33

1.1K 207 52
                                    

 
[Chapter ni extra panjang sebab sis malas nak bahagi dua bahagian hihi korang okay je kan <3 ]

   Usai solat subuh berjemaah, Aidil dan Wafiq terus kembali pulang ke kampus kerana mereka ada aktiviti sukan yang dijadualkan awal pagi.

Zarif setia disitu. Menyiapkan kerja-kerja kuliah di hospital. Tiada sebarang masalah baginya.

Luqman pula tidur saja. Rehatnya masih belum cukup agaknya.

Tatkala jam berdetik 8 pagi, Marissa tiba. Terkejut melihat Zarif yang tertidur diatas sofa bersama kertas-kertas yang menimbun dan komputer riba yang masih terbuka.

Perlahan-lahan dia masuk. Tidak mahu menganggu Luqman dan Zarif yang sedang lena tidur. Kertas yang bertaburan itu disusun kemas. Lantas membersih sisa-sisa plastik makanan yang bertaburan di atas lantai. 

Zarif terjaga.

"Oh!" tersentak dia melihat Marissa sebaik saja bangun.

Marissa membuah senyum kecil. Tiada niat mahu menganggu.

Zarif bangkit segera. Membetulkan rambutnya yang kusut masai. Wajahnya mamai.

"Aku boleh jagakan Luqman. Kau berehat la pulak. Bersihkan diri dan sarapan," kata Marissa, sopan.

Zarif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih 70% jaga. "Emm.." responnya hambar. "emm.. Parents Luqman?" tanya dia pula.

"Oh. Parents Luqman akan gerak dari Perlis malam ni, so mungkin esok baru sampai," beritahu Marissa. Pada awalnya dia tidak mahu membebankan keluarga Luqman, dan keluarga Luqman juga telah meletakkan kepercayaan pada Marissa bagi mewakili mereka. Namun setelah dilihat kondisi Luqman yang belum pulih, wajarlah mereka ada disini untuk memberi sokongan pada Luqman untuk terus sihat dan bertenaga.

"Oh.. okay," ringkas jawab Zarif. Dia mencapai pakaian baru untuk pergi membersihkan diri.

"Berehatlah, Zarif. Ambik masa kau. Lagipun kejap lagi Orked akan datang," jelas Marissa.

Zarif mengangguk sahaja.

Orked.

Sudah lama rasanya tidak bersua muka dengan wanita tersebut. Tanpa sedar bibirnya membuah senyum nipis.

###########

   Wajah Luqman dipandang lama. Serasa hancur hatinya melihat lelaki itu terbaring lemah tidak berdaya. Walhal Luqman seorang yang sangat aktif dan ceria.

Saat dia tidak punya sesiapa disisi, hanya Luqman yang tidak kisah menemani. Seseorang yang kelihatan kasar dan sombong, namun peribadinya mesra dan hangat.

Marissa melakar senyum, terimbau saat-saat lalu bersama Luqman sejak tingkatan tiga. Kini menginjak umur 19, hubungan ini tetap utuh tanpa sebarang badai.

Saat itu, Luqman bergerak perlahan. Sudah terjaga daripada tidur yang lama.  Kelopak mata dicelik lambat. Automatis pandangan dibawa pada Marissa disebelahnya.

Bibirnya digagah untuk senyum. Serasa hilang sedikit lelah. Serasa kurang sedikit sakit.

"You macam mana? Feeling better?" tanya Marissa kemudian menyua secawan gelas air mineral pada Luqman.

Luqman menyisip nipis. "I'm okay," jawabnya seperti biasa.

"Ah!" Luqman memegang telinganya. Terdengar desingan nyaring menyapa halwa. Walaupun telinganya itu sudah berbalut kapas untuk menghentikan titisan darah, serasa tiada guna saja.

DIAM ✔Where stories live. Discover now