yang ada dalam otak Hatta tu. You need to rest."
"Just because I'm sick , Hatta tak boleh buat kerja ni? Oh please!" Tengku Hatta melipat tangan ke dada. Dia memalingkan tubuh ke belakang. Disitulah dia baru sedar yang Armel sudah berdiri tegak dibelakangnya. Muka gadis itu macam biasa , dingin.
"What are you doing here , Dr. Caramel? Ini perbualan diantara kaum lelaki. Kaum perempuan pergi masuk dapur sana," perli Tengku Hatta sambil memutarkan anak mata ke atas.
"Nama dia Dr. Armel , bang. Bukan Dr. Caramel," sampuk Tengku Harlan.
"Samalah tu! Dekat belakang Mel jugakan?" Tengku Hatta meniup rambutnya. Suka hati akulah nak panggil dia apapun. Caramel dengan Armel tu kan hampir sama?
"Tengku Hatta Jonathan , perkenalkan. Saya Dr. Armel Ariana. Doktor peribadi awak."
Muka cemberut ditayang sebelum Tengku Hatta ketawa. Sekejap-sekejap tangannya menyentuh dahi. Lepas tu jari telunjuknya menghala tepat ke wajah Armel. Kemudian dia ketawa lagi.
"You? Doktor peribadi saya? Apakah? Jangan nak bergurau dengan saya. Saya tembak nanti."
"Saya tak berguraulah! Tengku Hakim yang upah saya untuk jadi doktor peribadi awak sepanjang masa," kata Armel , geram. Dia terpaksa menjengket kakinya supaya sama tinggi dengan lelaki itu.
"Can someone explain to me what is actually going on here?" Tengku Hatta keliru.
"Betullah tu apa yang dia cakap. Armel adalah doktor peribadi abang. Yang Harlan cakap hari tu , semuanya tipu belaka. Hehe."
"Mulai hari ini , Dr. Armel akan jaga Hatta sepanjang masa. Dia akan pantau keadaan Hatta. Ingin daddy tegaskan disini , Hatta jangan macam-macam dengan Dr. Armel." Itulah dia amaran tegas daripada Tengku Hakim untuk anak lelakinya yang suka mengusik orang.
"Tapi daddy.."
"Tiada sebarang bantahan. End of discussion." Tengku Hakim meninggalkan mereka lalu berjalan keluar dari rumah. Terdapat dua orang bodyguard membuntuti langkahnya.
"Terimalah seadanya abang Hatta. Good luck!" Tengku Harlan berlari naik ke tingkat atas bersama laptopnya. Tidak lama kemudian Tengku Harith pula yang menghilangkan diri.
"Bencinya aku.." gumam Tengku Hatta lalu memandang Armel.
"Betul ni awak nak jadi doktor peribadi saya?" tanyanya dengan sengihan.
"Berapa kali saya nak cakap? Cakap sekali dahlah. Nak kena ni ke?" Armel menunjukkan sikunya tepat ke muka Tengku Hatta sebelum membelakanginya.
Baru sahaja Armel hendak berura-ura pergi , dia dapat mendengar suara Tengku Hatta yang seakan-akan sedang mentertawakannya. Laju gadis itu menoleh kembali.
"Siku kecik macam tu ada hati nak siku saya. Pigilah!"
"Jangan macam-macam dengan saya Tengku Hatta. Jangan sampai saya hilang sabar dengan awak."
"Ada saya kisah? Tengoklah nanti. Sehari pun awak tak akan bertahanlah dengan sikap saya ni. Just wait and see." Tengku Hatta melimpasi Armel. Namun secara tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia tersenyum simpul lantas berpeluk tubuh.
"Awak ni memang tak reti nak senyum ke? Tak penat erk buat muka ais macam tu?" usiknya lalu ketawa kecil. Misi untuk membuat Armel berhenti kerja sebab tak tahan dengan sikap aku kini bermula.
"Bukan masalah awak. Tepat pukul dua petang nanti , masuk dalam bilik kh..."
"Bilik?" pintas Tengku Hatta dengan sengihan nakalnya.
Armel menepuk dahi. Sabar jelah dengan perangai orang tak cukup akal macam ni.
"Bilik khas untuk saya cek kesihatan awak. Jangan risau. Semua kelengkapan dah tersedia."
"Kalau saya datang lewat sesaat boleh?" Tengku Hatta menapak selangkah menghampiri gadis itu. Sempat dia menurunkan badan ke bawah supaya sama tinggi dengan Dr. Garang itu. Hidung dicuit. Satu kenyitan mata diberikan.
"Saya akan denda awak."
Tengku Hatta menghantar kelibat Armel sehingga hilang dari pandangan. Dia senyum simpul.
"Baiklah , Ice Princess."
________
Don't forget to vote and comment if you like this story. Thank you♥
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...