BAB 45

54 1 0
                                    

"Biy... Lily tu baiklah," ujarku sambil mata memandang ke arahnya yang fokus memandu. Dia mengangguk perlahan.

"Suara dia pun sedap je didengari... Senang hatilah," tambahku lagi. Dia masih tidak mahu memandangku.

"Kenapa biy tak couple dengan dia?" pertanyaanku berjaya membuatkan dia menoleh ke aku.

"Siapa kata biy tak pernah couple dengan dia," balasan Danial membuatkan aku tersenyum nipis.

"Habistu, kenapa biy tak kahwin dengan dia?" tanyaku lagi cuba memprovok dia.

"Dear sengaja nak sakitkan hati sendiri ke apa ni? Biy tak sukalah dear tanya soalan macam ni... Nial dah akad Nia jadi isteri Nial, buat apa nak fikirkan masa lalu Nial lagi... Lily tu pun dia dah ada pilihan hati sendiri... Jadi, please stop tanya Nial soalan yang jawapannya yang boleh sakitkan hati sendiri," balasnya dengan nada sedikit tegas. Panggilan manjanya pada aku pun sudah berubah. Kerutan di dahinya juga jelas menandakan yang dia sedang marah. Aku terus menundukkan kepala. Rasa bersalah menghurung hati. Betul kata Danial, aku sengaja memprovoknya dan sebaliknya, jawapan dia itu membuatkan aku sedih dan ingin berkecil hati dengannya. Tapi, aku hanya ingin tahu. 

"Dear...," panggilnya dengan nada meleret. Aku memandangnya dengan mata yang sudah bengkak. Tapak tangan aku sudah basah dengan air mata sendiri.

"Dear!" katanya dengan terkejut. Sejurus itu, dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia terus memeluk aku dengan erat.

"Maafkan biy... Biy tak sengaja nak naikkan suara dekat, dear... Biy tak nak dear sakit hati sebab kisah silam biy... I'm begging you, stop crying," dia mengusap belakang aku dengan lembut. Esakan aku semakin kedengaran. Aku membalas pelukannya. Aku menyembamkan muka pada bahunya.

"Dear... Hikss... Minta... Minta maaf sebab tanya... Hiksss... Pasal tu dekat biy.... Hiksss... Tapi dear cuma nak tahu... Hiksss," bahy aku terhenjut - henjut menahan sendu.

"No, dear... Dear tak salah... Biy yang salah sebabkan marah dear tadi... Biy tahu yang dear tak ada niat apa - apa dengan tanya soalan tu dekat biy... Biy je yang terlalu ikutkan perasaan... I'm sorry, okay?" dia memegang kedua - dua belah pipi aku. Aku mengelap muka aku dengan lengan baju. Aku mengangguk laju. Dia mencium bibir aku sekilas untuk meredakan tangisan aku.

"Dah... Jangan menangis lagi, kalau dear menangis biy tak nak gerakkan kereta ni... Biar biy peluk je dear sampai malam," ujarnya dengan geram. Aku cuba mengukirkan senyuman.

"Dear tak menangis dah," aku memeluk lengannya. Dia mengusap kepala dan mencium ubun - ubun kepala sebelum gerak pulang ke rumah semula.

Sampai sahaja di rumah, aku membantunya untuk mengangkat beg kampung kami. 

"Dear letak je beg dekat tepi tangga tu, nanti biy bawa naik... Dear tolong panaskan lauk yang kita bungkus dekat rumah mama tadi ya," arahnya perlahan sambil meletakkan makanan itu di atas meja makan. Aku mengangguk lalu mendekatinya. Sebelum dia beredar, sempat dia menghadiahkan aku ciuman di pipi. Aku menggelengkan kepala dengan sikapnya asyik mencium aku. Sambil aku memanaskan lauk, sambil itu juga aku masak nasi untuk kami berdua makan nanti. Aku menyapu sedikit lantai yang terasa berhabuk selepas aku masuk ke dalam rumah.

"Dear...," leretan suara itu memberhentikan tindakan aku. Aku memandangnya dengan muka terpinga - pinga. Dia menghampiri aku dan mengambil penyapu itu dari tangan aku.

"Ehh, biy! Dear nak sapulah," ujarku. Aku cuba untuk mencapai penyapu itu semula.

"Nope! Biar biy buat ni," aku terngadah dengan balasannya.

"No! Janganlah macam ni, biy... Kesian dear," kataku.

"Sebab kesianlah biy tak bagi dear buat kerja ni... Pergi settlekan dekat dapur tu dulu... Biar biy yang sapu ruang tamu ni," ujarnya lembut. Aku mencebikkan bibir lalu beredar dari situ. Tak lama selepas itu, pinggang aku dipaut dari belakang. 

"Dear nak tahu tak... Tadi ada orang tu muncung dia panjang betul, rasa macam nak cium je," bisiknya lalu menghidu leher aku.

"Gatallah biy ni... Sanalah, dear dah berpeluh ni," aku cuba menolaknya jauh daripada aku.

"Alang - alang dah berpeluh ni, jomlah mandi sekali... Biy pun dah berpeluh," balasnya. Dia makin mengeratkan pelukannya. Aku tergelak kecil apabila dia mula menggigit leher aku. Aku sedaya upaya mengelak daripada dia terus menerus meninggalkan bekas di leher aku.

"Biy," panggilku. Perbuatannya terhenti.

"Ya?" sahutnya. 

"Biy tak penat ke layan dear? Biy tak penat ke kena buat kerja rumah? Yelah, bila dear nak tolong biy tak bagi... Tahu tak, dear ni rasa bersalah je tau," aku melepaskan apa yang terbuku di hati aku selama ini. Dia menutup api dapur dan memalingkan tubuh aku. 

"Kenapa pula? Memang tu kan tanggungjawab biy... Peranan utama isteri hanyalah layan suami, jaga makan dan pakai tu adalah bonus untuk isteri dapat pahala... Biy tak pernah rasa penat nak layan isteri biy... Susah penat biy nak dapatkan dear, takkan biy nak sia - siakan dear lagi? Cukuplah beberapa tahun biy sengsara sebab tak dapat jumpa dengan kawan baik dan crush biy ni... Sekarang ni, Allah dah bagi peluang dekat biy untuk jaga dear sebaik mungkin," air mataku mula bertakung dengan ucapannya. Apa sahaja yang keluar daripada mulutnya selepas kami diijabkabulkan, tak pernah sekalipun aku tak mengalirkan air mata. Kata - katanya semua penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang.

"Lahh... Kenapa menangis pula ni? Biy cakap lembut - lembut je tadi, mana ada nak marah dear," aku tergelak kecil apabila dia gelabah. Dia menarik aku dalam pelukannya.

"Bukan sebab tu, biy... Dear cuma terharu sebab dapat suami yang sangat memahami... Dear bersyukur sebab apa jua rintangan yang kita lalui dulu, kita masih dipertemukan... Dear sedih sebab dear dah sia - siakan biy dulu.... hiksss," terhambur juga tangisan aku lagi sekali. 

"Ya Allah, dear... Biy yang sia - siakan dear dulu... Biy yang lepaskan dear dulu... Disebabkan dulu biy junjung sangat ego tu, sampai biy hina dan caci dear semata - mata kena dare dengan kawan - kawan biy... Biy bodoh dulu... Biy sedar yang biy sukakan dear sejak kecil... Tapi biy nak menang dare tu, biy sanggup sakitkan hati orang yang biy sayang... Biy sanggup tengok air mata yang berharga ni mengalir sebab biy... Biy bodohkan dulu dear? Dan disebabkan itu juga, dear tinggalkan biy... Dan biy ingat biy tak akan jumpa dengan dear buat selama - lamanya...," kali ni, dia pula yang menurunkan air jernih di pipinya. Aku tersenyum melihatnya. Aku menangkap pipinya dan mendaratkan bibir aku ke atas bibirnya sekilas. Aku baru nak lepaskan, tetapi dia menarik tengkuk aku. Dia memperdalamkan ciuman itu. Dia mengangkat aku naik ke atas meja makan. Tangan aku melilit ke lehernya manakala tangannya memegang pinggang aku. Selepas beberapa minit, baru dia melepaskan ciuman itu. Aku menarik nafas dalam. Dia menyatukan dahi kami berdua.

"Kita sama - sama ada salah biy... Dear maafkan biy seikhlas hati, dan dear pun nak minta maaf dekat biy," dia merenung dalam anak mata aku. Dia melabuhkan bibirnya ke dahi aku.

"Biy sentiasa maafkan dear... Dear tak pernah ada salah dengan biy... Biy minta maaf juga, ya?" ujarnya. Aku mengangguk. Aku terus memeluknya dengan erat.

"Jom mandi?" bisiknya. Dia sudah tersenyum senget. Tanpa menunggu balasan aku, dia sudah mengangkat tubuh aku dan naik ke bilik kami berdua,

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now