Pisau digenggam erat. Pandangannya sepi melihat Luqman yang terbaring di lantai tanah itu.
Zarif tersenyum sebaris.
Lebih baik meninggalkan daripada ditinggalkan? Tidak lah hatinya akan terus patah terhadap manusia yang tidak mengambil peduli tentang dirinya.
Heh.
Lembaga itu terus membisik bisikan noda. Menguasai separuh waras. Namun hatinya membidas kental.
"Aku minta maaf," ucap Luqman seraya mengusap kepala Zarif yang tersandar kemas dalam pelukannya.
"Jangan fikir perkara bodoh Zarif," ucap Luqman sambil mengusap bahu lelaki itu.
"Aku minta maaf,"
"Aku minta maaf,"
Seringkali perkatan itu terpacul daripada bibir sahabatnya, Luqman. Seseorang yang sentiasa ada saat susah dan jatuhnya sejak kebelakangan ini.
Pisau itu dipandang lama.
"Tak usah berfikir. Bunuh saja dia yang membuang kau!"
Ah..
"Bunuh saja! Kau mampu!"
Zarif memejam matanya rapat. Dadanya terasa sesak dan nafasnya menjadi singkat.
"Bunuh dia!"
Kepalanya berdenyut hebat. Seiring bau tengik darah yang semakin menguasai rongga pernafasannya.
"DIAM!" teriak Zarif.
"DIAM!!!" Jeritnya lagi. Tersembul urat dahi menunjuk bahawa dia sangat serabut dan terganggu.
"Bunuh dia!" bisikan itu terus menerus membelah telinga.
Dan dua saat setelah itu,
bibir Zarif merekah melakar senyum senget.
Lantas dia tergelak kecil.
Pegangan pisau kembali dikemaskan.
Dan tanpa berfikir panjang,
Zarif..
.
PAP!!!!!
Zarif tersentak hebat. Bergegar kepalanya dek tamparan kuat itu. Terasa pijar sebelah pipi.
"Lemah!" herdikan Orked mengejutkan dirinya.
Entah dari mana wanita ini datang.
"K..kau.," bicara Zarif menjadi gugup. Bibirnya terketar. Pisau yang berada di tangan itu dicampak menjauhi. Kenapa?
Orked tiba-tiba mencapai tangan Luqman, dan Zarif.
"Zarif, pandang aku," arah Orked.
Zarif menggeleng, "A..ku.. hampir... nak bunuh Luqman... A.. ku..." air matanya mengalir deras. Jijik terhadap dirinya sendiri.
"Zarif!" Orked menarik dagu Zarif agar memandangnya.
Anak mata mereka kini setentang.
"Ayuh pulang. Aku percaya kau boleh," ujar Orked bersama senyuman tipis. Sebelah tangannya dibawa mengusap air mata Zarif yang terus mengalir.
ANDA SEDANG MEMBACA
DIAM ✔
Mistero / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...
