7

1.6K 246 49
                                    


Pandangan khuatir dilempar pada sahabatnya yang masih menyinga sejak tadi. Habis berlekuk loker besi dek tumbukan amarah Luqman ketika pulang.

"Apesal ni Man?," Aidil mengambil tempat disebelah sahabatnya itu. Bersama Wafiq yang turut serta dalam perbualan itu dari meja belajarnya.

Luqman meraup wajahnya kasar. Jelas keserabutan daripada riak wajahnya.

"Pasal Zarif lagi ke?" bijak Aidil meneka isi hati sahabatnya.

Luqman mengeluh berat namun tidak menjawab soalan yang ditanya.

Wafiq dan Aidil berpandangan sesama mereka. Berfikir sama ada patut diberi ruang atau masuk campur dalam hal sebegini.

"Aku tak paham la Man," tiba-tiba Aidil menyambung kembali bicara. Dengan itu memutuskan bahawa dia akan bersama Luqman dikala susah dan senang.

"Aku kenal kau dari tingkatan 1 lagi. dan-aku tahu kau bukan jenis yang kisah pasal orang lain. Selama ni, tak kisah lah berapa ribu makian kau terima, tak pernah sekali pun kau melatah..." Aidil berhenti sejenak, wajah Luqman dilihat seketika,

"Jadi aku tak paham. Aku tak paham kenapa kau mudah terganggu dengan kehadiran Zarif. Aku tahu dia pelik, cuma aku tak paham kenapa. Kenapa kau benci sangat pada Zarif?,"

"Aku tak paham kenapa kau melenting atas perkara kecil. Aku tak paham kenapa kau bertindak melulu tanpa paham perasaan orang lain. Berbalik pada diri kau sendiri Man. Sama ada Zarif yang tidak betul,

atau hati kau yang sebenarnya bermasalah?"

-

dan soalan yang bertubi itu,

berjaya mengalirkan air mata lelaki milik Luqman.

Wafiq sedikit terkejut. Mungkin dia terlalu buat tidak endah tentang perasaan sahabatnya itu, dia tidak menyangka lelaki sekebal Luqman mampu mengalirkan air mata kerana soalan sebegitu. Tika itu dia akui, keakraban persahabatan Aidil dan Luqman tiada batasan dan had.

Aidil mengusap lembut belakang badan sahabatnya itu. Gugur hatinya melihat Luqman tersungkur lemah begini sedangkan dia tahu Luqman seorang yang kuat mental dan emosi.

" Tak salah Man kau nak luah apa yang tersimpan dalam hati, cuma pilih lah cara yang tidak memudaratkan mana-mana pihak, lagi-lagi diri kau sendiri," ikhlas Aidil menasihati Luqman.

Dan buat beberapa minit itu, mereka diam tanpa sebarang kata, sekadar membiar angin menyembuh suasana kelam itu.

Aidil tiba-tiba bangkit dari duduknya,

"Lapar pulak. Jom Wafiq tapau makanan dekat kafe," ajak Aidil.

Wafiq yang memahami kehendak Aidil, segera bersetuju.

Dan mereka berdua berlalu pergi meninggalkan Luqman sendirian dibilik.

Memberi ruang,

buat Luqman berfikir dengan tenang.




=========




YBHG DATO' SRI ANUAR IDRIS
AHLI LEMBAGA PENGARAH

Nama yang terpapar megah dipintu itu direnung sejenak. Nafas diambil dalam sebelum tombol pintu itu dipulas.

Yang pasti dia sudah tahu apa yang bakal menyambutnya sebaik dia melangkah masuk nanti.

Huh,

hah.

Pintu dibuka luas,

DIAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang