2

2.2K 286 56
                                    


  Tiga senduk nasi dituang penuh bersemangat ke dalam pinggan. Pantas tangannya mengambil sambal ikan keli bersama ulaman yang hampir memenuhi ruang, kemudian dicedok pula sambal belacan tanpa memikirkan orang belakang.

Luqman menjentik telinganya.

"Kau nak mati dah ke? Apesal ambik makanan tak ingat dunia? Ingat cafe ni makcik kau punya ke?" bertubi ayat pedas keluar dari mulut Luqman pada Aidil yang seperti hilang akal melihat makanan.

Aidil mengaduh kuat. "Aku lapar la," cebik Aidil sambil mengambil sebiji telur goreng dan meletakkan ke dalam pinggannya.

"Kalau tak habis makanan tu, memang aku sumbat dalam mulut sampai pecah halkum kau,"pesan Luqman kemudian berlalu menuju ke salah sebuah meja yang tersedia di kafe tersebut.

Wafiq tergelak kecil melihat keinsafan diwajah Aidil selepas kata-kata yang dilempar oleh Luqman.

Mereka bertiga akhirnya duduk disudut kafe. Perut sudah berkeroncong sejak tadi. Makanan yang terhidang itu dijamah terus tanpa banyak kata.

Maklumlah terjaga pukul 2 petang, menggelupur bangun mencari makan.

"Zarif mana? Kenapa tak ajak dia sekali?" soal Aidil setelah membuat suapan pertama.

Luqman sekadar menjungkit bahu.

"Aku nak ajak dia tadi, tapi aku tengok dia tidur mati. Tak sampai hati pulak nak kejut," ujar Wafiq memberitahu niatnya.

"Dia jet lag kot," omel Aidil.

"Jet lag acik kau," bidas Luqman. "Biar je lah si Zarif tu nak tidur ke nak makan, bukannya baby lagi nak kena suap," sambung Luqman.

Aidil memandang Luqman sambil mencebik. "Tak yang kau ni asyik marah-marah dah kenapa? Gaduh dengan awek tak payah tempias dekat kitorang. Aku siku tengkuk kau kang baru tahu," lepas Aidil pula.

Luqman berdehem. "Sini la try siku, kita tengok mulut siapa yang berdarah nanti," cabar Luqman tidak puas hati.

Wafiq menggeleng kepalanya.

"Dah dah, jom makan. Tak elok bising depan rezeki," ucapnya.

Luqman dan Aidil menjeling sesama mereka.

Pergaduhan dihentikan tanpa rela. Mujur ada Wafiq disitu.

=======

  Aidil terus terbaring di atas katilnya. Walaupun makan 3 senduk nasi, bila dah naik berpuluh anak tangga itu, perutnya kembali meminta diisi.

Luqman memandang Zarif yang masih tidur di atas katil. Jam tangan dikerling sekilas.

4 petang.

"Fiq, cuba usha mamat tu hidup lagi ke tak," pinta Luqman seraya jari telunjuknya diarah pada katil Zarif.

Wafiq bergerak menghampiri. Dia memandang dada Zarif yang berombak mengambil nafas.

"Hidup," jawabnya.

Dahi Luqman berkerut sedikit. Bukan main lama lagi mamat ni tidur.

Aidil yang baru saja mahu melelapkan mata, tiba-tiba duduk tegak.

"Weh," panggil Aidil.

Wafiq dan Luqman segera memandang sahabatnya itu.

"Kita kena siapkan presentation orientasi yang brader fasi tu suruh. Aduh, aku lupa!" Aidil menepuk dahinya. Patutlah semalam tidurnya terasa tidak senang saja, rupanya ada kerja yang tertangguh. Dicampur lagi dengan bangun pukul 2 petang hari ini, bertambah terbabas kerja mereka.

DIAM ✔Where stories live. Discover now