Nafas ditarik dalam. Sudah hampir lima minit dia berdiri tegak dihadapan pejabat ayahnya itu.
Ragu-ragu dan tidak pasti.
Kepalanya terangguk kecil, cuba memberi semangat terhadap dirinya sendiri. 'Kau pasti boleh. Kau pasti boleh,'
Tombol pintu dipulas perlahan, lalu menapak masuk.
Kelihatan Dato' Sri Anuar sedang bekerja di meja kerjanya. Kelihatan serius menaip sesuatu dipapan kekunci, bersama fail yang bertimbun di atas meja dan lantai.
Zarif merapati langkah, hingga kehadirannya disedari ayahnya.
Dato' Anuar mengangkat pandang, sedikit terkejut melihat keberadaan Zarif disitu.
"Apa kau nak? Aku sibuk," ujar dia, garang.
Zarif masih berdiri statik. Tidak mengeluarkan sebarang kata.
Dato' Anuar berasa pelik, lalu terpaksa menghentikan kerjanya. Pandangan dibawa pada anaknya.
"Kalau kau mahu marah atau kecewa, luah lah dalam bahasa manusia. Beritahu dimana salahnya, jelaskan bahagian mana yang kau tak suka.
Jangan berdiam atau simpan semuanya sendiri kerana ia boleh merosakkan fikiran kau,"
Sesaat itu,
Zarif tiba-tiba melutut dilantai. Wajahnya yang tertunduk sejak tadi, diangkat menatap wajah ayahnya. Baru sedar tubir mata itu sudah penuh dengan air mata yang ditahan sehabis baik.
"Ayah," panggil dia, perlahan dan lembut. Bibirnya digagah mengukir senyum kecil. "Boleh ayah maafkan Zarif?"
dan sejurus itu gugur empangan air mata yang cuba ditahan tadi. Mengalir deras tanpa halangan.
Sebelah tapak tangannya dibawa pada dada, " Sakit ayah.. Sakit rasanya ketika mendengar perkataan yang menyakitkan yang ayah ucap secara terang-terangan pada Zarif.."
"Ayah..
-jika Zarif diberi ruang untuk menyampaikan apa yang Zarif rasakan tanpa ayah hakimi,
maka Zarif ingin sekali mengucap bahawa Zarif tidak pernah sesekali meminta dilahirkan ke dunia, Zarif tidak bisa memilih siapa keluarga, ibu atau ayah, dan sebenarnya bolehkah Zarif hidup tenang sehari saja tanpa mendengar perkataan menyakitkan yang ayah tujukan untuk Zarif?" dadanya ditumbuk-tumbuk, menjelaskan kesakitan yang terpendam selama hampir 12 tahun itu. Basah wajahnya dengan tangisan.
Dato' Anuar bangkit. Cuba menghentikan apa yang Zarif sedang lakukan ini.
Namun Zarif menepis. Masih tegah ingin melutut dilantai simen sejuk itu.
"Zarif tahu..
Zarif paham sangat pemergian ibu dan adik adalah satu sebab kenapa ayah begini. Zarif paham ayah, sumpah demi Tuhan Zarif sangat memahami kesakitan yang ayah rasa. Oleh itu Zarif menadah diri setiap kali ayah menghina, memukul malah merotan Zarif jika itu satunya cara ayah dapat melempias rasa kecewa dan amarah yang terbuku lama..
Zarif minta maaf Zarif bukan anak yang sempurna.
Zarif minta maaf Zarif bukan anak permata...
Tetapi ayah..
Marilah berdamai dengan diri sendiri. Terima semua kenyataan saat ini. Mereka hanyalah guru yang mengajar tentang patah hati, bukan yang mengajar kita untuk mati hati," luah Zarif, bersama tangisan yang belum kering.
Dia bangkit daripada kedudukan melutut, menghampiri ayah kandungnya itu.
Dipegang kedua tapak tangan beliau,
YOU ARE READING
DIAM ✔
Misterio / SuspensoPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...