"Jadi kenapa?" soal dia, memandang tepat ke dalam anak mata teman sebiliknya itu."Jadi kenapa, Zarif? Ketagihan kau mampu membunuh?" Luqman tergelak lagi.
"Jadi bunuh lah. Bunuh lah aku. Aku sedikit pun tak takut akan mati, apetah lagi manusia seperti kau.
Andai aku mati kerana kau, biarlah. Itu bukan kerja aku, Zarif. Itu kerja Tuhan. Sesuatu yang sudah ditakdirkan untuk terjadi, pasti akan berlaku.
-Dan sesuatu yang sudah ditetapkan untuk kita, pasti tidak akan dibiarkan oleh Allah untuk menjadi milik orang lain. Sekurangnya jika aku mati sekalipun,
aku mati kerana sudah berjuang untuk kau. Bukan biarkan diri terngadah lalu terus tersungkur dan tersungkur," pedas Luqman melempar bait-bait pada Zarif.
Zarif mengalih pandang.
"Kenapa Man? Kenapa kau perlu berjuang untuk aku? Aku bukan sesiapa.
Aku bukan keluarga,
malah bukan kenalan rapat. Hanya sekadar kawan yang tinggal sebumbung buat beberapa bulan, tak lebih dari itu," balas Zarif bertubi-tubi. Menafikan segala kenyataan Luqman sebentar tadi.Tidak logik,
tidak berasas.
Luqman tergelak lagi. Apa yang susah sangat untuk Zarif memahami niatnya?
"Kita tak perlu jadi keluarga untuk berjuang pada seseorang. Aku tak nampak dimana salahnya berjuang untuk kawan yang tinggal sebumbung untuk beberapa bulan.
Sama ada kau,
Aidil,
malah Wafiq sekalipun, aku tetap akan ada. Aku janji.
Kau tiada hak untuk menetapkan limitasi pada persahabatan,"
Zarif termenung jauh.
Hari ini terasa suram.
Kali pertama seumur hidupnya, mengimami solat jenazah. Kali pertama seumur hidupnya, menggali kubur jenazah. Pertama kali seumur hidupnya, menanamkan jenazah.
Dan ironinya jenazah itu,
adalah jenazah sahabat baiknya sendiri.
Masih terasa pelukan hangat semalam mengalir haba mesra. Masih jelas bisikan semalam menzahir rasa cinta.
Semalam umpama tidak nyata.
Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang, kelihatan ayah Luqman, Pak Rahim membuah senyum pahit. Wajah uzur itu bengkak dek air mata, bersama ibu Luqman yang setia disisi beliau.
Ditarik Zarif masuk kedalam pelukan.
"Terima kasih ya nak sebab jaga anak pakcik elok-elok," ucap orang tua itu, bersama nada suara yang bergetar.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...