4

1.8K 288 48
                                    


Beg galas dicampak kasar ke atas katil. Hari terakhir orientasi itu benar-benar melelahkan bagi mereka bertiga.

Keluhan nipis terlepas dari bibir Aidil.

"Nasib baik presentation kita lulus," syukurnya sambil berbaring tenang.

Wafiq turut membuah senyum, mujur kerja last minute mereka berakhir dengan jayanya.

Dia mengalih pandang pada katil Zarif yang kosong. Entah mengapa dia berasa tidak senang.

" Mana Zarif pergi eh? Sejak kes dekat kafe tadi, tak nampak lansung batang hidung dia. Dah la presentation pun tak join," Aidil mengomel separa tidak puas hati.

Wafiq memandang Aidil dan Luqman silih berganti, "Korang tak rasa ke kita patut cari dia? Risau pulak aku," luahnya khuatir.

Luqman tergelak sinis. "Cari? Heh. Tak payah nak risau sangat dengan psiko macam tu,"

"Psiko? Ish, tak baiknya kau. Tapi...

aku tak boleh lupakan kejadian tadi. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang dia bercakap sorang-sorang. Siap campak duit atas lantai lagi. So weird," ujar Aidil membuat wajah jelek.

Luqman mengangguk setuju. Memang sejak pertama kali bertemu dia sudah rasa lelaki itu mempunyai aura pelik.

Aura gelap.

Aidil bangun dari pembaringan. Wajah berkerut seakan berfikir tentang hal serius.

Wafiq mendampingi. "Jangan la fikir bukan-bukan. Mungkin perangai dia memang macamtu," pertahan Wafiq seraya tersenyum kecil.

" Ye lah, malas aku fikir," ujar Aidil. Badan dibaringkan semula. Matanya perlahan terpejam dek kantuk yang mulai hadir. Tidak sampai 3 minit, Aidil sudah lena dibuai mimpi.


=========


  Deruan angin malam membelai wajah. Malam itu terasa lebih dingin berbanding biasa. Aroma setelah hujan merupakan salah satu bau kegemarannya. Tenang dan nyaman.

Kakinya terus melangkah melewati kafe. Sempat Luqman membeli 'bubble tea' versi murahan disalah sebuah gerai yang masih dibuka.

Pearl boba umpama batu itu dikunyah tanpa perasan. Terbit perasaan menyesal disudut hatinya. Mahu dibuang, takut membazir. Telan saja lah.

Luqman mengorak langkah semula menuju ke bilik. Sengaja dia bersiar-siar seorang diri begini.

'Kadang jika kita terlalu stress dan tertekan, ambil lah sedikit masa untuk bertenang dengan menikmati nikmat alam,'- Luqman Hakim

Tika itu, dia ternampak satu figura dibalik pokok besar dihadapan blok biliknya.

Langkahnya terhenti, sedikit jarak dari pokok itu. Mata cuba dikecilkan menajamkan pandangan.

Dia terkejut melihat Zarif. Seharian kelibat lelaki itu tidak kelihatan, rupanya ada sini sedang..

Luqman mengerdip matanya berulang kali. Dipandang kucing yang berada di tangan Zarif.

Namun,

kucing itu tidak bernyawa. Kelihatan darah menitik dari pergelangan Zarif.

DIAM ✔Where stories live. Discover now