15

1.3K 220 28
                                    


  "Aku ingin menghilang sejenak dari hingar bingar dunia. Mengistirehatkan badan dengan sendiri tanpa aku perlu paksa.

Ingin pejam bukan kerana pengsan,
Ingin lena bukan kerana letih,

berat sangat ke permintaan aku, Luqman? Salah ke aku berharap perkara yang tidak mustahil pada orang lain tetapi tampak mustahil untuk aku?" Zarif tersedu-sedan dibahu Luqman. Tidak menyedari dia sudah meluahkan hampir segalanya pada lelaki itu.

Tidak pasti mengapa Luqman sentiasa menemuinya disaat dia tersungkur. Dan tidak pasti mengapa dengan mudah dia melepaskan perkara yang terpendam lama itu tanpa sedikit pun teragak tiap kali dihadapan Luqman.

Luqman mengusap lembut belakang kepala temannya itu.

Barulah dia mengerti mengapa Zarif sentiasa berjaga ditengah malam. Barulah dia mengerti tujuan Zarif sentiasa bersenam tanpa henti supaya badannya dapat letih dan akhirnya tertidur akibat penat. Dan barulah dia mengerti mengapa setiap kali lelaki itu pengsan, tidurnya memakan masa yang lama.

Semuanya cara dia lari dari realiti. Larian yang penuh berliku walau sekadar untuk menikmati erti tidur.

"Andai tangisan ini boleh mengurangkan sakit di hati kau, maka menangislah sepuasnya Zarif.

Aku akan menunggu emosi itu reda. Dan andai meluahkan apa yang terbuku itu boleh menghilangkan segala penderitaan,

maka teruskan berbicara. Kau tak pernah salah kerana mempunyai rasa dan perasaan.

Dan tak ada masalah jika kau tersungkur. Teruskan berdoa dan berharap,

kerana Tuhan tidak pernah tidur," bisik Luqman, seikhlasnya.

Tangisan Zarif semakin kuat. Habis bengkak matanya.

dan Luqman disitu masih tenang mengusap belakang kepala temannya itu.

Hampir sepuluh minit mereka dalam posisi itu. Tangisan itu semakin perlahan.

Lambat-lambat Luqman meleraikan pelukan itu. Wajah Zarif yang tidak bermaya itu dipandang.

Pucat.

Luqman tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya di poket seluar. Nombor Wafiq di dail.

"Assalamualaikum Fiq. Sorry kacau kau tidur. Aku ada nak minta pertolongan kau sikit," ujar Luqman tergesa. Zarif yang longlai dipegangannya itu dipangku diatas riba.

"Waalaikumsalam Man. Kenapa tu?" dalam mamai Wafiq menjawab panggilan.

"Aku nak pinjam kereta kau sekejap boleh?  Ada kecemasan ni. Nanti aku jelaskan," pinta Luqman.

" Okay. Kau dekat mana ni?"

"Kau tunggu kejap dekat luar bilik, nanti aku sampai bawah kau campak je kunci tu dekat aku," beritahu Luqman, lantas menggendong Zarif dibelakangnya.

"Okay man,"

Langkah dibawa menuju blok C dengan segera.

########

Wajah diraup kasar. Jantungnya berdetak laju sejak Zarif dibawa masuk ke bilik pembedahan setengah jam lalu.

Fikirannya benar-benar bercelaru.Bibir tidak henti meminta bantuan Ilahi agar dipermudah segala urusan.

Tika itu dia memandang barang-barang Zarif yang berada dipegangannya.

Hoodie, dompet dan telefon.

DIAM ✔Where stories live. Discover now