Pandangan dilempar pada luar tingkap. Sinaran cahaya matahari terkena sedikit pada wajahnya. Dilihat seorang demi seorang manusia yang berjalan di susur gajah hospital itu dari wadnya yang terletak ditingkat lapan.Memerhati dan terus memerhati dari kejauhan.
Tatkala itu, pintu bilik terkuak kecil. Terpacul seorang jururawat wanita bersama dulang ditangan.
Jururawat bertag nama 'Aisyah' itu membuah senyum sapa.
"Apa khabar cik Luqman hari ini?" tanya dia sambil merapati katil wad. Pantas jari jemarinya bermain pada mesin skrin nadi. Ditekan punat seraya mencatit sesuatu pada fail yang turut dibawa sebentar tadi.
Luqman tidak pula menjawab, masih fokus melihat pemandangan itu.
Jururawat Aisyah mula mengemas serba sedikit katil dan sisi meja yang dipenuhi ubat-ubatan. Usai itu, dia menghampiri Luqman yang berdiri ditepi tingkap itu.
"Cik Luqman, boleh duduk di katil sekejap? Saya perlu check darah dan nadi cik Luqman," pinta jururawat itu sopan.
Luqman memandang sepi. Kemudian dia bergerak lambat ke katilnya.
Jururawat Aisyah segera melakukan kerjanya. Pelik juga melihat Luqman tidak berdaya begini.
Sedang memeriksa itu, matanya tertacap pada telinga kiri Luqman yang tiba-tiba menitik darah yang agak banyak.
Segera diambil peralatan yang sebetulnya untuk menahan darah itu.
"Cik Luqman?" panggil jururawat.
Luqman tidak menjawab.
Dan setelah siap membalut telinga kiri itu, kelihatan pula bahu kanan Luqman yang dipenuhi darah. Rupanya telinga kanan dia turut menitik darah yang agak banyak.
"Cik Luqman?" panggil jururawat itu lagi. Ingin kepastian.
Setelah tiada respon, beliau segera menekan butang kecemasan yang terletak dikepala katil. Ini tidak boleh, dia perlukan doktor untuk menganalisa perkara yang berlaku.
Sementara menunggu, jururawat Aisyah membalut telinga kanan Luqman, menahan darah yang masih mengalir lambat itu.
ZAP!!
Tangannya direntap kasar tiba-tiba.
"Cik Luqman??" terkejut jururawat itu terhadap tindakan Luqman.
Luqman mencerlung tajam. Genggamannya kuat menekan pergelangan tangan jururawat itu.
"Kau siapa?!" tanya dia, seraya menolak jururawat itu jauh. Dia bangkit daripada duduk, menghampiri tingkap.
Jururawat Aisyah tertolak ke dinding. Tersentak dia. " Saya jururawat Aisyah yang ditugaskan menjaga cik Luqman sejak dua hari lepas," terang jururawat itu cuba bertenang.
Luqman tersenyum kecil. Namun sesaat itu senyuman dimatikan.
"Pendam pendam," bisiknya, tiba-tiba.
"jiwa dendam.." pandangan dilirik pada jururawat Aisyah.
"pabila malam," dia tersenyum senget,
"berbisik salam.."
langkahnya pantas menghampiri jururawat itu. Dicekak leher beliau, lantas ditolak kasar pada dinding.
Tercengang jururawat Aisyah.
Luqman tersenyum lagi,
dan perlahan-lahan mengangkat jururawat itu semakin tinggi. Hingga kaki beliau tidak lagi mencecah tanah.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...