WAKTU terus berlalu. Kehidupanku bersama insan tersayang semakin erat. Mummy , daddy dan juga Tengku Hatta. Terima kasih kerana menerima aku sebagai menantu dan isteri dalam keluarga ini. Sekian lamanya aku tidak merasai belaian seorang ibu. Alhamdulillah , engkau telah memberikan aku seorang wanita yang sangat hebat. Walaupun dia bukanlah ibu kandungku , tetapi jasanya terhadapku sangat besar.
Ruang hatiku yang kosong dia lengkapkan dengan rasa kasih dan sayang. Dia banyak mengajar aku untuk tetap meneruskan kehidupan biarpun banyak halangan yang mendatang. Dialah Puan Farahin. Ibu mertua yang selalu ada disampingku disaat aku memerlukan seorang peneman disaat sedih mengenangkan ibu kandungku yang telah lama meninggalkan anaknya ini.
Buat Tengku Hakim , ayah mertuaku yang hensem lagikan bergaya orangnya. Terima kasih kerana tidak membenci aku. Walaupun aku merupakan anak kepada musuhnya namun dia tetap menyayangiku seperti anak kandungnya sendiri. Sejak ayah meringkuk dalam penjara , Tengku Hakim lah yang banyak membantu aku. Segala nasihatnya , lawak kosongnya.. herm dia menggantikan tempat ayah. Kalau sang suami mencari pasal denganku , aku cepat-cepat memberitahu kepada daddy.
Dia ada bagitahu aku kalau si dia ada berbuat sesuatu kepadaku , cepat-cepatlah bagitahu kepadanya. Tengku Hakim dan Puan Farahin tidak mempunyai anak perempuan. Jadi akulah yang menjadi anak perempuan mereka selama ini. Dimanjai , disayangi dan dicintai tidak mengira pangkat , agama mahupun kisah silam.
Tengku Harith Nathan, perginya dia untuk selamanya membuatkan aku rasa kesal dengan apa yang sudah terjadi. Kalaulah aku tidak mengikuti rancangan jahat ayah masa itu , mungkin Harith dapat diselamatkan. Dan mungkin dia berada disamping kami sambil menantikan hari di mana waris keluarga itu akan lahir tidak lama lagi.
Tengku Harlan Lethan, adik ipar yang sangat menyenangkan. Dia memang sekepala denganku. Dalam bab mengutuk dan memerli Indira Benz dia memang nombor satu. Kalau menyakitkan hati orang dia memang patut dapat anugerah. Mulutnya tidak pernah diam bila dipertemukan dengan gadis itu. Ada saja benda yang nak digaduhkan sampai Tengku Hakim pun naik lemak dengan mereka.
Untuk anak syurga mama , Tengku Hanez Armaya. Setialah menunggu mama untuk berjumpa dengan Hanez di sana nanti. Doakan supaya mama dan papa dapat meneruskan kehidupan di atas apa yang telah berlaku dalam keluarga kita. Mama nak bagitahu Hanez ni. Tidak lama lagi Hanez akan jadi kakak. Mama hanya menunggu hari saja untuk menantikan kelahiran putera yang kami beri nama Tengku Harizh Arnada. Ya , nama yang pernah aku mimpi dahulu. Inshaallah kalau diizinkan , lahirlah dia dimuka bumi.
Dan yang terakhir , buat suami tercinta Tengku Hatta Jonathan. Terima kasih kerana mencintai aku sepenuh jiwa. Hadirnya dirimu mengubati segala luka yang pernah aku alami. Hadirnya dirimu sangat membahagiakan aku. Hadirnya dirimu sangat bermakna untukku. Kaulah anugerah terindah untukku. Mohon ampunkan Armel jika selama kita hidup bersama Armel berkasar dan tidak menghormati abang. Mel tahu abang dah bosan sebab asyik dengar perkataan 'maaf' dari Mel. Kisah silam itu selalu menghantui fikiran Mel.
Tidak dapat dibuang dan dilupakan daripada minda. Sesungguhnya hanya dia saja yang tahu betapa cintanya Mel pada abang. Biarpun kita telah menempuhi pelbagai rintangan bersama , Mel tahu Mel banyak menyusahkan abang. Mel selalu buat abang terasa hati dan sedih. Terima kasih sayangku kerana telah menjagaku sepanjang aku koma selama lima bulan. Memori itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Memori yang membuatkan aku lebih menghargai dia yang sentiasa berada disampingku disaat susah dan senang.
17 Januari 2020
------------
"Mel sayang , masa untuk minum susu!" Suara Tengku Hatta menambahkan lagi rasa gembira. Senyuman menguntum dibibir Armel tatkala si dia masuk ke dalam bilik dengan memegang segelas air putih. Buku diari yang Armel tulis tadi dia simpan kemas di dalam laci. Pandangannya kini beralih ke arah si sang suami yang tersenyum manis. Dengan perlahan Tengku Hatta menarik kerusi ke arah Armel lalu menempatkan punggung di situ. Mereka berpandangan seketika. Begitu banyak kenangan mereka bersama. Kenangan pahit dan kenangan indah.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...