Bab 42

4.8K 200 11
                                    

MALAM ITU , Tengku Harlan berjalan menuju ke ruang dapur. Tekaknya terasa haus sekali. Rambutnya yang serabai dikusutkan lagi olehnya. Suasana rumah yang gelap dan hanya diterangi oleh cahaya bulan , menampakkan lagi betapa seramnya rumah besar itu. Tengku Harlan menggosok leher. Meremang bulu romanya apabila melimpasi ruang tamu.

"Ala , janganlah macam ni. Aku nak minum je kot. Tak payahlah kacau aku," desisnya sambil menggerakkan tangannya ke kanan dan kiri. Berniat untuk menghalau hantu sebenarnya. Keadaan rumah yang sunyi sepi membuatkan Tengku Harlan mempercepatkan langkahnya.

Peti ais dibuka. Bergetar tangan Tengku Harlan. Sekejap-sekejap lelaki itu memandang ke kiri dan kanan. Tidak lama kemudian dia memandang belakang dan depan pula. Tak cukup dengan itu , Tengku Harlan mendongakkan muka memandamg siling dapur. Yalah manalah tahu , ada sesuatu yang merangkak diatas. Hish , seram!

Air mineral diteguk rakus. Anak matanya bergerak memerhatikan kawasan ini. Tatkala air minuman sudah selamat diteguk sehingga habis , Tengku Harlan terus berlari menuju ke ruang tamu. Dia tidak sedar ada seseorang yang juga sedang dalam perjalanan hendak melimpasinya.

Perkara pertama yang Tengku Harlan nampak adalah sepasang kaki. Automatik langkahnya terhenti apabila terlihat kaki tersebut. Manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Lambat-lambat Tengku Harlan mengangkat muka untuk memandang siapakah gerangan yang sedang berdiri didepannya sekarang ini.

GULP!

"Argh! Hantu abang Sai!" jerit Tengku Harlan. Rupa-rupanya Tuan Chaisai yang berdiri didepannya. Apa yang membuatkan Tengku Harlan pelik dengan lelaki itu adalah.. sepertinya Tuan Chaisai hendak keluar dari rumah. Nampak smart je cara pemakaiannya. Pakai topi dan cermin mata hitam. Hrm.. mencurigakan.

"Hish! Apa ni abang Sai! Terkejut orang!" Dada digosok laju. Cuba untuk menghilangkan rasa takut yang semakin menyelubungi dirinya.

"Harlan buat apa dekat sini?" Tuan Chaisai bertanya. Dia kelihatan resah.

"Harlan minum air tadi. Hah abang Sai pula , nak pergi mana malam-malam buta ni?"

"Erk... abang nak beli topup. Kredit dah nak habis. Bye! Assalamualaikum!"

Figura sepupunya yang sudah hilang dipandang dengan penuh hairan. Abang Sai buat apa keluar malam-malam ni? Takkan beli topup je kot? Esok kan ada? Kenapa masa malam menjelma baru dia nak beli?

KREK!

Bunyi benda terjatuh mengejutkan Tengku Harlan. Laju lelaki itu berlari masuk ke dalam bilik tanpa berpaling ke belakang lagi.




          "MANA bos ni? Kata nak jumpa pukul sebelas malam! Sampai sekarang batang hidung dia pun aku tak nampak!" rungutnya. Sudah tiga gelas jus oren dia habiskan. Dalam setengah jam jugaklah mereka menanti kedatangan bos mereka itu. Alah dasar bos tak sedar diri. Hari tu dia cakap siapa datang lambat , dia akan bunuh! Ni siapa yang datang lambat sekarang ni? Dia yang lambat! Patutnya kami yang bunuh dia!

"Sabarlah. Manalah tahu traffic jam?" duga salah seorang lelaki , berniat untuk menyebelahi bos mereka.

"Traffic jam kepala otak kau! Kau ingat masa macam ni jalan masih sesak lagi ke?"

"Apa yang kamu berdua gaduhkan ni?" tegur satu suara membuatkan mereka berdua tersengih. Kerusi untuk bos mereka ditarik supaya memudahkan bos mereka menempatkan punggungnya disitu. Muka sepuluh sen ditayang.

"Eh bos! Awal bos datang?" perli Hezri.

Renungan maut yang ditayang oleh bos mereka membuatkan mereka diam membisu.

"Ni , tempat yang aku suruh kamu berdua carikan tu dah dapat?" tanya lelaki misteri itu.

"Dah dapat bos. Sekarang ni kami hanya menunggu arahan bos yang seterusnya."

"Bagus. Hatta akan bertolak ke China hujung minggu ni atas urusan kerja. Dan masa tu jugaklah kita akan bertindak untuk culik isteri dia. Armel Ariana." Topi yang dipakai dibuka. Cermin matanya pula diturunkan sedikit. Jelas nampak seraut wajah yang sangat dikenali. Dialah Tuan Chaisai Imran merangkap bos kepada mereka berdua.

"Saya pun tak sabar nak buat kerja tu bos! Bersemangat sangat ni!" Bahunya digerakkan sedikit. Automatik Owen menundukkan wajah bak anak dara apabila Tuan Chaisai merenungnya tajam.

"Tapi bos , tak apa ke kalau kita culik bini sepupu bos tu? Tak ke bahaya nanti? Kalau Hatta tahu macam mana? Mati kita bos!" ujar Hezri , risau. Dia mula membayangkan macam mana reaksi Tengku Hatta bila mendapat tahu isterinya akan diculik nanti. Terbayang-bayang diruang matanya Tengku Hatta mematahkan segala tulang-tulang pada badannya. Lengan digosok tanda seram. Hish! Mati kami kalau Hatta dapat tahu!

Tuan Chaisai hanya selamba. Sekeping kertas dikeluarkan daripada poket jaketnya lalu dibentangkan di meja kaca. Satu-persatu dia memberitahu anak buahnya tentang apa yang harus mereka lakukan selepas ini. Begitu terperinci sekali Tuan Chaisai memberi penjelasan.

"Kamu berdua bawa Armel ke sini." Lakaran bulatan diterangkan berkali-kali ditengah-tengah kertas itu.

"Dan lepas tu , biar aku yang bertindak," ujar Tuan Chaisai seraya menyilangkan kakinya. Dia tersenyum sinis.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now