"You're my sýzygo!"
.
.
.BUKU novel itu ditutup lalu diletakkan semula di atas rak. Hampir setengah jam masa yang dia ambil untuk habiskan novel tu.
"Ah, penatnya" Lya mengeliat sekejap. Dia bangun dari lantai dan punggung disapu untuk menghilangkan debu.
Kaki melangkah semula ke kaunter. Kepala diletakkan di atas meja kaunter. Mulut yang terasa menguap ditutup.
'Mana pulak pekerja aku yang dua orang ni? Aku dah lapar dah ni.'
Baru sahaja matanya ingin terlelap, bunyi pintu kedai terbuka membuatkan matanya terbuka semula.
Rasanya aku dah buat tanda tutup tadi. Kepala diangkat memandang 2 pekerjanya.
"Bos. Sorry lambat. Orang kedai tu dia boleh pulak lupa pesanan kitorang." ujar Mia bersalah.
"Takpe. Bak sini makanan tu. Kau pergi buka kedai. Dah lama aku tunggu sampai waktu lunch pun dah habis." Lya menjeling Sara. Sara mengangguk faham.
Mia dan Sara tak terasa pun. Dah biasa dengan sikap ganas bos mereka tu. Tapi sebenarnya baik.
Lya masuk ke pejabat yang khas hanya untuk dia. Takdelah besar mana pun. Kecik aje. Cuma ada meja kerja dan rak-rak fail tentang kemasukan stok buku-buku baru.
Bau nasi goreng pataya menjengah hidungnya. Sedap ni! Terus satu sudu masuk ke dalam mulut. Nyum!
Kring! Kring!
Telefon yang berdering, diangkat.
"Ye, ma-"
"Lya! Tadi Ustaz Azif kata nak masuk meminang kau hujung minggu ni! Jadi jangan lupa balik."
Terkebil-kebil Lya mendengar jeritan emaknya. Mata dibulatkan apabila sedar kata-kata Puan Asz.
"Mak jangan main-main. Ustaz Azif mana ni? Tak naklah ma!"
"Takde takde. Kalau mak tak buat macam ni takdenya kau nak dengar. Nak tunggu kau bawak boyfriend jumpa mak, sampai kesudah mak tak tengok cucu mak."
"Emak! Adik kan ada. Dia tengah mengandung lagi tuh. Cucu emak jugak!"
"Memanglah! Habis..kau tu bila nak kahwin? Nak tunggu sampai anak adik tu dah besar? Hah?!"
"Apa mak ni. Akak baru 26 tahun. Muda lagilah! Tak nak Ustaz Azif tu. Bukan orang kenal pun."
"Tadi mak gi jumpa dia. Mak tunjuk gambar kau. Dah dia berkenan, kira okeylah. Dia pun dah lama menduda."
"Duda! Mak kenapa nak kahwinkan dengan laki duda?! Akak bukan janda tau. Akak ni dara lagi! Taknak, taknak, taknak! Akak taknak balik minggu ni! Akak boleh cari sendirilah! Dah bye! Orang banyak customer ni!"
Keluhan dilepaskan. Nasi goreng pataya tadi dipandang semula. Kan dah hilang selera aku. Adu!
••••
CERMIN dipandang. Cuba mencari cacat cela pada mukanya. Muka takde makeup. Just tepek bedak sikit dan gincu bagi merah sikit. Taknak nampak pucat sangat. Selendang yang berada di kepala, dilabuhkan sedikit. Tak nak lah bagi lelaki nampak benda-benda yang tak sepatutnya
Okey cun! Sekarang ni, mari jalankan misi. Misi Mencari Jodoh!
Kaki melangkah keluar dari tandas awam itu. Sekeliling mall dipandang. Seorang lelaki muda memakai hoodie ditenung lama.
'Rambut coklat sikit. Hoodie tu macam baru beli je. Harga paling kurang 50 ringgit. Kasut jenama Nike! Mahal! Tengok muka, umur macam 24, 25 tahun.'
Macam boleh je nak try. Kelakuan lelaki itu dipandang pula. Lelaki ni dari tadi asyik tengok telefon.
Kemudian, lelaki itu tersenyum. Bukan pada dia, tapi pada skrin telefon tu. Nampak sangat dah ada awek.
Adu! Melepas target. Cari lain lah. Mata elok meliar kesana sini. Seorang lelaki baru melangkah keluar dari kedai Tea Live.
Wah! Handsome!
'T-shirt hitam. Pergh, badan! Nampak muscle walau tak jelas sangat. Jam yang dia pakai... Rolex! Kasut Adidas! Umur macam baya-baya aku'
Cantik! Pakej full. Mesti kaya ni.
Kelakuan lelaki itu pula yang diperhatikan.
'Tangan pegang air buble tea. Green Tea ke tu? Tak banyak orang suka air jenis tu. Pelik, tapi fine. Tangan kat poket. Muka kacak tapi dingin. Okey, takde awek ni! Confirm.'
Kaki melangkah ke arah lelaki tersebut. Segala jenis novel yang pernah dibaca, diingat semula. Segala scene clishe dihadam di kepala otaknya.
Demi untuk jodoh aku! Clishe seperti novel dan drama!
Tangan berpura-pura main dengan telefon bimbit miliknya. Kaki semakin laju menghayun ke arah lelaki itu.
Bam!
"Ouch!"
Lama dia diamkan diri di atas lantai itu. Menunggu lelaki tadi untuk berkata baik atau memaki hamun dirinya.
Aik? Takde bunyi pun. Muka diangkat memandang wajah lelaki itu. Mata mereka bertembung. Jantung berdegup laju.
Inilah saat yang dinantikan. Saat untuk jatuh cinta seperti dalam kebanyakan novel dan drama! Yes!
"Kau kenapa?" mendatar sahaja suaranya lelaki tersebut sambil memandang Lya yang terduduk di atas lantai.
Okey, chill. Turn kau pulak Lya untuk balas kata-kata dia.
"Saya ja-"
"Ril? Ya Allah. Kenapa ni?"
Kepala Lya dan lelaki tersebut automatik pandang pada suara wanita tua yabg berusia lebih kurang 60 tahun.
"Eh? Nak okey tak? Habis basah baju ni. Kena air Ril ke? Adu.. maaflah anak auntie tu cuai."
'Ouh, anak'. Senyuman cuba dipamirkan.
'Tak ingat pulak aku scene ni ada kat dalam novel atau drama? Ada ke ek?'
"Saya okey aunty. Takde apapun. Salah saya sebenarnya." aku tersenyum kekok. Habis plan aku!
"Takpelah. Kita pergi kat mana-mana kedai. Tukar baju dan tudung tu. Aunty belanja tau." Aku bangun dari duduk dengan bantuan wanita tu. Nak harapakan lelaki tu, sampai esok tak buat.
"Mari ikut aunty. Ril. Jom!"
"Eh, ma. Buat apa? Biarlah. Salah dia. Bukanny-"
Kata-kata Airil terhenti melihat pandangan tajam mamanya. Air liur diteguk. Seram pulak mama ni.
"Mari. Aunty belanja pakaian baru dan tudung baru." Tangan Lya ditarik memaksa secara lembut.
Airil mengeluh. Mama dah buat hal dah! Adalah tu rancangan 'bernas' mama. Kaki mengikut langkah mamanya dan gadis stranger tadi.
Lya terkebil-kebil mengikut langkah wanita itu. Ni tak ada dalam novel atau mana-mana drama kan? Habis misi clishe aku.
Untuk bab 1 ni..okey jekan?
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...