"Jangan terlalu pusing dengan penilaian dan pendapat manusia.
Setuju atau tidak. Suka atau tidak suka. Benar atau salah. Baik atau buruk. Itu relatif.
Tidak semua hal boleh diberlakukan secara umum. Tidak dipersetujui, dianggap baik, dan bagus oleh semua orang.
Jangan biarkan itu menjadi penghambat untuk melangkah. Fokus saja pada jalan yang sudah kita pilih. Selama kita berada di jalur Allah, tidak merugikan dirimu dan orang lain.
Bersabar dan terus berharap,"
Pesanan Wafiq tika usrah semalam kembali berlayar dikotak fikiran. Itu cuma secebis tusukan yang diingati.
Lebih banyak lagi kata pembangkit yang dilempar Wafiq, namun biarlah mindanya menyerap satu persatu dahulu. Dalam pada itu baru dia sedar sisi teman sebiliknya yang dia tidak pernah peduli.
Terserlah kecerdikan dan kepetahan Wafiq bila mana berbicara.
Diakui.
Tanpa sedar tika itu kakinya sudah pun berada dihadapan pejabat milik ayahnya.
Keluhan kecil terlepas. Nafas diambil sedalam mungkin. Bersiap siaga dengan perkara yang bakal mendatang.
Zarif mengetuk pintu pejabat separa kuat. Lalu berhati-hati menginjak tapak masuk ke pejabat tersebut.
Kelihatan Dato' Anuar sedang berehat dikerusi urut.
Zarif berdiri tegak dihadapan beliau. Agak jarak. Wajahnya tertunduk akur.
"Hmm.." Dato' Anuar menghentikan mesin urut tanpa rela.
Sekilas pandangan dibawa menjeling pemakaian Zarif. Kemudian dia menghampiri meja kerjanya,
satu fail dilempar kasar.
Tepat mengena kaki Zarif.
Zarif mengetap giginya kuat, menahan pedih kaki yang baru saja sembuh kelmarin.
Fail itu diambil, lalu memandang ayahnya penuh tanda tanya.
Dato' Anuar sekadar memberi signal mata, seolah bermaksud 'Baca sendiri'.
Fail dibuka.
"Aku nak kau keluar daripada bilik kolej kau. Aku dah beli kondo belakang, kau duduk situ. Datang kuliah ulang-alik dari sana," ujar Dato' Anuar.
Zarif sedikit tergamam.
Tapi kenapa?
"Kau tak payah nak buat muka depan aku," lantas satu tamparan hebat hinggap di pipi Zarif.
Wajah Zarif dicengkam kasar,
"Keluar supaya kau tak payah menyusahkan orang lain dalam kolej ni dengan saka kau. Lepas satu satu perangai kau buat. Kau patut bersyukur aku bagi pelepasan untuk belajar sini.
Kalau bukan sebab aku,
entah hidup kau merempat macam mak engkau!"
Bait demi bait umpama batu yang dihempas kuat pada hatinya. Bibirnya diketap. Menahan seratus peratus emosi yang melanda tatkala perihal ibunya dipetik.
Dato' Anuar melepaskan wajahnya kasar.
Sengihan sinis terlakar melihat wajah Zarif yang pahit.Tika itu dia mencampak sebentuk kunci ke lantai.
"Use this Mercedes. Jangan tunjuk perangai selekeh dekat sini," hambur Dato' Anuar.
"Out," arahnya kemudian.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...