5

1.8K 263 14
                                    

   Usai menjamah sarapan di kafe, langkah dibawa ke dewan kuliah. Teruja pada sesi kelas mereka yang pertama untuk semester ini.

Kerusi dibelakang sekali menjadi spot kegemaran baru. Sempat mereka membuah senyum sapa pada beberapa pelajar lain yang terlebih dahulu berada di situ.

Luqman, Aidil dan Wafiq melabuhkan punggung. Mujur tidak perlu duduk di barisan hadapan.

Memang sengaja mereka hadir lebih awal, sekadar mahu tahu selok belok dewan kuliah yang kadang boleh mengelirukan kepada pelajar baru seperti mereka.

Aidil tiba-tiba menghulur sesuatu pada Luqman. Kepingan gambar polaroid yang diterima semalam.

Luqman mengambil dan terus melihat tanpa banyak bicara.

Dahinya automatis berkerut.

"Asal?" dia memandang Aidil dan Wafiq yang setia menanti reaksinya.

"Kau tak rasa pelik ke? Macam mana ada kau, aku, Wa-...," kata-kata Aidil terhenti. Kepingan polaroid itu dirampas dari pegangan Luqman.

"Mana.. Wafiq?" soalnya sendiri.

Wafiq yang terkejut namanya disebut, turut melihat.

—dia terkesima.

Tiada.

Gambarnya tiada.

Tapi—

semalam?

"Apa yang korang nak sampaikan ni sebenarnya?" tanya Luqman tidak paham.

Aidil dan Wafiq saling berpandangan. Cuba memikirkan logik akal pada apa yang mereka sedang lihat saat ini.

Luqman mendehem kasar. Barannya naik satu anak tangga kerana soalan diabai tanpa sebarang jawapan.

Aidil seakan baru tersentak ke realiti, lantas menceritakan segalanya pada Luqman.

Tentang kiriman tanpa pemberi,

dan tentang polaroid yang dasarnya terdapat gambar mereka berempat.

"Betul bukan kau yang tangkap gambar ni?" tanya Luqman pada Wafiq yang diam sedari tadi.

Wafiq mengangguk pantas. "Betul. Aku mana ada kamera," jelas Wafiq.

Luqman melempar pandang jauh.

Ini semua berlaku tika dia bersemuka dengan Zarif malam tadi.

"Hmm," otaknya ligat berputar.

Zarif..

"Manusia?

no—

I'm a monster,Luqman."

Lelaki itu,

benar-benar menguji kesabarannya.

Dan tatkala itu, Zarif tiba. Langkah diatur hingga belakang dewan. Tepat dibarisan belakang. Sempat dia membuah senyum kecil pada Luqman yang sedang mencerlungnya.

"Boleh aku duduk sini?" soalnya pada Wafiq, menunjuk pada kerusi kosong disebelah lelaki itu.

Wafiq mengangguk lambat.

"Ada belambak lagi tempat dekat depan, boleh kot duduk sana," kata Luqman  sinis. Dia mencampak beg galasnya di kerusi kosong itu, tidak memberi izin.

DIAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang