Perjalanan pulang ke kampus dipandu oleh Zarif pula pagi itu. Itu pun puas dia memujuk Luqman kerana melihat wajah lelaki itu lebih pucat daripada kebiasaan.
Sempat mereka singgah di ladang strawberi dahulu sebelum berangkat pulang. Sekadar buah tangan dan kudap-kudapan.
Dalam hampir dua jam itu, mereka tiba di kampus. Luqman yang tidur sahaja sepanjang perjalanan terjaga mamai.
"Aku boleh hantarkan kau ke hospital," pujuk Zarif buat sekian kali.
Luqman menyegarkan diri dengan menepuk perlahan wajahnya. Kepalanya tergeleng menidakkan situasi.
"Takpe, takpe. Aku boleh pergi sendiri," dalih Luqman.
Zarif masih belum berpuas hati. Serasa bersalah meninggalkan Luqman untuk menerima rawatan sendiri.
Luqman membuah senyum kecil. "Betul, takpe. Lagipun nanti Marissa tunggu aku dekat sana," beritahunya.
Mendengar nama Marissa, baru lah dia merasa sedikit tenang. Tidak lah Luqman sendiri tanpa peneman.
"Okay, malam nanti aku datang," sempat Zarif berkata sebelum keluar daripada perut kereta.
Luqman sekadar mengangguk iya.
"Take care, Zarif,"
############
Seperti perjanjiannya yang diikat tempoh hari bersama Orked, Luqman kembali semula ke hospital.
Menjalankan rawatan penuh. Marissa setia menemani dia sejak tiga jam lalu.
Setelah selesai, Luqman terbaring lelah di katil. Tidak berdaya sama sekali.
Dia juga tidak mengerti kenapa tetapi dia terlalu penat dan tidak berdaya.
Marissa menghampiri,
"I pergi lunch dulu tau. Nanti I datang teman you balik," kata Marissa seraya membuah senyum manis.
Luqman mengangguk kecil. "Take your time okay," pesannya. Lalu Marissa meninggalkannya sendiri untuk mengisi perut yang lapar setelah lama menemani sejak pagi.
Luqman tersandar lelah dikepala katil. Nafasnya berat dan tersekat-sekat.
Tatkala itu tangannya mencapai dompet yang terletak dimeja katil. Mengeluarkan sekeping kertas yang terlipat rapi disudut dompetnya.
"So, bila boleh baca?" tanya Zarif ingin tahu.
Luqman berfikir sejenak. "Dalam 5-6 hari lagi?" cadang dia.
Zarif bersetuju.
Janji itu dimungkiri.
Perlahan-lahan jemarinya membuka lipatan demi lipatan itu. Matanya tekun membaca setiap bait kata yang selama ini tersimpan.
"Untukmu,
yang datang dan melakar seribu gembira, yang menamatkan segala resah gelisah.
Untukmu,
yang menjadikan hari-hari ini kembali bercahaya, yang kini membuat aku kembali percaya pada Pencipta.
YOU ARE READING
DIAM ✔
Mystery / ThrillerPabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa boleh gambarkan. "Diam!" teriaknya di hening malam itu, walhal mereka yang lain sedang tidur berselimu...