Bab 44

4.5K 209 3
                                    

HUBUNGAN Tengku Hatta dan Armel semakin membaik. Segala onak dan duri mereka tempuhi bersama. Termasuklah menjadi mangsa untuk Armel memuntahkan segala isi perutnya pada baju milik Tengku Hatta. Setiap pagi , Armel akan mual dan kemudiannya muntah. Kalau tak sempat nak berlari masuk ke dalam kamar mandi , suaminyalah yang menjadi mangsa keadaan. Entah berapa kali Armel muntah dibaju Tengku Hatta.

Namun begitu , Tengku Hatta tidak terasa geli mahupun marah. Dia hanya tersenyum memerhatikan baju miliknya dijadikan tempat muntah.

Figura suaminya yang sedang mengemas semua baju hanya diperhati dari belakang. Terasa berat hati Armel hendak melepaskan Tengku Hatta pergi. Biarpun hanya tiga hari , namun tiga hari dirasakan seperti tiga tahun. Hubungan mereka baru sahaja membaik , tetapi Tengku Hatta pula harus bertolak ke China untuk menguruskan kerjanya. Bila Armel mahu ikut , Tengku Hatta tidak bagi. Dia mahu Armel berehat saja dirumah.

"Betul ni abang tak nak Mel ikut?" Kini masuk sepuluh kali Armel bertanya kepada suaminya.

Tengku Hatta yang sedang leka menyumbat segala barang kepunyaannya terus menoleh memandang isterinya yang mencebik. Marahlah tu sebab tak disuruh ikut sama.

"Tak nak. Mel rehatlah dekat rumah. Lagipun bahayalah kalau Mel ikut. Kalau ada apa-apa yang terjadi dekat Mel dan anak kita ni , macam mana?" ujar Tengku Hatta seraya menghampiri Armel. Perut isterinya yang semakin membesar disentuh penuh kasih dan sayang.

"Tapi Mel nak ikut. Macam mana kalau abang tinggalkan Mel lagi? Mel taknak benda tu terjadi lagi. Mel takut." Lengan suaminya dipeluk.

"Berapa kali abang nak cakap? Abang takkan tinggalkan Mel. Percayalah." Lelaki itu menundukkan wajah memandang Armel. Pelukan dilengannya makin erat. Nampak sangat tidak mahu merelakan pemergian suami tercinta ke negara lain.

"Abang pergi kejap je sayang. Tiga hari je. Tak lama pun."

"Tapi bagi Mel tiga hari tu lama sangat. Alah bagilah Mel ikut. Mel nak ada disamping abang sampai bila-bila," ujar Armel , manja.

"Tak boleh. Mel kena duduk sini dengan mummy dan daddy. End of discussion." Tegas Tengku Hatta lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Dapat dia dengar suara rengekan halus daripada Armel. Lelaki itu menggelengkan kepalanya tanda dia tidak akan termakan dengan sikap manja isterinya. Ada juga ni yang tak jadi pergi China.

"Daripada Mel buat muka macam tu , apa kata Mel tolong abang kemas semua benda ni?"

"Yelah yelah. Lepas kerja dah habis nanti , Mel nak abang terus balik sini!"

      

Lapangan Terbang , Bangkok

Tengku Hakim dan Puan Farahin hanya mampu tersenyum melihat menantu mereka tidak mahu meleraikan pelukan di lengan Tengku Hatta. Tercuit hati mereka bila tengok Armel begitu manja sekali dengan anak lelakinya. Sejak dari rumah sehinggalah sampai ke lapangan terbang ini , Armel langsung tidak berenggang dengan Tengku Hatta.

"Mel sayang , janganlah macam ni. Abang dah sampai disini pun Mel masih tak lepaskan abang pergi?" Tengku Hatta bertanya , dia memutarkan anak mata ke atas apabila Armel menggeleng tanda tidak mahu. Orang ramai yang berada disitu turut tersenyum melihat drama Armel.

"Bagilah Mel ikut abang pergi China tu," rengeknya tanpa memandang lelaki itu. Makin dicakap makin erat pelukan.

"Tak boleh sayang. Abang dah lambat ni. Abang janji , lepas abang selesai buat kerja , abang bawa Mel jalan-jalan disekitar Bangkok ni lagi. Is that okay?"

Dengan perlahan Armel mendongakkan muka memandang suaminya. Orang dah janji nak bawa jalan-jalan , buat apa nak tolak?

"Yelah. Janji eh?" Jari kelingking diangkat.

Tengku Hatta menguntumkan senyuman lalu menyatukan jari mereka berdua.

"Janji." Serentak dengan itu , Tengku Hatta duduk melutut didepan Armel. Dia mengucup sekilas perut isterinya. Kemudian di usap lembut.

"Baby jaga mama tau. Kalau mama nakal , baby tendang je perut mama. Ya?" usiknya bernada gurauan. Armel membuat muka dingin tetapi dalam masa yang sama menahan rasa gembira.

"Izinkan abang pergi meninggalkan Armel Ariana untuk tiga hari?" pamitnya sambil menggenggam beg bagasinya yang berada disampingnya.

"Mel izinkan," jawab Armel. Mereka berpelukan lagi.

Tidak jauh dari tempat mereka berada , ada tiga orang lelaki yang sedang memerhatikan kemesraan pasangan itu. Tuan Chaisai mengeluh panjang. Jam ditangan dipandang lama sebelum matanya kembali tertancap pada Armel yang sedang menyalam tangan suaminya.

Dilihatnya Armel melambai tangan ke arah Tengku Hatta.

"Sekejap lagi , aku nak kamu berdua buat apa yang kita dah rancang. Ingat , jangan sampai gagal," tegas Tuan Chaisai sebelum berlalu pergi.

Senyuman yang terukir dibibir merahnya kian pudar tatkala kelibat suami tercinta sudah hilang dari pandangan. Armel mengetap bibir. Dia menyentuh perutnya.

"Kita sama-sama tunggu papa okey?" pesannya dengan selamba.

"Mel , jom kita balik?" ajak Tengku Hakim.

"Daddy dengan mummy masuk keretalah dulu. Mel nak pergi tandas kejap," ujar Armel.

"Nak mummy temankan?"

"Tak payahlah mummy. Lagipun sekejap je Mel pergi. Tunggu Mel dekat kereta eh?" Puan Farahin menggangguk kepala. Bila menantu mereka sudah melangkah menuju ke tandas , mereka juga turut membuka langkah menghala ke kereta mereka.

Pili air ditutup Armel. Dia sudah bersedia untuk keluar dari tandas itu. Dengan perlahan pintu dibuka ,  tanpa berasa curiga , Armel terus menapak ke depan tanpa menyedari ada dua orang lelaki yang sedang menantikan peluang untuk menculiknya dari belakang.

Baru tiga tapak Armel melangkah , tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang dengan menggunakan tuala kecil. Dia meronta-ronta namun pandangannya mula kabur. Disaat tubuhnya ingin rebah ke lantai , seorang lelaki sudah menyambutnya. Tuan Chaisai memberi isyarat pada anak buahnya supaya menyediakan kereta dengan segera.

Tanpa berlengah , tubuh Armel dicempungnya menuju ke kereta miliknya.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now