"Ingat Zarif.." tapaknya terhenti sejenak ketika nama dipetik,"Jangan letakkan pengharapan yang terlalu tinggi. Cukup-cukuplah kecewa kerana manusia," pesan ayahnya, sebelum pergi meninggalkan dia sendiri di perkarangan kampus.
Pemergian ayah dihantar dengan ekor mata. Tanpa sedar keluhan kecil terlepas.
Kakinya menapak lambat, tiada arah tuju. Hari ini terlalu berat untuk dia tangani.
Ting!
Dentingan notifikasi tanda mesej masuk mengejutkan Zarif. Nama Orked yang terpapar pada skrin kunci dipandang lama.
Nafas ditarik dalam.
"4. Maafkan diri kau, atas segalanya. Tiada manusia yang sempurna, dan kesilapan adalah bukti yang kau pernah mencuba.
5. Letak diri kau di tangga teratas. Siapa lagi yang dapat memahami hati kau, jika bukan empunya tubuh sendiri.
Sampai sini saja yang aku boleh bantu. Yang lain terserah pada diri kau, Zarif.
Goodluck :) ,"- Orked
Bait-bait itu dibaca berulang kali. Sekali lagi keluhan terlepas dari bibirnya.
Jika dia adalah Zarif yang dahulu, semestinya dia akan mengamuk tidak tentu hala. Meluah amarah menggunakan kekerasan.
Menunding jari pada ayah kerana merahsiakan kematian ibu. Menunding salah pada ayah kerana merahsiakan tentang Zahra. Walhal ayah tahu benar, mereka merupakan kekuatan terbesar dalam hidupnya.
Namun itu dahulu.
'Pendewasaan' kata mereka.
Zarif meletakkan sebelah telapak tangannya pada dada. Matanya dikatup rapat. Membiar tenang malam itu mengemudi alunan perasaan.
'Untuk diriku sendiri,
Maaf untuk malam-malam panjang dengan mata yang sulit tertidur, kepala yg sakit, lelah pikiran, sakit hati yang dipaksa bungkam, sakit fizik yg susah diterima.
Terima kasih sudah bekerja sama dengan selalu terlihat baik-baik saja dan bahagia di depan semua orang.
Terima kasih kerana kamu masih bertahan. Terima kasih kerana kamu masih bersedia datang dan berjuang meski telah lama kehilangan tujuan yang bukan pula kemenangan.
Terima kasih kerana setelah kamu sedar dunia ini sukar dan kamu tidak boleh menjadi yang terbaik untuk segala hal, kamu tetap berkorban untuk menjadi lebih baik dari dirimu yang sekarang.
Terima kasih kerana sekarang kamu telah merasa baik-baik saja saat keinginanmu tak tercapai, saat kamu gagal, dan saat kenyataan tak sesuai dengan yang kamu harapkan.
-dan terima kasih kerana kamu masih menyempatkan diri untuk berbahagia.
Aku mohon, bertahanlah sedikit lagi, jangan berhenti.Masih banyak bahagia yang harus diperjuangkan.
Maaf, kerana membuatmu harus berjuang
—sekeras ini,'
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...