Keluhan kecil terlepas dari bibir. Kepala dibenam kedalam bantal melepaskan tekanan.Wafiq yang sedang membuat kerja di meja belajar, sekilas memandang Luqman. "Kenapa Man?" soalnya prihatin.
Luqman tidak menjawab. Masih melekat diminda email yang baru diterima tadi. Dia cuba mengawal barannya sebaik mungkin, buat saat ini.
Tidak tahu la bagaimana jadinya jika wajah Zarif muncul kembali dihadapannya.
Ah, serabut!
Tanpa sedar dia terlelap di atas katilnya.
========
Langkah yang baru saja ingin diatur pulang, terhenti seratus persis saat telefonnya berdeting tanda mesej masuk.
Aplikasi Gmail dibuka.
AMARAN TATATERTIB
Nafasnya turun naik membaca setiap bait dilampiran email yang baru saja diterima itu. Buku limanya digenggam erat.
Dia tahu, tidak lain tidak bukan pasti kerja Luqman. Terdengar ura-ura Luqman mengheret namanya hingga orang atasan supaya dibuang kolej, tetapi malangnya dia sekadar mendapat surat amaran. hah! Padan muka Luqman.
Langkahnya diatur kembali. Mahu mencari lelaki tak guna itu.
Dan ketika dia melewati pokok besar dihadapan blok itu, matanya tertacap pada seorang wanita yang sedang menyandar santai. Wanita itu kelihatan seperti sedang menunggu seseorang.
Zarif melakar senyum sinis.
"Bagai bulan jatuh ke riba," bisiknya.
=========
"Hoi bangun!" Aidil menampar badan Luqman kuat.
Luqman yang khusyuk dibuai mimpi, tersentak jaga. Dia terpisat-pisat bangun.
"Dah pukul 5.40, kau dah solat asar ke belum? Tah sape ajar kau tidur asar ni Luqman oi patutlah emosi tak stabil sekejap marah sekejap okay sekejap badmood dah solat pun berterabur ha elok la tu Luqman oiii," dan seperti biasa bingit bebelan Aidil menjengah telinga.
Luqman menjengil. "Kau diam sebelum aku tapak halkum kau," Dia segera bangkit dari pembaringan. Baru saja dia mahu berlalu ke tandas,
"Eh Man, bukan kau cakap nak jumpa Marissa petang ni ke?" tanya Aidil pada Luqman yang tenang seolah tiada kerja. Siap tidur lagi.
Mamai yang bersisa 70%, serta merta hilang. Luqman memandang jam.
Ha sudah! Janji pukul 5, sekarang dah pukul 6!
Pasti bernanah telinganya nanti mendengar bebelan Marissa. Luqman menepuk dahi.
=========
Tapak diatur mendekati wanita itu.
"Marissa?"
Wanita yang sedang bermain telefon itu tersentak pabila namanya dipanggil. Dia memandang lelaki asing itu atas bawah.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIAM ✔
Mistério / SuspensePabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...