Bab 41

5.2K 220 30
                                    

Bermula pada bab 25 sehingga bab 39 , semua itu adalah mimpi Armel. Satra dan Austin tak wujud okey.

Sebelum tu , ada yg masih keliru tak dengan bab 39 dan bab 40?

~~~~~

SEORANG lelaki berpakaian serba hitam memerhatikan tindak-tanduk keluarga bahagia itu dari dalam kereta. Senyuman sinis terukir dibibir merahnya tatkala melihat Armel berada disamping Tengku Hatta. Tangan kirinya menggenggam kuat stereng kereta sementara tangan yang satu lagi menekan earphone yang dipasang ditelinga untuk berhubung dengan rakannya. Matanya masih tertancap pada Armel.

"Cantik juga perempuan tu kan? Patutlah bos tergila-gilakan dia sangat," ujarnya dengan sengihan. Jari-jemarinya bermain disekitar stereng kereta. Apabila kelibat semua ahli keluarga itu sudah hilang dari pandangan , tingkap kereta dia naikkan perlahan.

"Tulah pasal. Tak sabar aku nak buat kerja tu. Lagipun bos kita dah bayar banyak tau! Siap beribu-ribu!" kedengaran suara seorang lelaki dicorong telefon.

"Aku pun tak sabar juga ni. Ni kau jangan lupa pula apa yang bos pesan kemarin."

"Bos pesan apa?"

"Hish kau ni.. makan semut ke apa?! Bos suruh kita jumpa dia malam ni!"

"Oh! Relakslah. Tak payahlah nak marah-marah. Nanti cepat tua," katanya.

"Dahlah. Kerja aku untuk perhati diorang dah selesai. Jangan lupa pula nak datang malam ni. Kang tak pasal-pasal kita kena bunuh oleh bos."

TUT...

"Perkara yang luar biasa akan berlaku terhadap diri kau , Armel Ariana," desis lelaki itu lalu bergegas beredar dari tempat tersebut.

          "BOLEH jalan tak ni?" soal Tengku Hatta , risau. Kaki Armel masih belum sembuh sepenuhnya. Terjengket-jengket dia berjalan menuju ke tangga. Dengan bantuan suaminya , Armel dapat melangkah ke depan dengan memaut lengan Tengku Hatta.

"Saya boleh jalanlah."

Tengku Hatta menjegilkan mata. Kalau beginilah cara Armel melangkah ke depan , sampai tahun depan pun takkan sampai ke destinasi yang nak ditujui. Tas tangan Armel dia hulurkan kepada Armel.

"Pegang beg ni kejap," pinta lelaki itu tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Armel pelik. Dia hanya akur.

"Awak nak buat ap... apa ni?!"

Tanpa meminta persetujuan si isteri , Tengku Hatta terus mencempung tubuh Armel naik ke tingkat atas. Tengku Hakim dan yang lain tersenyum memandang pasangan itu. Termasuk Tuan Chaisai dan Indira Benz. Disebalik senyuman mereka , tersembunyinya satu rahsia. Tuan Chaisai mengeluh. Dijeling tajam kelibat sepupunya yang bersungguh-sungguh membawa Armel masuk ke dalam bilik.

"Tak lama lagi , Hatta. Tak lama lagi..."bisik Tuan Chaisai sebelum berlalu pergi. Sakit hatinya melihat kemesraan Tengku Hatta dengan bekas teman wanitanya itu. Daripada dia berada disini semata-mata untuk melihat kemesraan mereka , lebih baik dia keluar. Ada satu perkara yang perlu dia lakukan.

KLEK!

"Turunkanlah saya. Saya boleh jalanlah," rungut Armel. Dilihatnya suaminya hanya buat-buat pekak.

"Cik Kak , awak tu tengah mengandung. Bahaya kalau terjatuh ke apa."

Mata Armel terbuntang luas. Aku mengandung? Tapi bukankah itu cuma mimpi? Macam mana pula perkara tu boleh terjadi?

"Kenapa pula saya boleh mengandung?" tanya Armel polos lantas menimbulkan sengihan nakal pada muka Tengku Hatta.

"Kita telah melalui satu fasa. Fasa dimana kita akan melakukan perkar-"

"M...maksud saya , macam mana saya boleh mengandung kalau saya koma selama lima bulan?"

"Oh. Lain kali tanyalah betul-betul. Macam ni , selepas tiga minggu Mel koma. Doktor telah sahkan yang Mel pregnant. Kiranya sekarang ni usia kandungan Mel dah masuk empat bulan lebih kot?"

Armel terkejut. Patutlah perut dia kembung semacam. Armel fikir itu adalah lemak-lemak badan yang mula terbentuk pada perutnya. Sebelum balik dari hospital tadi , Armel ada memicit sedikit perutnya. Pelik plus bingung. Nasib tak jadi apa-apa dekat baby.

"Ye ke? Mel ingatkan Mel dah gemuk," kata Armel , mencebik. Diusap lembut perutnya yang sudah berbentuk.

"Memang dah gemuk pun. Berat sangat ni," balas Tengku Hatta seraya menempatkan punggung isterinya dibirai katil. Tak semena-mena lengannya dipukul kuat oleh Armel yang kelihatan marah kerana di kata gemuk.

"Eh! Abang buat apa ni?!" Armel tersentak apabila Tengku Hatta meletakkan kaki kanannya pada pahanya. Minyak urut yang disimpan didalam laci dikeluarkan lalu diletakkan sedikit ke tapak tangan. Lelaki itu tidak bersuara. Dia menguntumkan senyuman manis.

"Doktor ada bagitahu abang tadi. Yang kaki Mel ni kena diurut selalu. Barulah kaki cepat sembuh," katanya. Belum sempat dia menyentuh kaki Armel , Armel terlebih dahulu menepis tangannya. Lelaki itu mengangkat muka. Kening diangkat satu.

"Sakitlah," rungut Armel.

"Aik? Abang tak sentuh kaki Mel pun lagi , dah sakit? Pelik betullah Mel ni. Tak sakit punya. Believe me." Armel terasa geli apabila Tengku Hatta mula mengurut kakinya. Mahu saja dia ketawa macam orang gila ketika ini. Dia urut bukan dekat betis ke apa , tapi dia urut dekat tapak kaki! Argh! Geli!

"Gelilah!" adunya sambil mencapai bantal untuk menutup wajahnya. Berkali-kali Armel menendang tangan Tengku Hatta supaya berhenti mengurut kakinya namun lelaki itu tetap melakukan tugasnya.

Disudut yang lain , Tuan Chaisai memasang telinga diluar pintu bilik Tengku Hatta. Dia memeluk tubuh. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Selepas beberapa minit berdiri di pintu , Tuan Chaisai terus menapak masuk ke dalam biliknya.

-----

Akan ada sesuatu yang terjadi nanti
Be ready :)

Mungkin cerita ni limit 50 bab je kot.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now