Bab 13

6.3K 339 8
                                    

"Mana dia ni? Lambat betul bersiap," rungut Armel geram. Sudah sepuluh minit dia menunggu Tengku Hatta didepan rumah tetapi batang hidung lelaki itu masih belum kelihatan. Serentak mindanya mengingat semula kisah lalunya bersama Tuan Chaisai Imran atau lebih dia kenali sebagai Imran. Lelaki itu pernah membahagiakan Armel.

Pernah memberinya harapan , pernah mencintainya dengan sepenuh hati. Tetapi Imran hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Masa itulah Armel terfikir , mungkinkah Imran lebih mementingkan kerjayanya berbanding aku? Sehingga melupakan segala janji manisnya?

Dua tahun..  dua tahun Armel menunggu kedatangan Imran. Berharap agar lelaki itu segera pulang dan menunaikan setiap janji-janjinya. Namun sehingga kini , apa yang Armel dapat? Habuk pun tiada!

"Jom!" sergah Tengku Hatta dari belakang. Armel menoleh. Dia bungkam tatkala memandang seraut wajah tampan yang berada sangat dekat dengannya. Senyuman menawan yang terbit dibibir merah lelaki itu membuat Armel terdiam.

Lagi-lagi bila Tengku Hatta memakai cermin mata hitam , baju t-shirt berwarna putih dan seluar slek hitam paras lutut. Okeylah kan? Sinaran cahaya matahari yang menerangi wajah Tengku Hatta menyerlahkan lagi ketampanannya.

"Nak tenung saya sampai esok ke?" Tengku Hatta bersuara mengejutkan Armel yang leka memandangnya tembus hingga ke dinding. Gadis itu memalingkan wajah. Riak muka dikawal. Jangan tergoda Mel! Fokus!

"Whatever!" Armel membuka langkah. Dia berjalan terjengket-jengket. Dapat dia dengar Tengku Hatta sedang mentertawakannya. Tak guna punya Tengku Hantam sajalah! Orang berjalan macam ni pun dia jadikan bahan lawak?

"Sampai esok pun tak sampai kita ni. Erm.. macam ni lah. Apa kata biar saya..." Tengku Hatta menghampirinya. Lirikan senyumannya membuatkan degupan jantung Armel berubah rentak. Dengan pancaran sinaran matahari lagi , ya ampun. Kacak sungguh laki aku ni. Beruntung aku dapat dia! Pft..

"Apa? Apa?"

"Biar saya angkat awak!" Dalam sekelip mata Tengku Hatta berjaya mencempung gadis itu. Rengekan kasar datangnya daripada Armel langsung tidak diendahkan. Dia main jalan sahaja dikhalayak ramai sambil mencempung Armel yang menahan geram dan malu.

Sepanjang berada dalam pelukan Tengku Hatta , Armel terasa segan hendak memandang ke hadapan. Seluruh kawasan dibanjiri oleh orang ramai. Lelaki itu sikitpun tidak berasa segan mahupun malu. Main angkat orang je!

"Turunkanlah saya. Saya boleh jalan sendiri," pintanya dengan suara yang manja. Serta-merta Tengku Hatta memberhentikan langkah. Dia memandang lama gadis itu. Suara nilah yang aku nak dengar!

"Okeylah." Tubuh kecil milik isterinya diturunkan disebelah kedai baju. Rambang mata Armel melihatnya. Baju-baju yang tersangkut indah didepan mata dibelek-belekkan.

"Cantiknya.." bisiknya perlahan.

"Nak beli ke? Saya belanja."

"Boleh ke?"

"Tak boleh. Ish belilah. Jentik baru tahu."

Pemilik kedai hanya tersenyum memerhatikan kerenah dua pasangan itu. Mereka nampak serasi bersama, bisiknya perlahan.

"Phrryā khxng khun? (Isteri anda?)," tanya seorang wanita tua. Tengku Hatta hanya senyum.

"Chì ni khūx phrryā khxng chan. (Ya , ini isteri saya)," jawab Tengku Hatta. Dia menghantar kelibat Armel yang tenggelam disebalik baju-baju itu. Yang dia nampak hanya kepala saja.

"Kheā chux xari? (Siapa namanya?)."

"Thex chux Armel Ariana." Tengku Hatta meraup rambutnya. Tiupan angin di bandar Bangkok sangat kuat.

TENGKU HATTA JONATHAN ✅Where stories live. Discover now