Pandangannya mencerlung ke dalam anak mata coklat milik Zarif."You're one of us right?" tanya Orked, berbisik.
Zarif membalas renung, cuba memahami maksud disebalik soalan aneh itu. Juga sedikit tersentak pada Orked yang mendekatinya tiba-tiba.
Seketika dia perasan garis hitam halus dibulatan luar anak mata Orked.
Sama.
Sama seperti anak mata miliknya.
"K-kau?" bicaranya kaku.
Orked tersengih sinis.
Zarif mengalih pandang pada Marissa, "Siapa dia?" dingin Zarif bertanya,
"Dia la teman bilik yang aku cerita tadi," jawab Marissa walaupun tidak mengerti apa yang sedang berlaku.
"Tapi kan.. my roommate, dia boleh nampak and sense hantu,
Yang gempaknya, dia tak takut lansung. Haritu dia siap halau macam gitu aje bila hantu tu kacau dia. Style teruks,"
Lengan yang direntap Orked itu ditepis kasar. "Apa yang kau buat dekat Luqman hah?" kasar nada suara itu.
Badannya dijarakkan.
Belum sempat Orked menjawab,
Luqman tiba-tiba merangkul bahu Zarif.
Dahinya berkerut seribu, matanya terpejam erat, sebelah telapak tangannya dibawa pegang pada dada.
"Sakit..," rintihnya.
Zarif memapah Luqman walau dalam keadaan sebelah kakinya bersimen. "Kenapa Man?" risau Zarif.
Cukuplah 'mereka' dalam pihak Zarif menganggu Luqman sejak kebelakangan ini, takkan 'mereka' dalam pihak Orked pun sama??
Luqman duduk di lantai sambil dibantu Marissa.
Matanya terpejam rapat, dadanya sesak.
Nafasnya naik turun.Zarif merapati Orked,
"Apa kau buat dekat dia? Kau bagitahu aku sekarang?!" bahu Orked ditolak kasar hingga terhentak ke dinding kafe.
"Aku tak buat apa-apa lah! Menghakimi tanpa tau apa yang terjadi, dasar manusia!" sarkastik jawapan Orked. Jelingan Zarif diabaikan, kemudian dia menghampiri Luqman.
"Kau okay ke?" tanya dia, khuatir.
Marissa memandang Orked ingin tahu, "Apa jadi ni?"
Luqman memegang kepala,
"AHHHHHHHHH!!!!!!!!"
#########
Kepala Zarif terhentak pada pangkal pokok. Mata yang terpejam itu digesa untuk celik.
"Here we go again," monolog Zarif sendiri tatkala bentangan hutan luas itu menghiasi pandangan.
Seketika itu dia bangkit, lalu berjalan santai. Kakinya yang bertongkat juga elok saja menapak tanpa sebarang rasa sakit.
Entah bagaimana. Mungkin kerana dia tidak berada di dunia nyata.
Entah.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...