(( Semua cepat doa semoga sis rajin update selalu! ))
—
Luqman menatap temannya yang sudah lelah tersandar pada dinding. Suasana hening tanpa sebarang bicara dari kedua mereka. Biarlah bayu dingin malam menyembuh kekusutan hati temannya itu.
Zarif menyeka air mata yang masih berbaki. Terasa kehangatan usapan Luqman yang membelai belakang badannya.
"Hati kau boleh patah,
mata kau boleh basah,
tetapi kau tidak boleh menyerah Zarif. Perlahan-lahan..Perlahan-lahan kau akan kembali baik," kata Luqman, ikhlas. Walau dia tahu kesakitan yang dirasai tidak ternilai peritnya, sekurangnya dia tidak mahu Zarif pergi mengikut jalan yang dibenci Tuhan.
Zarif menghembus nafas berat.
"Suatu ketika dimasa silam, aku pernah bertahan sekuatnya kerana insan yang aku sayang. Bahkan aku biar separuh waras menguasai otak, aku jadi orang yang tidak gentar asalkan dapat bersama mereka.
Hingga aku tersungkur separuh mati. Namun yang akhirnya aku dapatkan adalah kenyataan mereka tidak peduli.
Mereka yang berjanji ingin bersama saat aku luka dan suka.. Mereka yang berjanji akan sehidup semati..
tinggalkan aku tanpa sebarang penjelasan Luqman," Zarif tersedu-sedan dalam bicaranya. Terlayar dimemori saat dia ditinggalkan seperti sampah tidak berguna.
"Hari-hari aku lalui dengan kekecewaan. Hari-hari aku kalah dan jatuh. Hari-hari aku menanti khabar yang tak pasti.
Mereka bukan saja menghancurkan segala janji,
mereka mengajar aku betapa kejamnya perasaan memiliki sesuatu yang tidak nyata. Aku..
sejujurnya aku sudah lelah,Luqman." dadanya ditumbuk menahan sedu dan sebak.
Luqman menarik Zarif kedalam pelukannya. Andai saja dia bisa memutar waktu, akan ditarik balik semua kata-kata keji yang pernah dilempar pada temannya itu.
"Aku minta maaf," ucap Luqman seraya mengusap kepala Zarif yang tersandar kemas dalam pelukannya.
Zarif tidak sedikitpun menolak,
namun menikmati kehangatan itu.
Sekali ini saja. Sekali ini saja biar dia mahu tenggelam dalam ketenangan ini.
Zarif seakan terbuai dalam pelukan. Kelopak matanya terasa semakin berat.
Dan dia akhirnya terlelap dalam dakapan temannya itu.
Luqman terus mengusap ubun kepala. Mahu Zarif lena sepenuhnya.
" Istirahat kawan. Akhiri malam ini dengan menepi dari dunia yang kejam.
Bermimpilah apa saja. Tak ada salahnya, selama kau tidak tenggelam di dalamnya," bisik Luqman.
#########
Jari dihulur mendekati hidung."Hidup lagi ke dia ni?" tanya Aidil memandang Zarif yang sudah dua hari tidur tanpa jaga.
Luqman yang baru saja pulang dari farmasi, segera menarik Aidil menjauhi lelaki itu.
"Kau diam sikit boleh tak? Memekak je keje," ujar Luqman menyuruh Aidil merendahkan volume suaranya. Tidak mahu Zarif terjaga.
Aidil sekadar mencebik.
"Wafiq, tolong aku boleh?" pinta Luqman sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...