Malam itu terasa hangat berbanding biasa. Badannya sekejap berkalih ke kanan, sekejap berkalih ke kiri. Tekaknya juga terasa kering.
Rimas.
Ini tidak boleh jadi. Dia perlu juga bangun untuk menghilangkan haus yang mengganggu lena. Luqman bangun dari pembaringannya.
Matanya dikerdip beberapa kali menjelaskan pandangan yang terasa kabur dek kegelapan malam.
Tangannya meraba mencari telefon dibawah bantal.
3 pagi.
"Huh!" tatkala itu terdengar keluhan kasar terlepas berhampiran pintu bilik.
Luqman tersentak dari mamai. Terkejut mendengar suara itu.
Jarinya pantas menekan telefon bimbit, mencari butang lampu suluh.
FLASHLIGHT ON.
Matanya mengecil mencari dari mana datang bunyi itu. Tangannya menyuluh pada siling.
Kosong.
Kemudian disuluh pada katil Aidil disebelahnya. Hanya ada Aidil yang sedang tidur lena.
Kemudian dia menyuluh pada pintu bilik.
Zarif,
—sedang memandangnya.
Nafas lelaki itu seolah tercungap.
Luqman menelan liur.
"Sampai bila.. kau nak suluh.. muka aku?" suara garau Zarif memecah hening malam.
Namun Luqman tidak berganjak. Dia tetap menyuluh pada wajah lelaki itu.
'Betul ke tu Zarif?' detik hatinya. Tekak yang sudah memang kering terasa benar-benar dahaga.
Matanya tidak berkelip memandang lelaki itu.
Zarif membuah senyum sinis. Dia mengabaikan Luqman yang 'suka' merenungnya.
Dia kembali melakukan tekan tubi yang tertangguh.
"Huh!Huh!"
Luqman mengalih pandang pada katil Zarif yang kosong. Kemudian memandang semula Zarif yang masih melakukan tekan tubi itu.
"Kkau..
Kenapa tak tidur lagi?" soal Luqman, ragu-ragu.
Pergerakan Zarif terhenti mendengar soalan itu. Baju t-shirt yang sudah basah dengan peluh ditanggalkan.
" Saje," sinis Zarif kemudian melakukan plank pula.
Luqman mengambil botol air mineral yang berada dibawah katilnya. Jantung yang berdegup kencang itu cuba ditenangkan dengan meneguk rakus menghilangkan dahaga.
Kantuknya sudah tiada.
"Huh!Huh!"
Dalam diam dia memuji tubuh Zarif yang agak berotot. Kepalanya tergeleng segera.
Gila.
Ini bukan sesi puji memuji.
Tiba-tiba Zarif bangkit dari melakukan senaman. Peluh mengalir hebat disekalian anggota tubuh.
Dibibirnya terukir senyum. Langkah dibawa menghampiri katil Luqman.
Luqman tidak berganjak. Jantungnya kembali berentak laju tatkala Zarif duduk disebelahnya.
Walaupun dia sememangnya benci terhadap peluh, dia tiada keberanian mahu mengusir lelaki itu.
Zarif mengambil botol air yang berada ditangan Luqman, lalu minum tanpa sebarang izin.
![](https://img.wattpad.com/cover/230512095-288-k935694.jpg)
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...