"Wah! Cantiknya pemandangan!" Armel senyum hingga menampakkan barisan gigi arnabnya. Tangan didepakan. Menghayati keindahan ciptaan tuhan. Setiap tarikan dan hembusan nafasnya ditemani dengan tiupan angin lembut. Suasana bandar Bangkok dipandang lama.
Tengku Hatta dan Armel berdiri ditepi bukit berhampiran dengan gaung.
"Dah puas bersiar-siar?" tegur Tengku Hatta seraya menghampiri tubuh kecil itu. Tangannya mendarat pada lengan Armel. Dia juga sama. Menghayati keindahan alam kehijauan didepan mata.
Armel melirik ke kanan. Dia membesarkan mata tatkala menyedari Tengku Hatta menyentuh lengannya tanpa izin. Muka pelik ditayang. Serentak dengan itu Armel sekuat hati hendak menjauhkan dirinya daripada Tengku Hatta namun tidak berjaya. Semakin dia buat begitu , semakin erat pelukan pada lengannya.
"Janganlah gerak. Tengok sana. Cantikkan?" ujar Tengku Hatta lantas menghalakan jari telunjuknya ke depan. Dia menundukkan sedikit kepalanya supaya dapat melihat reaksi Armel yang diam membisu. Kemudian terbit senyuman dihujung bibirnya.
"Maafkan saya," ucap Tengku Hatta secara tiba-tiba. Armel pelik. Dia terus mendongakkan wajah memandang seraut wajah milik suaminya yang kelihatan selamba. "Maaf sebab?" soalnya ingin tahu. Dengan perlahan Tengku Hatta meleraikan pegangan tangannya pada lengan gadis itu. Lelaki itu membongkokkan badan agar sama tinggi dengan Armel. Disentuh kepala Armel yang dilitupi dengan tudung.
Matanya bersinar-sinar menatap wajah milik Armel Ariana. Lirikan anak matanya membuatkan hati Armel menjerit tak keruan. Apa taknya , anak mata Tengku Hatta bergerak memerhatikan satu-persatu wajahnya.
Mula-mula anak matanya berhenti pada sepasang mata comel milik Armel. Sebuah pandangan yang mampu melemahkan kaum wanita. Kemudian anak matanya bergerak menatap bibirnya yang mungil. Lama mereka berada dalam keadaan begitu. Pandang muka pasangan tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata.
Armel bungkam. Cepat-cepat dia melarikan pandangan tatkala Tengku Hatta kembali menatap matanya dengan tajam sekali. Air liur ditelan. Perasaan apa ini? Kenapa aku dapat rasa yang pintu hati aku mula terbuka untuk lelaki yang sudah sah bergelar suamiku ini? Kenapa? Setiap kali dia tersenyum padaku , jiwaku memberontak hebat. Seakan-akan mahu jatuh ke dalam pelukan hangatnya.
Lelaki ini, lelaki yang bernama Tengku Hatta Jonathan ini telah memberikan aku satu perasaan yang pernah aku alami sebelum ini. Setiap kali dia berada jauh dariku , aku akan terus mengejarnya. Seperti ada tarikan magnet yang mahu kami bersatu. Tetapi kenapa? Kenapa aku terlalu ego hendak meluahkan rasa ini terhadapnya?
Namun aku tidak mahu berharap pada Tengku Hatta. Rasa sakit bila ditinggalkan memang perit dan sakit. Aku tidak mahu merasakan rasa perit itu untuk kedua kalinya. Cukup aku mengganggap Tengku Hatta sebagai seorang kawan , sudah memadai.
Fuh , jiwang betul kami hari ni.
"Mel.." Tengku Hatta bersuara menyedarkan Armel dari khayalannya. Dia menapak selangkah ke belakang. Tidak mahu jatuh pada renungan mata Tengku Hatta yang menawan.
"Y.. ya?"
"Tell me , what did you feel when I approached you?" tanya Tengku Hatta serak basah. Anak matanya asyik bergerak memerhatikan riak muka Armel yang kerap berubah.
"Soalan apa yang awak ca-"
Kata-kata Armel terhenti apabila Tengku Hatta tiba-tiba melekapkan tangan Armel ke dada bidangnya. Digenggam lembut tangan kecil itu dengan renungan mata yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Armel diam. Dia tidak tahu hendak buat apa sekarang ini. Dia nak aku tolong kirakan degupan jantung dia ke apa ni? Tak faham aku.
"Do you feel it?" soal Tengku Hatta bernada lembut.
"Boleh tak awak bagitahu saya , kenapa jantung saya berdegup laju sekarang ni?"
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...