25

1K 185 3
                                    

    "Aku minta maaf," ucap Zarif pada Orked usai menghantar pemergian kedua ibubapanya.

"Aih minta maaf apanya.. Kau bukan ada buat salah," bidas Orked kemudian membuah senyum nipis.

Suasana sepi seketika,

dibiar angin membelai perasaan masing-masing yang kian hanyut.

"Kau..." Orked berhenti sejenak, masih menapis ayat sebaiknya.

Zarif melirik pada wanita itu, menanti sambungan kata-kata. Tidak sedikit pun mencelah.

"Kau... ada peluang lagi untuk berubah, Zarif," terkeluar juga ayat yang sudah lama ingin diluahkan itu.

Automatis pandangan Zarif dilarikan. Dibiar bentangan padang itu menjadi hiasan mata.

"Jangan takut, Zarif. Aku yakin Tuhan telah menyiapkan banyak jalan keluar dari setiap masalah yang kau rasakan. Aku betul-betul percaya yang kau mampu," sambung Orked, ikhlas.

Zarif membalas pandangan Orked, mata mereka kini setentang.

"Aku tak mampu," ringkas jawapan Zarif memusnah segala gunung harapan.

"Kau mampu," bidas Orked pula.

Zarif mengeluh kecil. Tidak berdaya mahu berlawan tekak dengan wanita ini.

"Antara semua manusia dalam dunia ini, aku tahu kau paling kenal apa kesakitan yang aku rasa.

Dengar, lihat dan rasa perkara yang tak tercapai dek akal manusia lain.

Aku dah capai tahap yang tertinggi.

Aku tak mampu lagi, Orked," luah Zarif. Nadanya lemah saja. Bukan fizikalnya saja sudah tidak berdaya, mentalnya juga.

Orked diam seketika.

Dia yakin Zarif mampu, cuma tiada pendorong. Jika dahulu pun, dia bisa kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.

Namun Zarif lain.

Siapa saja..

Siapa saja yang ada disisinya?

"Biar aku bantu kau.." pelawa Orked.

Zarif tersentak.

"Betul?" seolah kanak-kanak kecil yang inginkan kepastian, mata Zarif bersinar.

"Tapi kau kena janji untuk jangan mengalah. Ada beberapa perkara yang aku lakukan untuk mencapai ketenangan, dan sampai sekarang aku masih adaptasi dalam kehidupan aku.

Cuma ini cara aku. Aku tak tahu kalau pace kita sama atau lain," beritahu Orked, memberi amaran kecil.

Zarif mengangguk erti.

"Dan satu lagi.." Orked jeda sebentar, "Semakin kuat kau cuba lawan, sakitnya akan lebih berganda. Hanya percaya pada diri kau, adalah kunci untuk terus berjuang," sambung Orked kemudian.

Zarif mengangguk lagi.

Entah kenapa,

dia percaya pada Orked.

##########

Lambat-lambat kakinya mendaki anak tangga empat tingkat itu. Hari ini saja emosinya umpama roller coaster. Tidak menentu naik turunnya.

Hah.

Penat.

Pintu bilik dikuak kecil. Dan tatkala itu satu bau wangian memenuhi rongga pernafasannya.

DIAM ✔Where stories live. Discover now