13

1.3K 221 23
                                    

[ Yeay double update!]

" Bunuh diri? Kau cuba bunuh diri?

Kemudian pengsan tidak hadir kuliah 4 hari? Kau gila?"

Kata- kata itu terngiang dilayar fikirannya. Dia tidak berniat untuk memasang telinga, cuma kebetulan dia lalu disitu dan mendengar bunyi jeritan yang kuat, disertai bunyi sebatan-demi sebatan.

Sebab itukah lelaki ini sentiasa memakai hoodie atau kemeja berlengan panjang? Supaya dapat menutup segala kesan luka itu?

Gila.

Jika pengarah itu merupakan seorang ayah, bukankah sewajarnya beliau risau terhadap kesihatan mental dan fizikal anaknya? Ini tidak, malah mendera dan menambah lagi kesakitan.

Betul-betul gila. Otaknya tidak dapat menafsirkan dimana logik dan kebarangkalian diatas tindakan ayah begitu terhadap seorang anak.

Orked termenung jauh.

Bunuh diri?

Teringat kejadian dihalaman kampus tempoh hari. Tika Zarif menjerit dan menangis tidak tentu hala hingga teman sebiliknya terpaksa mengendong Zarif pulang.

Patut dia tidak nampak lansung kelibat lelaki ini dimana-mana. Tidak sedarkan diri.

Tapi,

sudah sihat kah Zarif hingga menghadiri kuliah seperti biasa? Sedangkan dia baru saja terjaga.

Orked tiba-tiba menampar pipinya.

"Dah apehal aku nak risau pulak," omelnya seorang diri. Tangannya mengibas badan yang terasa semakin berpeluh.

Haih, macam mana lah boleh tertidur dekat pondok petang-petang macamni?

Wajahnya berkerut cuba menahan rasa rimas.

Tidak sampai 30 minit,

Zarif terjaga dari lenanya. Lambat-lambat matanya dibuka.Dia mengaduh saat badannya cuba diregangkan namun terasa pedih.

Matanya tertacap pada Orked yang turut memandangnya di tangga pondok.

"Bukan main sedap lagi kau tidur ye," tegur Orked kemudian melabuhkan punggung di anak tangga. Tidak dekat namun tidaklah terlalu jauh.

Zarif menggeleng-gelengkan kepalanya yang semakin kurang pening. Mungkin mahu membetulkan salur otak yang terputus.

Sebaik itu, Orked menghulurkan sebuah polisterin makanan dan setin air cincau yang dibeli 10 minit lalu di kafe.

"Kau mesti belum makan kan? Ni aku beli dekat kafe tadi. Makan la sikit tapi aku tak tahu la kau suka ke tak," kepalanya digaru kecil. Nasi goreng kampung itu dibuka penutupnya kemudian dihulur kembali.

Zarif hanya memandang. Pandangan mencerlung melihat gadis itu.

Orked mencebik. "Kau tak payah nak jeling-jeling la. Cuba bersyukur sikit. Cakap 'terima kasih' then proceed macam biasa. Kau tengok-tengok aku macamtu bukannya kenyang, hadumak dia ni," ujar Orked kedengaran separa membebel. Dia membuka polisterin makanan miliknya,

kemudian menyuap lapar.

"Nak makan sudah, taknak makan sudah," sambung Orked setelah itu. Bihun goreng itu disuap penuh selera.

Zarif kelihatan teragak-agak,

namun akhirnya tetap mengambil bekas makanan itu. Baru sedar dia lansung tidak makan apa-apa lagi harini. Kerjanya asyik menelan ubat saja.

DIAM ✔Where stories live. Discover now