Bab 6

8.1K 389 18
                                    

"Aku terima nikahnya Armel Ariana Binti Rifqi dengan mas kahwinnya RM 600 ringgit tunai."

Hanya tuhan saja yang tahu apa yang Tengku Hatta rasakan sekarang ini. Detakan jantungnya bagaikan melakukan aktiviti akrobatik. Tunggang-terbalik rasanya. Digenggam kuat tangan Encik Rifqi. Mungkin nervous kot? Maklumlah , perkahwinan yang pertama kan.

Encik Rifqi mengukirkan senyuman palsu. Sekuat hati dia hendak menarik tangannya namun gagal. Ya ampun , kenapa kuat sangat menantu aku ni genggam tangan aku?

"Hatta , sekarang dah boleh lepas tangan ayah mertua Hatta tu," ujar Tengku Raykal seraya mengetuk kepala Tengku Hatta yang ditutupi songkok.

"Oh lupa pula. Maaf , ayah." Tengku Hatta menarik tangannya. Nafas ditarik sedalam-dalamnya bagi menghilangkan rasa gemuruh. Disaat dia sedang memerhatikan keadaan sekeliling , dia terlihat Tengku Harlan dan Tengku Harith sedang mentertawakannya dari jauh. Siap jelir lidah lagi tu.

Dari jauh Tengku Hatta membuat isyarat tangan 'korang diam kalau tak siap abang kerjakan' terhadap dua adiknya itu.

Lelaki itu mengetap bibir. Sebenarnya sejak dari tadi dia tidak berpeluang untuk memandang Armel yang duduk diatas pelamin. Dia hanya menfokuskan diri pada Encik Rifqi di depan. Sampaikan Encik Rifqi berasa tidak selesa dengan renungan tajam menantunya.

"Pandanglah isteri Hatta tu." Tengku Hakim bersuara menyedarkan Tengku Hatta ke alam nyata.

"Tak naklah daddy. Lepas selesai majlis ni nanti , baru Hatta pandang isteri Hatta tu sampai esok pagi." Tengku Hatta senyum suka. Dah hilang ke gemuruh dia?

"Degillah budak ni."

Upacara pembatalan air sembahyang akhirnya tiba. Armel sudah jadi patung diatas pelamin. Fikirannya melayang entah ke mana. Sungguh dia tidak percaya yang dia telah sah bergelar isteri kepada lelaki menjengkelkan itu. Baru kenal sehari , dah jadi suami isteri? Apakah semua ini?

"Allahu , cantiknya Mrs. Jonathan ni," tegur Tengku Hatta selepas duduk berhadapan dengan isterinya. Lelaki itu hanya senyum saja. Diamati dalam-dalam setiap inci wajah kecil molek milik Armel.

Haish , lawa rupanya Dr. Armel ni. Ayu je muka dia. Pakai tudung , duduk tersimpul molek macam tu. Haish , asal aku senyum sendiri pula ni? Hrm boleh tahan jugak doktor garang ni. Hari tu muka dah macam mak lampir tak cukup tidur. Tapi tak sangka pula bila pandang dekat-dekat macam ni dia nampak...

Cantik.

Sangat cantik.

"Diamlah. Bak sini tangan!" ujar Armel bernada perlahan. Tanpa berlengah , dia terus meraih tangan Tengku Hatta. Cincin nikah disarungkan pada jari manis lelaki itu. Ciuman sepantas kilat diberi ke tangan suaminya.

"Tak sabar betul. Tak apa. Abang lagi suka," ucap Tengku Hatta serak basah sebelum ketawa kecil. Tak semena-mena tangannya dipukul kuat oleh gadis itu.

PAP!

"Tak sakit pun." Tengku Hatta menayangkan muka tenang.

"Apa main pukul-pukul pula tu?" tegur Encik Rifqi.

"Tak ni. Tadi ada nyamuk hinggap dekat tangan Hatta. Sebab tu Mel pukul tadi." Armel tersengih.

"Dia tak naklah tu suami dia kena rasmi dulu oleh nyamuk," usik Tengku Harlan yang muncul entah dari mana.

Sebuah jelingan maut diberikan oleh Tengku Hatta kepada adiknya. Budak ni kan , otak dia nak kena basuh dulu guna klorox. Siapa sini ada klorox? Bak sini aku nak sikit. Otak Tengku Harlan ni kena basuh secepat yang mungkin. Kalau tak parah jadinya.

Fokus Tengku Hatta kembali memandang Armel. Lelaki itu meniup lembut mata kanan milik isterinya sebelum mencapai jari runcing itu. Bersama senyuman , dia menyarungkan cincin ke jari manis pengantin perempuannya.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now