Luqman tertawa sinis."Jadi kenapa?" soal dia, memandang tepat ke dalam anak mata teman sebiliknya itu.
"Jadi kenapa, Zarif? Ketagihan kau mampu membunuh?" Luqman tergelak lagi.
"Jadi bunuh lah. Bunuh lah aku. Aku sedikit pun tak takut akan mati, apetah lagi manusia seperti kau.
Andai aku mati kerana kau, biarlah. Itu bukan kerja aku, Zarif. Itu kerja Tuhan. Sesuatu yang sudah ditakdirkan untuk terjadi, pasti akan berlaku.
-Dan sesuatu yang sudah ditetapkan untuk kita, pasti tidak akan dibiarkan oleh Allah untuk menjadi milik orang lain. Sekurangnya jika aku mati sekalipun,
aku mati kerana sudah berjuang untuk kau. Bukan biarkan diri terngadah lalu terus tersungkur dan tersungkur," pedas Luqman melempar bait-bait pada Zarif.
Zarif mengalih pandang.
"Kenapa Man? Kenapa kau perlu berjuang untuk aku? Aku bukan sesiapa.
Aku bukan keluarga,
malah bukan kenalan rapat. Hanya sekadar kawan yang tinggal sebumbung buat beberapa bulan, tak lebih dari itu," balas Zarif bertubi-tubi. Menafikan segala kenyataan Luqman sebentar tadi.Tidak logik,
tidak berasas.
Luqman tergelak lagi. Apa yang susah sangat untuk Zarif memahami niatnya?
"Kita tak perlu jadi keluarga untuk berjuang pada seseorang. Aku tak nampak dimana salahnya berjuang untuk kawan yang tinggal sebumbung untuk beberapa bulan.
Sama ada kau,
Aidil,
malah Wafiq sekalipun, aku tetap akan ada. Aku janji.
Kau tiada hak untuk menetapkan limitasi pada persahabatan," jelas Luqman, petah sekali.
Zarif meraup wajahnya kasar. Setiap kata-katanya ditepis mudah. Serasa sudah hilang daya berlawan mulut begini.
"Suatu hari nanti kau tetap akan tinggalkan aku, Luqman." ujar Zarif, "Sama seperti mereka yang telah berjanji untuk setia dahulu," sambung Zarif perlahan.
Tongkat kaki dicapai,
kemudian dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Luqman sendirian untuk menghadam kata-kata itu.
#########
Dalam langkah terhincut itu, hanya satu arah tujunya. Tempat yang sentiasa menjadi persinggahan setiap kali fikirannya hilang arah.
Terletak sedikit jauh dibelakang fakulti multimedia, terdapat satu tasik kecil. Kawasan yang jarang ditemui pelajar-pelajar. Lagi pula tempat itu seperti terabai dan tidak terusik, padan saja tiada siapa tahu.
Tapi itulah yang terbaik. Tiada siapa tahu.
Namun sangkaannya meleset.
Setibanya disitu, matanya tertacap pada seorang wanita yang membelakanginya. Sedang menghadap bentangan tasik kecil bersama angin sepoi bahasa.
Zarif mengambil keputusan untuk berpatah balik,
namun wanita itu terlebih dahulu berpaling. Seolah merasa kehadiran insan lain selain dirinya disitu.
Wanita itu tersentak. "Zarif?" tegur dia.
Zarif menjelaskan pandangan bagi mengenali siapa yang baru saja menyebut namanya itu.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Bí ẩn / Giật gânPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...