3 bulan kemudian
SUASANA rumah sangat meriah sekali hari ini. Banyak barang-barang yang tersusun kemas diatas meja makan. Ada kurma , lauk-pauk dan lain-lain. Sehari sahaja lagi umat islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Seluruh keluarga itu kelihatan teruja sekali termasuk Tengku Hatta.
"Banyaknya lauk mummy. Kita ada kenduri ke ni?" soal Armel. Tengku Hatta berada dibelakangnya sambil memegang bahu isterinya yang sedang mengandung dua bulan. Kalau Armel hendak pergi mana-mana termasuklah tandas , lelaki itu sentiasa berada disamping isterinya bagi memastikan keselamatan Armel.
"Tak adalah. Esokkan kita nak puasa? Beli banyak-banyaklah kang nanti tak cukup pulak. Eh tapi barang-barang ni semua Satra dan Austin yang belikan. Diorang belanja," ujar Puan Farahin sedikit berbisik. Bukan apa , disebelahnya ada Satra , Austin dan Tengku Harlan yang dipaksa untuk memotong bawang merah. Menangis tak berlagu mereka memotong bawang-bawang itu.
"La.. kena potong bawang ke? Kesiannya," perli Tengku Hatta bernada sindiran. Dia mencebik.
"Mana aci macam ni mummy. Banyak kot bawang-bawang yang masih tak dipotong lagi," rungut Tengku Harlan lalu menarik hingus. Argh! Pedih mata!
"Apa kata kau dengan Sai join sekali? Barulah cepat sikit kerja kami ni siap. Tak gitu mummy?" cadang Satra pula. Dlihatnya Tengku Hatta memberi isyarat penumbuk tangan ke arahnya.
"Eh asal aku dengan Sai pulak yang kena? Koranglah yang potong! Dah nak habiskan?" balas Tengku Hatta , geram. Ditarik lembut cuping telinga Armel apabila dia mendengar suara ketawa isterinya.
"Aduh mummy! Pedihnya mummy! Argh! Pedih! Nak pergi ruang tamu boleh?" Pada permulaan kata , Tengku Harlan berlakon seperti sedang menangis teruk. Tetapi bila sampai perkataan Nak tu , terus berubah ceria muka dia. Siap tunjuk puppy eyes lagi tu depan Puan Farahin. Nak melarikan dirilah tu. Jangan harap nak!
"Mengada betul kau ni kan Harlan?" tegur Tuan Chaisai yang baru selesai menurunkan semua barang-barang daripada kereta. Baru sahaja dia hendak berlalu pergi , Puan Farahin terus memanggilnya.
"Elok sangatlah tu Imran datang ke sini. Tolong auntie boleh?" Pisau dihulurkan kepada Tuan Chaisai menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Dia memandang ke sinki. Disitu terdapat ikan-ikan yang masih bergerak. Takkan auntie nak aku siang ikan-ikan tu semua?
"Erk... tolong apa auntie?"
"Tolong siang ikan-ikan tu , boleh tak Imran? Auntie nak ke depan. Nak rehat. Bolehkan?"
"T... tapi. Imran tak tahu macam mana nak si-"
"Boleh tu!" Puan Farahin sudah hilang dari pandangan. Tuan Chaisai bungkam.
"Tak apalah Sai. Aku tolong kau siang ikan erk? Dah jom." Tengku Hatta mengambil satu lagi pisau dicelah sinki. Nak siapkan makan malam punya pasal , kaum lelaki yang kena tempiasnya hari ini.
"Mel rehatlah. Duduk dengan mummy diruang tamu," pesan Tengku Hatta dengan senyuman. Seekor ikan dipegang olehnya sebelum ikan itu terlepas dari genggamannya. Lelaki-lelaki yang sedang berperang habis-habisan untuk memotong bawang merah mula menjarakkan diri daripada meja tatkala ikan itu mendarat ditempat mereka.
YOU ARE READING
TENGKU HATTA JONATHAN ✅
RomanceKnown as Beautiful Memories TENGKU HATTA JONATHAN, kacukan Melayu-Thailand itu semestinya seorang yang suka mengusik orang. Encik Mafia tak cukup matang merupakan gelaran yang diberikan kepada Tengku Hatta oleh si gadis. Sejak dipertemukan dengan se...