34

1.1K 209 28
                                    

Kakinya menapak laju.

Tidak sabar rasanya ingin menyampaikan berita gembira itu pada sahabat baiknya. Tidak sabar rasanya untuk mentertawakan Luqman dengan lagak berkata "Kau kena layan aku baik-baik sebab aku akan jadi abang ipar kau,". Tidak sabar rasanya ingin merapatkan lagi hubungan mereka dengan tali ikatan baru.

Bibirnya merekah melakar senyum hingga menampakkan baris gigi. Benar-benar teruja.

BAM!!

Bahunya berlanggar dengan seseorang kerana jalannya yang terlalu pantas. Segera dia berpaling untuk meminta maaf.

"Zarif!" Orked membetulkan bajunya yang teralih dek pelanggaran kuat itu.

Zarif sedikit tersentak. "Orked,"

Saat itu pandangan mereka bertaut.

Namun wajah Orked berubah seratus peratus. Tidak pasti adakah kerana sudah begitu lama dia tidak bersua muka dengan lelaki ini, atau memang ada sesuatu yang agak menganggu.

Tiada senyuman diwajahnya. Dia dapat rasakan aura Zarif.. agak berbeza.

"Kenapa kau tengok aku macamtu?" tanya Zarif sedikit segan. Dia cuba melarikan pandangan, namun Orked tetap merenungnya tajam.

Tiba-tiba Orked memegang kedua lengannya. Matanya dipejam bersama bibir yang diketap rapat.

Zarif memandang pelik.

Namun Orked dua kali ganda lebih bingung. Melihatkan tiada apa yang terjadi, matanya dicelik kembali.

Tak mungkin.

Nafasnya ditarik dalam. Lengan Zarif kembali dipegang, matanya dipejam erat lalu bibirnya diketap rapat.

Namun masih tiada apa yang berlaku.

Kepalanya tergeleng kecil.

Tak mungkin.

"Zarif, aku nak kau jujur dengan aku." nada suara Orked serius dan tegas. Tiada unsur jenaka atau gurau senda.

"Ya,".

"Bila.. kali terakhir kau nampak 'mereka'? Bila kali terakhir kau diganggu?" serius.

Dan soalan Orked berjaya menghentak Zarif.

Dia terkesima, seraya otaknya ligat berputar saat terakhir dia mendengar dan melihat 'makhluk-makhluk' tersebut.

Lama dia berfikir.

"Rasanya masa kau, aku dan Luqman termasuk dalam hutan haritu. Time kita cuba selamatkan Luqman dan bawa dia keluar dari alam tersebut. Lepastu.. memang aku tak pernah langsung kena ganggu lagi," saat meluahkan itu, Zarif juga berasa sedikit pelik. Bagaimana dia tidak sedar langsung perubahan dirinya itu?

Orked terdiam sejenak.

Jadi benarlah,

lembaga yang dia lihat dibelakang tirai dibalik pintu wad Luqman tadi, sama seperti yang dia lihat ketika berada di hutan saat bersama Zarif dulu. Lembaga yang sangat asing dan menakutkan.

Orked merenung anak mata milik Zarif,

dan ya,

lingkaran hitam halus digaris luar anak mata Zarif..

tiada.

Tiada lagi.

Mungkin sebab itu Zarif sudah tidak nampak dan lihat perkara-perkara ghaib lagi. Dan mungkin kerana itu juga dia tidak lagi merasakan aura 'itu' saat memandang Zarif. Dan mungkin itu juga sebab mengapa dia tidak dapat membawa Zarif ke dimensi lain tadi.

DIAM ✔Where stories live. Discover now