Masa yang diluang bersama itu terasa sekejap. Mereka tidak henti berborak tentang pelbagai perkara. Tentang pelajaran, tentang ekonomi, mahupun tentang diri mereka sendiri.
Marissa menyiapkan sentuhan terakhir lukisannya.
"It's beautiful," puji Zarif, ikhlas.
Marissa tersenyum lega. "Thank you teman," ujar dia. Ikutkan hati sebentar tadi dia sudah mahu berputus asa setengah jalan, tetapi Zarif memberi kata semangat, dan berjanji untuk menemani hingga dia selesai.
Bersama bantuan itu, lukisannya selesai tanpa sebarang tangguhan.
"Kau suka melukis tak?" tanya Marissa setelah itu.
Zarif segera menggeleng, "Aku prefer menulis," beritahu dia.
Marissa berkerut tidak percaya. "I hatee writing," dalih Marissa.
Mereka berdua tergelak lagi.
Sepanjang sesi perbualan itu, sifat atau citarasa Marissa dan Zarif hampir kesemuanya bercanggah.
Jika Zarif lebih menyukai hujan, Marissa lebih gemar terik matahari.
Jika Marissa lebih menyukai bintang, Zarif lebih gemar pada purnama.
Dan pelbagai perkara lagi yang mereka bualkan tentang suka dan tidak suka.
Zarif memandang Marissa yang sedang sibuk mengemas peralatan melukisnya. Tanpa sedar bibirnya melakar senyum kecil.
Marissa dan Luqman benar-benar insan yang menenangkan. Keberadaan mereka, umpama penawar dan penyembuh. Cukup kehadiran mereka, hati yang kacau terasa mampu bernafas.
Cringe,
namun benar. Itu perincian jelas tentang perasaan Zarif terhadap dua insan itu.
"Jom balik," ajak Marissa setelah selesai mengemas.
dan mereka berdua pulang bersama.
###############
Mentari kian menghilang dibalik awan mendung. Langit semakin gelap bersama burung-burung berterbangan pulang ke rumah masing-masing.
Jarinya tidak henti menangkap setiap saat indah itu. Sebelah matanya terpejam bagi memfokuskan hasil tangkapan.
Selesai.
Kamera disangkut pada leher. Bibirnya membuah senyum tanda berpuas hati. Moga-moga hasil tangkapan itu dapat meluluskan assignmentnya yang tertangguh sejak minggu lepas.
Sudah hampir menjejak tarikh tamat, barulah terhegeh menyiapkan kerja. Aduhai Orked.
Orked lantas mengambil keputusan untuk kembali pulang ke bilik sebelum azan maghrib berkumandang.
Ditengah perjalanan itu,
matanya tertacap pada seorang lelaki yang sedang terpacak dihadapan kafe.
Berdiri tegak tanpa melakukan apa-apa. Sekadar merenung jauh kearah kafe.
Dia berkerut pelik.
Dah apehal?
Malas mahu endah, langkah dibawa pulang ke bilik.
########
Peluh hangat merecik pada dahi licinnya. Terasa bayu angin lembut membelai wajah seiring pandangan dibawa setentang pelayan lelaki itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...