(( Siapa kenal doktor tu angkat tangan?!"))
Langkah dibawa memasuki pejabat separa kecil itu. Bilik tersebut kemas dan tersusun rapi. Tiada sebarang kotoran mahupun habuk terkumpul.
"Jemput duduk," sapa Syahmi membuah senyum lembut.
Luqman melabuh punggung dikerusi yang terletak berhadapan meja doktor itu.
Sekilas dia mengimbas wajah doktor.
Berkarisma betul.
"Awak kawan kepada Zarif ya?" soal Syahmi kelihatan sedang mencatit sesuatu pada sehelai kertas.
"Ya saya,"
"Boleh ceritakan pada saya apa yang terjadi pada Zarif?" dan Luqman menceritakan segala yang terjadi. Tidak tertinggal variasi kesakitan yang dialami sahabatnya itu sejak dua menjak ini.
Syahmi mengangguk saja. Mendengar dengan penuh teliti dan tidak sedikit pun mencelah.
Luqman meraup wajahnya kasar, jelas kekesalan dan kebuntuan diraut mukanya sepanjang sesi penceritaan itu.
"Saya tak tahu apa saya patut buat, doktor. Sebagai seseorang yang tidak pernah peduli tentang kehidupan orang lain,
saya benar-benar buntu," luah Luqman.
Syahmi tersenyum nipis. Memahami perasaan Luqman.
"Terdapat keretakan tulang pada bahagian buku lali Zarif. Saya sudah pakaikan fiber glass cast pada kaki yang sakit tersebut. Mungkin akan mengambil sedikit masa untuk sembuh sepenuhnya. Jadi saya sarankan awak pastikan dia makan ubat tahan sakit ya," beritahu Syahmi jelas.
Luqman mengangguk.
"Tetapi.." Syahmi diam seketika.
Dia kelihatan seperti sedang menaip sesuatu dipapan kekunci komputer, lalu skrin komputer itu dipusing menghadap Luqman,
" luka-luka dan parut pada tubuh Zarif ini, bukan akibat gangguan halus," kata Syahmi.
Luqman tersentak. Dahinya berkerut tidak mengerti.
Jari Syahmi menunjuk pada kesan lebam dilengan Zarif,
"Ini kes penderaan. Ini kesan dirotan dan dilibas dengan sesuatu objek," serius Syahmi menerangkan segalanya.
Luqman merenung lama gambar itu.
Bagaimana dia tidak perasan selama ini?
Bingung. Otaknya sekali lagi tidak berfungsi.
"Saya sarankan Zarif untuk jumpa pakar psikologi. Dapatkan rawatan yang sebetulnya bagi memulihkan fizikal dan mental," cadang Syahmi,
namun pantas dibidas Luqman. Dia segera menceritakan tentang kata-kata Zarif tempoh hari.
Bahawa itu hanya akan membuat Zarif lebih tersiksa.
Syahmi tertunduk akur.
Sikap Zarif tidak tumpah seperti abangnya. Tidak boleh dipaksa atas sesuatu perkara.
"Kalau macamtu, saya serahkan pada awak Luqman," ujar Syahmi.
Seperti mana dia sentiasa ada ketika turun dan jatuh abangnya dulu,
dia mahu Luqman turut begitu.
"Ada hal-hal yang terasa sangat berat untuk dilalui, tetapi tetap harus dilalui. Terasa sukar untuk diterima, tapi tetap harus terima. Hidup kadang memang terlewat dalam memberi sesuatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...