—Skret.
Skrett..
—
Nafasnya ditahan seiring mata berkalih melihat sahabatnya yang sedang memberi signal agar diam tanpa bicara.
Dalam samar cahaya itu dia pasti Zarif tidak bermain dengan tindakannya. Luqman akur.
Pulasan tombol itu tidak lagi berbunyi.
Lama mereka duduk dalam posisi begitu. Cuba menahan nafas sebaik mungkin.
Tidak lama setelah itu, terdengar bunyi tapak menjauh pergi.
Hanya bunyi seretan langkah,
yang akhirnya tidak lagi kedengaran.
Setelah berasa pasti, Zarif melepaskan tangan yang mengunci mulut Luqman. Jelingan tajam dihadiahkan tanpa sebab.
Luqman menghela nafas lega.Gemuruh dadanya beransur hilang.
Zarif bangkit dari katil bujang yang hampir mahu roboh kerana mereka berdua.
Kepalanya terasa berpinar.
"Terima kasih," ujar Luqman memecah sunyi.
Zarif tidak memberi sebarang respon. Sekadar memandang kosong wajah Luqman yang kelihatan pucat itu.
Kata terima kasih itu tidak diendahkan,
lalu dia bergerak ke katilnya.
Selimut ditarik menutupi badan, dan Zarif kembali menyambung tidurnya.
Luqman membuah senyum kecil.
Mujur Zarif baik-baik saja.
#########
"Kau tak perlu hadir ke kuliah kalau kau masih belum sihat," larang Luqman tatkala Zarif mengambil tempat disebelah Wafiq di dalam dewan kuliah.
Zarif tidak menjawab apa-apa. Beg sandang dicampak pada lantai, lantas kepalanya diletak pada meja.
Ah!
Sakit kepalanya masih belum hilang. Dan tanpa sedar Zarif terus terlelap sebelum sempat kelas bermula.
Luqman yang memerhati sejak tadi menggeleng kepala tidak percaya.
"Degil," desisnya. Dia mengumpul buku dan alat tulisnya, lalu memindah tempat duduk.
"Kau nak pergi mana?" bisik Aidil perlahan, tika itu pensyarah sudah pun masuk dan memulakan sesi pembelajaran.
Luqman menunjuk pada kerusi kosong dihadapan tempat duduk Zarif. "Kalau tak nanti prof nampak Zarif tidur," bisiknya kemudian.
Aidil mengangguk paham. Ingatkan Luqman mahu memonteng kelas, rupanya ingin menghalang pandangan pensyarah agar tidak nampak Zarif yang sedang lena.
Luqman.. Luqman..
#########
Kelopak matanya dibuka berat. Tengkuknya terasa lenguh. Lambat-lambat Zarif jaga dari tidurnya.
Dia memandang dewan kuliah yang sudah pun kosong tanpa pelajar. Hanya tinggal dia sahaja.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...