"Kita dah sampai," ujar Tengku Hatta sambil membuka tali pinggang keselamatan.
"Arh? Cepatnya," omel Armel seraya menggosok mata. Orang disebelah punya main penat memandu kereta , dia pula tidur nyenyak. Jika tadi matanya agak kecil untuk memandang pemandangan mewah didepan mata , Armel terus membesarkan matanya tatkala terlihat Mall yang paling mewah di Bangkok ini.
Dia ternganga. Cahaya indah datangnya dari bangunan Mall itu menampakkan lagi betapa mewahnya tempat itu. Biarpun sudah lebih satu tahun setengah dia menetap di Thailand , namun Tengku Hatta tidak pernah membawanya ke Mall ini. Baru sekarang Armel berpeluang untuk berjalan-jalan dan membeli barangan bayi untuk Hanez di sini.
Sebenarnya Armel tidak mahu membelikan Hanez banyak baju-baju mahupun barang mainan. Tetapi disebabkan pesanan Tengku Hakim yang terlalu memanjakan cucunya , dia siap bagi duit lagi untuk Armel membeli barang mainan untuk cucunya. Bila orang cakap tak payah beli , Tengku Hakim nak juga beli. Kalau tak dibelikan nanti orang tua tu pula yang beli sendiri.
Pernah sekali Tengku Hakim beli lima buah patung barbie untuk Hanez. Itupun patung yang menjadi rebutan ramai kanak-kanak diluar sana. Sampaikan bilik tidur Tengku Hatta dan Armel dipenuhi oleh barang permainan itu. Ruang pun semakin sempit. Tak bolehlah Tengku Hatta dan Armel berlari berkejaran dibilik mereka.
Kadang-kala Puan Farahin pun naik lemak dengan suaminya yang begitu memanjakan cucu pertama mereka. Sampaikan boleh bertekak mereka jadinya bila membahaskan tentang barang permainan Hanez yang berlambak dirumah itu. Barang lama pun masih elok lagi inikan pula nak beli barang yang baru? Membazir!
"Assalamualaikum," tegur Tengku Hatta menyedarkan Armel dari khayalannya. Dilihatnya mulut Armel ternganga luas. Matanya pula terbeliak seperti mata ikan. Nampak sangat jakun hendak melihat bangunan Mall tinggi didepan mata.
"Erk.. walaikumsalam.." jawab Armel tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.
"Nak pergi ke tak ni?" Tengku Hatta menyoal. Dia memusingkan tubuhnya ke arah Armel. Tangannya pula melingkar ditempat duduk yang ditempatkan oleh isterinya.
"Mestilah nak pergi. Kenapa?"
"Kalau nak pergi kenapa tak buka tali pinggang keselamatan tu?" Lelaki itu memuncungkan bibirnya ke arah tali pinggang yang masih terlilit pada badan Armel.
Dahi ditepuk.
"Mel lupa. Mohon jangan marah," ujarnya seraya membukanya. Namun tali pinggang itu tiba-tiba tersangkut. Berkerut seribu muka Armel hendak menarik benda itu. Dipandang sekilas Tengku Hatta yang sedang merenungnya dengan senyuman manis. Lelaki itu menggeleng kecil.
"Biar abang tolong." Dengan sekali cubaan sahaja , Tengku Hatta berjaya membuka tali pinggang itu. Dia mencebik. Tali tadi dia tolak sehingga ke atas. Sengaja lelaki itu mendekatkan wajahnya ke muka Armel. Selesai sahaja drama pendek itu tadi , Tengku Hatta tiba-tiba berhenti betul-betul didepan wajah isterinya. Armel yang hairan terus merapatkan tubuh ke pintu. Dah kenapa dia ni?
"A...abang nak buat apa ni?" Degupan jantung mula berubah rentak. Perkara paling menyeramkan buat Armel bila anak mata milik Tengku Hatta bergerak memerhatikan setiap inci wajahnya. Mula-mula mata , lepas tu pipi hah lepas tu berhenti dibibir Armel yang merah. Air liur ditelan.
Tengku Hatta tidak mengendahkan pertanyaan Armel. Dia semakin merapatkan wajahnya. Tinggal beberapa inci sahaja lagi wajah mereka akan bertemu. Hampir... sangat hampir... sikit lagi....
Armel memejamkan matanya bila Tengku Hatta mula menyengetkan kepalanya. Melihat Armel memejamkan mata , Tengku Hatta tersenyum simpul. Perasanlah tu orang nak cium dia , desis hatinya.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...