27

1.2K 197 26
                                    


Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Tiba saja di bilik, badan terus direbahkan di atas katil. Menghembus segala kepenatan hari ini.

"Mar, macam mana tadi? Luqman okay?" soal Orked, menghentikan tugasan yang sedang dilakukan. Fokus pada teman sebiliknya yang kelihatan serabut itu.

Marissa termenung seketika.

"Okay, tapi belum sedarkan diri. Entah lah, aku risau betul," luah Marissa gusar.

"Tinggal dia sorang je la dekat hospital malam ni?"

"Eh tak, ada Zarif temankan," jawab Marissa.

Orked sekadar mengangguk erti.

Suasana dibiar sepi seketika. Memberi Marissa udara untuk bernafas tenang.

"Orked.." panggil Marissa perlahan.

"Hm?"

"Kau... rasa Zarif tu macam mana?" sambung Marissa bersama soalan diluar jangkaan.

"Maksud kau?" tanya Orked tidak mengerti.

Marissa bangkit dari pembaringan, lantas duduk bersila di atas katilnya sambil menghadap Orked. Kelihatan raut wajahnya agak serius.

"Maksud aku... Dari segi peribadi dia.. Aku rasa dia macam ada banyak sangat perkara yang tersimpan dalam hati. Sama ada dia tak mampu luahkan,

atau terlalu banyak hingga tidak terluah lagi," ujar Marissa memberi pandangannya.

Orked mengangguk kecil. Baru dapat menangkap apa yang ingin disampaikan Marissa.

Marissa menyambung bicara, " Setiap kali aku berborak dengan dia, aku dapat rasa kesakitan yang dia cuba pendam. His eyes, his body gesture. Aku bukanlah nak busy body, cuma aku dah anggap dia sebagai kawan. Lagi pula dia rapat dengan Luqman.

-Dan seorang kawan takkan biarkan kawannya terus jatuh bukan?" luah Marissa diakhiri soalan yang agak mendalam.

Mendengarkan itu, Orked tersenyum nipis.

Mungkin dia salah sangka. Disangka Zarif tiada siapa disisi untuk terus berjuang bagi terus hidup.

Sedangkan ada saja,

yang mahu berganding bahu demi kesejahteraan Zarif. Walau tidak ramai, yang penting adalah kualiti dan bukannya kuantiti.

" Jangan risau. Mereka yang berdiri setelah dihentam badai, tidak akan terusik oleh gerimis,"

###########

Paginya disapa bunyi mesin nadi yang berentak tenang disisi katilnya. Kepala yang kelmarin berdenyut hebat, kini terasa sedikit kurang.

Keluhan kecil terlepas dari bibirnya sebaik kelopak mata dibuka. Ligat otaknya berputar mengingat kembali perkara yang terjadi malam tadi.

"Man! Man! Ni aku!"

suara Zarif menghentaknya. Zarif segera merangkul dirinya yang terbaring di lantai hospital sendiri.

"Huh??" soal dia separa sedar. "Zarif??" bergetar bibirnya.

Terasa hangat tubuh Zarif yang sedang merangkul dan memapahnya. "Aku minta maaf, Luqman. Aku minta maaf," Basah tubir mata dengan air mata yang berlinangan tanpa henti.

"Huh?? Zarif??"

"Aku minta maaf,"

Saat dia cuba membuka matanya yang terasa sangat berat itu, dilirik pandang pada Zarif yang sedang menangis teresak-esak.

DIAM ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang