26

1.1K 201 24
                                    

  "Ah..." keluhnya sebaik terjaga daripada lena yang panjang. Terasa sengal-sengal belakang badannya.

Luqman membuka kelopak mata perlahan. "Ah..." sejurus itu kepalanya terus berdenyut hebat.

Pandangan dilempar pada sekeliling wad yang kosong tanpa sesiapa selain dirinya.
Botol ubat yang terletak dimeja itu diambil, lantas ditelan beberapa biji bersama air suam.

Helaan terlepas.

Tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya sejak semalam. Dia rasa biasa saja, namun tiba-tiba pengsan tanpa sebab kukuh.

Aneh.

Tatkala itu satu bunyi mengejutkan Luqman. Bunyi geseran ngilu seperti desingan laga antara kuku dan besi. Nyaring sekali.

Luqman statik di katilnya. Cuba meneka dari mana datangnya bunyi tersebut.

Setelah diamati,

bunyi itu..

dari bawah katilnya sendiri.

#########

"Zarif.." teguran Marissa memecah sunyi. Suasana kafe yang lengang itu sedikit menambah perasa.

Zarif mematikan telefon bimbitnya, membalas pandang Marissa yang turut melihatnya.

"Luqman kenapa eh? Dia tak pernah lemah macam ni. Tak ada apa teruk yang jadi dekat dia kan?" tanya Marissa, gundah.

Zarif tersenyum pahit.

"Luqman kuat. Kau jangan risau," ringkas jawapan diberi. Hatinya dipagut rasa bersalah yang menggunung tinggi.

Mungkin betul kata ayahnya.

Lahirnya sekadar membawa malang.

Langkahnya hanya menghurung sial.

Setelah ibu dan Zahra,

adakah Luqman bakal meninggalkannya juga?

"Marissa.." panggil Zarif perlahan.

"hm?," sahut Marissa.

Zarif jeda sebentar, masih merangka ayat. "Luqman..

—akan maafkan aku, bukan?" tanya dia.

Marissa membuah senyum nipis,

" Luqman selalu beritahu aku, yang dia suka berkawan dengan kau. Dia cakap kau ni, satu dalam sejuta. Sampai aku pun jeles sebenarnya," cerita Marissa diselangi tawa kecil.

"Jadi aku nak cakap,

–terima kasih.

You're such a good person. Dan aku harap..untuk masa yang mendatang, kau tetap akan care pasal Luqman. Kerana kadang dia terlalu menjaga hati semua orang, hingga dirinya sendiri sakit. Terubat hati aku bila tau Luqman ada kawan macam kau.

Terima kasih banyak, Zarif," ucap Marissa, menyembuh dan menghalau perasaan risau didalam hati Zarif. Paham benar Zarif cuba menyalahkan dirinya atas perkara yang menimpa Luqman.

Zarif mengangguk kecil,

menerima kata-kata positif yang diberi wanita dihadapannya ini.

Tidak lama itu mereka berbual sedikit, hingga akhirnya Marissa perlu mengundurkan diri untuk menghadiri sesi kuliah.

"Jagakan Luqman ya. Thanks," sempat Marissa berpesan sebelum mempametkan diri.

Zarif membalas dengan senyum,

lalu mengikat janji bersama Marissa untuk setia di sisi Luqman selamanya.

"Janji?"

"Janji,"




DIAM ✔Where stories live. Discover now