22

1.2K 201 14
                                    

    

  Hatinya ibarat dihempas batu besar. Lontaran perkataan demi perkataan yang terpacul daripada bibir sahabatnya itu jelas menunjukkan kegagalannya sebagai seorang kawan.

Pandangan terarah pada Zarif yang tersedu-sedan di lantai tanah.

"Aku minta maaf," sekian kali juga ucapan maaf itu terlahir daripada mulutnya. Tidak serik lagi kah engkau Luqman? Perasaan sesal mula menyelusup memenuhi jiwa.

Luqman ingin mendekati sahabatnya itu, memeluk seraya memberi seribu kata semangat, memberitahu bahawa 'jangan menangis sahabat, aku ada disini,'

namun pantaskah dia? Sedang tangisan yang berjuraian itu adalah kerana hasil dia lalai terhadap hati sahabatnya itu.

'Aku gagal.

Aku gagal lagi dan lagi,'

Dia memperteguhkan keyakinan, lantas cuba menapak mendekati Zarif.

Namun,

lengannya direntap oleh 'Zarif' disebelahnya itu.Pegangan itu mencengkam kuat hingga kelihatan kesan merah.

Ia menukar wajah sambil bibirnya merekah melakar senyum senget. Wajah 'Zarif' bertukar kehitaman seolah terbakar menampakkan tulang kepala.

Senyuman melebar itu mengoyak kuat hingga terobek menampakkan gigi taring ketajaman. Soket mata pula bertukar merah sepenuhnya.

Terjelir lidah tirus umpama ular.

"Zarif.." panggil Luqman menahan pedih.

Lembaga itu ternganga besar,

lantas menjerat lidahnya pada leher Luqman.

Terangkat Luqman dibuatnya hingga kaki tidak lagi mencecah tanah.

"za.rr.ii.ff," tercungap dia disitu. Wajahnya mulai kemerahan. Kedua tangannya cuba menghentak lidah tirus itu namun tidak berhasil.

Darah pekat menyerbu wajah, kekurangan oksigen untuk bernafas.

"zz..ari..ff" serunya separuh nyawa.

Perlahan-lahan Zarif mengangkat wajah, memandang pada Luqman yang sedang dicekik makhluk hitam itu.

Baki air mata diseka dengan belakang tapak tangan,

kemudian dia tergelak kecil.

Ketawa yang pada mulanya perlahan,

hingga dia terbahak-bahak.

"Haih so funny," ujarnya melihat kaki Luqman yang terjuntai tidak mencecah tanah.

Lembaga itu menyengetkan kepalanya, lidah tirus yang membelit itu dilepaskan.

Dan sejurus itu

dihentam badan Luqman sekuatnya mengena pada pokok kayu.

Berdentum bunyinya.

Zarif berdekah ketawa. Langkahnya mencicit mendekati Luqman yang terkulai ditanah.

Kelihatan wajah Luqman berlumuran darah, beserta bibir pecah dan kesan birat pada leher.

Zarif menghulur jari telunjuk pada hidung,

ingin tahu sama ada lelaki ini masih bernafas atau tidak.

"Alamak, hidup lagi!" desisnya kemudian mencebik tidak puas hati.

Tatkala itu hidungnya menangkap suatu bau.

Ya,

-bau itu,

DIAM ✔Where stories live. Discover now