8

1.4K 224 42
                                    

Terasa bayu dingin meniup belakang telinganya. Luqman terpaku dalam kedudukan bersimpuh.

ZAP!

Lehernya dicekik tiba-tiba. Terheret badannya terjatuh pada lantai simen. Terasa ada tangan yang menekan pada leher hingga nafasnya semakin tercungap.

Luqman cuba melawan, tangannya cuba melepaskan rentapan kuat itu. Namun dia tidak berdaya.

Wajahnya mulai kemerahan. Suaranya juga tersekat dikerongkong hingga tidak mampu menghasilkan sebarang bunyi bantuan.

"Ai..dil.." rintihnya seusaha mungkin.

Tangan itu terus menjerat lehernya.

Sakit.

Lemas.

Tidak terdaya.

Dia tidak tahu apa yang sedang mencekiknya saat ini namun dia benar-benar sudah kehabisan udara. Nafasnya tersekat.

.

Tiba-tiba,

pintu biliknya terbuka .

Disebalik kepekatan malam itu, figura Zarif muncul.

Zarif yang baru saja pulang itu memandang kosong pada Luqman yang sedang tercungap di lantai bilik.

"HUHHHHHH" berkerut Luqman cuba meminta bantuan.

Zarif masih berdiri tenang dimuka pintu. Tiada sebarang reaksi pada wajahnya.

"HUHHHHHHH!!"

Wajah Luqman yang separuh mati itu dilihat, Zarif kelihatan seperti berfikir sejenak.

Patutkah dia biar saja lelaki ini mati?

Lagu yang sedang bermain alunan melodi dihentikan, seraya itu fon telinga dicabut lambat.

"Hm,"Kemudian dengan malas jarinya menekan 'on' pada suis lampu.

Bilik yang tadinya gelap gelita, kini terang benderang disimbahi cahaya pendaflour.

Luqman tersedak kuat.

Dia akhirnya bisa kembali bernafas. Dadanya berombak laju. Matanya jatuh pada Zarif yang baru saja membantunya.

Zarif bergerak ke loker pakaian. Beg sandang dicampak kasar lalu mencapai tuala dan peralatan mandi. Tidak sedikit pun endah pada apa yang baru terjadi pada Luqman.

Luqman teragak-agak. Dia mahu berterima kasih namun lidahnya kaku. Akhirnya dia hanya terduduk disitu sambil memerhati tingkah Zarif.

Dia perasan kesan lebam disudut wajah Zarif. Adakah kerana tumbukannya petang tadi? Terbit rasa bersalah yang kian membuak.

Zarif mencabut t-shirt hitamnya.

Dan tika itu mata Luqman tertacap pada beberapa kesan birat di lengan,

dan juga berpuluh parut luka pada belakang tubuh kekar milik Zarif.

Luqman sedikit tersentak pabila lelaki itu tiba-tiba memandangnya.

Liur ditelan.

Zarif sekadar memberi pandangan tajam,

lantas melangkah keluar dari bilik untuk membersihkan diri.

########

Buku limanya dikepal erat seraya giginya diketap kuat tatkala curahan air menyimbah pada badannya. Terasa pedih aliran air pada setiap garis luka dibadannya.

DIAM ✔Where stories live. Discover now