1

3.9K 350 54
                                    

  Tapak demi tapak diatur mendaki anak tangga bersama beg bagasi yang penuh dengan alat kelengkapan peribadi. Matahari terik sedikit tidak membantu menenangkan hari yang sudah pun malang itu.

Sampai saja di tingkat 4, langkah dibawa lagi hingga hujung koridor.

Kocek seluar diseluk mencari kunci, kemudian dibuka pintu bilik.

Tidak berfikir panjang, beg bagasi dicampak ke lantai dan dia terus menghenyakkan badan pada katil kosong itu. Penat seumpama baru lepas mendaki gunung Kinabalu.

"Semua salah kau," ujar Luqman memecah sunyi. Nafasnya masih tercungap.

Dia bangkit dari pembaringan, menjeling tajam pada sahabatnya yang sedang duduk di lantai simen kemengahan.

"Sorry la. Aku busy sangat sampai lupa nak isi borang pendaftaran," dalih Aidil menegakkan benang yang basah.

Luqman menggeleng tidak percaya.

Jika bukan kerana kealpaan Aidil, mungkin mereka dapat bilik di tingkat satu tanpa perlu mendaki anak tangga.

Ini tidak.

Sudah lah tingkat 4, dihujung koridor pula.

Dia cuba menahan diri dari menyumpah sahabat baiknya itu sendiri. Menyesal pula meletakkan kepercayaan 100% pada Aidil.

Tika itu, pintu bilik yang terbuka luas itu diketuk. Muncul seorang lelaki membuah senyum kecil.

Dia menunjukkan kad pelajarnya, lalu turut menarik masuk bagasi.

Aidil dan Luqman sekadar melempar senyum janggal.

"Masuk masuk," ucap Aidil.

Suasana terasa sepi seketika.

" Nama aku Wafiq," ujar lelaki yang baru saja masuk itu. Tangan dihulur,

lalu disambut , "Luqman,"

"Aidil," jawab mereka berselang-seli.

—Suasana kembali senyap.

"Rasanya masa pendaftaran dah tamat. Memang kita bertiga je ke ?" tanya Luqman, pada mereka berdua.

Aidil mengerling melihat jam tangannya. "Haah lah. Bagus lah tiga orang je, lapang sikit bilik ni," ujar Aidil, berpuas hati.

"Tadi abang fasi tu cakap ada lagi sorang, tapi dia masuk next week. Abang tu pesan supaya save tempat," celah Wafiq.

Luqman dan Aidil sekadar mengangguk lemah. Hancur impian mereka seperti hancur percintaan korang kerana orang ketiga.

Wafiq membetulkan spek mata, membuah senyum. "Memandangkan korang dah ambik katil bawah, aku cop katil atas Luqman," ujarnya sambil menarik beg bagasi.

Persetujuan dibina tanpa sebarang reaksi.

============


Seminggu berlalu agak pantas. Mungkin disebabkan Luqman dan Aidil yang sudah pun bersahabat sejak sekolah menengah, kurang sedikit rasa janggal antara mereka memandangkan Wafiq juga agak sekepala.

Malam melabuh tirai.

Aidil sudah terbaring tidak berdaya di atas katilnya. Sudah lah penat berorientasi harini, kena mendaki tangga 4 tingkat lagi.

Itu belum campur sakit tekaknya dek menyanyi lagu 'gemuruh jiwa' sepanjang hari.

Gila!

DIAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang