BAB 22

111 4 0
                                    

Sampai sahaja di rumah,

Aku terus mengucapkan terima kasih kepadanya sebelum memasuki rumah.

"Mana Aim?? Kenapa dia tak masuk dulu??"tanya ibuku.

"Dia kata dia ada hal.... So, dia kena balik... Tak boleh singgah dulu katanya"balasku dengan penat.

"Ouhhh... Sebenarnya, ibu ada masak lebih... Ibu ingatkan nak suruh Aim lunch ngan kita sekali... Dah kamu kata macam tu, nampaknya kamu kenalah bagi dekat jiran baru kita makanan nanti"suruh ibuku. Aku hanya mengangguk dengan malas.

"Baiklah ibu... Bagi Nia mandi kejap... Nanti lepas kita makan, Nia pergi bagi makanan dekat dorang"balasku. Aku terus menaiki anak tangga.

..............

Habis sahaja lunch, ibuku terus mengarahkan aku untuk memberi makanan pada jiran baru yang duduk disebelah rumahku itu. Baru aku nak hadam makanan, dah kena suruh pula. Dengan langkah yang malas, aku bergerak ke rumah sebelah. Aku mengetuk pintu rumah itu berkali - kali, namun tiada sahutan. Masuk ke lima kali, seseorang membuka pintu dengan perlahan. Mata aku dan dia bertembung. Kemarahanku kembali membuak. Baru sahaja aku nak balik, seorang makcik menegurku dari belakang lelaki itu.

"Ehh, Dania!! Rindunya mama dengan kamu... Dah 3 tahun kita tak jumpa... Nia sihat??"tanya Mama Eryna.

'Macam mana pula Mama Eryna boleh pindah ke sini?'tanyaku dalam hati.

"Sihat Mama Ryn... Mama Ryn sihat??"tanyaku pula.

"Sihat je, alhamdulilah... Makin cantik dan kurus kamu sekarang ya??"puji Mama Eryna.

"Tak delah, Mama Ryn... Saya biasa - biasa je"balasku lagi. Aku hanya memberi senyuman senget padanya. 

"Ibu dah tahu ke yang Mama Ryn jiran baru dia?"tanyaku lagi.

"Of courselah tak tahu.... Nanti mama ingat nak buat suprise pada ibu kamu, kamu jangan bagitau dia ya?"aku tergelak kecil dengan rancangan dia.

"Baiklah Mama Ryn.... Mesti ibu gembira kalau dapat tahu yang Mama Ryn jiran baru dia"balasku. Mama Eryna hanya gelak.

"Nak masuk dulu tak??"tanya Mama Eryna.

"Ehh! Tak pe, Mama Ryn... Saya sekejap je ni... Ibu ada suruh bagikan makanan sikit nihh... Mama Ryn ambillah, ya??"aku menghulurkan bekas makanan itu pada Mama Eryna namun anak lelakinya yang mengambil bekas itu dariku.

"Baiklah, mama Ryn... Saya kena balik dulu... Takut ibu tercari - cari pula..."kataku. Aku cuba cari alasan untuk lari dari situasi ini.

"Hurm... Yelah kalau macam tu... Nak Danial temankan kamu tak??"tanya Mama Eryna tiba - tiba.

"Ehh! Tak pe, mama Ryn... Rumah dekat sebelah je.. Tak de siapa nak culik saya ni"balasku. Aku terus mengelak untuk diteman olehnya.

"Tak pe, mama... Biar Danial yang hantar Dania balik"balas Danial. Tanpa permintaan aku, dia terus menarik tangan aku. Sudah jauh dari pandangan mama Su, aku terus merentap tangan aku.

"Kau ni kenapa ha??! Saja cari pasal dengan aku ke apa??!"marahku. Aku menolaknya menjauhi aku.

"Aku nak temankan kau balik... Tak boleh ke??"tanya Danial.

"Tak payah nak teman aku!! Aku reti balik sendiri... Aku bukan budak ii lagi!"balasku dengan kasar. Aku berjalan melepasinya. Dia mengekori aku dari belakang.

"Asal kau pindah sebelah rumah aku??"tanyaku kasar.

"Saja... Nak dekat dengan kau"balas Danial. Aku hanya menghiraukan kata - katanya.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now