Selepas sahaja pergi makan tengah hari bersama Wan, aku dan dia terus bergerak balik ke pejabat tanpa menyinggah mana - mana. Baru sahaja aku nak membuka pintu kereta, Wan terlebih dahulu keluar dan berlari anak mendapatkan pintu aku. Dia membukakan pintu itu dari luar.
"Thank you, bos," ucapku sambil menundukkan kepala sedikit ke bawah.
"No prob, Nia... Don't forget about the meeting... Btw, PA saya baru call saya yang meeting tak jadi petangg ni... Jadi, esok bolehlah awak pakai formal dan cantik - cantik ya," ujar Wan.
"Bos... Kalau gantikan encik Khuz tak boleh ke? Tiba - tiba saya jadi nervouslah," aku cuba berdalih.
"Tak payah nak mengada ya, Nia... Awak tak dengar ke apa yang saya cakap tadi? CEO kita nak jumpa dengan semua ketua eksekutif di setiap bahagian... Takkan awak dah lupa?" provok Wan. Aku mendengus perlahan.
"Yelah bos.. Saya masuk office dulu," balasku. Tanpa berlengahkan masa lagi, aku terus melangkah meninggalkan dia.
"Ehh Nia! Tunggulah saya... Masuk sekali dengan saya!" laungnya dari belakang sambil berlari anak mendapatkan aku.
"Bos tak payah nak mengadalah! Nanti apa pula budak office cakap pasal kita," aku cuba mempercepatkan langkah apabila Wan dapat menyaingi aku.
"Alahh, awak nak kisah apa? Lagipun, kita bukan ada apa - apa hubungan kan? Biar jelah dorang nak buat fitnah pasal kita pun," ujarnya tanpa rasa bersalah.
"Bos ni kan... Kita sebagai orang yang bakal ditimpa fitnah, janganlah bagi diorang buat fitnah... Sedangkan kita dah tahu yang diorang akan buat cerita pasal kita," balasku tak puas hati.
"Yelah tapi... Nia, watch out!" Wan terus menarik tangan aku sebelum aku terlanggar seseorang yang berada di hadapan aku. Tanpa aku sedar, badan aku sudah bersandar di dadanya. Mata aku tertumpu pada figura yang hampir aku langgar tadi.
"Nial," ujarku perlahan. Lelaki itu memandang aku dengan pandangan yang agak tajam.
"Maafkan kami berdua, Tengku," Wan memohon maaf bagi pihak aku. Aku yang bagaikan baru tersedar dari lamunanku terus berdiri tegak. Aku membongkokkan sedikit badanku. Dalam hati aku dah sumpah seranah diri sendiri kerana tidak berhati - hati.
"Dari dulu sampai sekarang, awak tak berubah ya Dania," balas lelaki itu.
"Tengku kenal Dania?" tanya Wan. Dia memandang aku. Aku pandang Danial.
"Lebih dari kenal, right miss Dania?" tanya Danial. Aku mengalihkan pandangan aku dengan cepat ke arah Wan.
"Ha? Ye... Ye ke? Saya rasa saya tak pernah jumpa Tengku... Maaflah, tapi saya rasa Tengku salah orang ni," aku menggarukan kepala tidak gatal. Aku cuba mencari idea untuk lari daripada situasi ini.
"Are you sure, Nur Dania Farhana?" dia menyebut nama panjangku. Aku mati kata untuk seketika. Wan memandang aku meminta jawapan.
"Ehhh bos! Kita dah lambat nak ke office kan? Kami minta diri dulu ya, Tengku... Have a safe journey!" aku terus menarik tangan Wan yang masih diam dan berlalu pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang. Bila sudah sampai di hadapan lif, aku baru melepaskan tangan Wan. Dia masih diam sejak tadi.
"Bos ni dah kenapa? Macam kena sampuk je?" tanyaku risau apabila dia tiba - tiba hanya termenung.
"Awak... Pegang tangan saya tadi, Nia... I'm speechless," kata - katanya membuatkan aku terngadah.
"Apa bos ni?!" aku memukul bahunya menggunakan beg tangan aku.
"Alah awak ni, saya nak bergurau sedikit pun tak boleh," balasnya lalu menoleh ke kiri, tak nak melihat aku.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...