Selepas beberapa jam,
Kami bertiga tiba ke destinasi agak lambat disebabkan beberapa kali kami berhenti di tepi jalan kerana Dania ingin muntah. Turun sahaja dari kereta, semua mata memandang ke arah kami. Keadaan Dania sudah pulih kepada sedia kala. Dia kini lebih bertenaga daripada tadi. Dia terus mengambil beg dari tangan aku dan Fahim, kemudian bergerak ke arah budak perempuan yang sudah berbaris secara memanjang.
"Fahim! Danial! Apa lagi kamu tercegat dekat situ?! Nak saya pimpin kamu masuk dalam barisan ke??!"jerit Sir. Zaninurin dari jauh. Terkulat - kulat, aku dan Fahim memasuki barisan lelaki. Kelihatan Dania sedang mentertawakan aku dan Fahim.
"Dania! Kamu gelak apa?! Tak nampak ke saya tengah bagi briefing ni?!! Kalau awak tak faham nanti, siapa yang susah?! Saya jugak!"laung cg Syikin dari depan. Mukanya terus berubah. Aku sudah mengekek menggelakkannya. Dia memandang aku dengan wajah yang masam.
"Padan muka!"ujarku. Dia membuat muka hodoh sebelum pandang ke hadapan semula.
................
[NUR DANIA FARHANA POV]
"Dania! Memandangkan ini kali pertama awak join kem seperti ini.... Saya sarankan awak bina khemah bersebelahan dengan khemah saya.... Kalau apa - apa jadi pada awak... Saya boleh pantaukan... Tak delah awak susahkan 2 orang hero awak tu sahaja"cikgu Saleha berseloroh dengan aku. Aku hanya menganggukkan kepalaku tanda setuju dengan kata - katanya. Memang ini kali pertama aku menyertai program seperti ini, lagi - lagi bukan dalam kawasan sekolah. Itu agak menakutkan bagi aku yang tiada pengalaman langsung dalam berkhemah even dengan keluarga sendiri sekali pun. Aku bukanlah seorang anak yang manja tapi ibu ayah aku sendiri yang melarang aku untuk pergi berkhemah, lagi - lagi apabila melibatkan dalam hutan. Walaupun ada Fahim dan Danial sekali pun.
"Ailee.... Nak satu khemah dengan saya tak??"tanyaku pada salah seorang rakan sekelasku. Walaupun aku tidak rapat dengan mereka, tetapi semua nama budak kelas aku tahu.
"No, thanks.... Saya dah ada partner"balasnya dengan senyuman yang nipis. Aku menggarukan kepala yang tidak gatal. Takkanlah malam ni aku nak kena tidur seorang??.
"Sarah.... Awak nak""Tak pe! Saya pun dah ada partner!"belum sempat aku menghabiskan ayatku, dia sudah menghabiskan kata - katanya sambil memeluk lengan Atiqah.
"Ouhh... Yeke?? Tak pelah macam tu"balasku dengan senyuman yang dibuat - buat.
"Nia!!"aku menoleh. Kelihatan Danial dan Fahim sedang menghampiri aku.
"Nial dengan Aim, kenapa datang side perempuan??"tanyaku pelik. Dahiku berkerut seribu memandang dua hamba Allah depan aku ni. Dorang dah dirikan khemah ke?? Sekejapnya.
"Kau, dah ada pasangan belum??"pertanyaan Fahim membuatkan aku terdiam. Aku menunduk ke bawah dan menguis - nguis tanah menggunakan kaki aku.
"Dorang still tak layan kau ke??"tanya Fahim lagi.
"Ehhh, bukan macam tu! Dorang layan je, Nia.... Tapi dorang semua dah ada partner, lagipun jumlah budak perempuan ganjil bukan genap... Jadi, mesti ada sorang yang akan tidur sesorang.... Dah orang tu, Nialah!"kataku dengan senyuman palsu. Aku menggenggam tangan aku untuk menahan diri aku daripada menangis. Aku tak sangka sampai macam ni sekali aku dilayan oleh mereka. Selama ni, ada Danial dengan Fahim untuk melindungi aku. Tapi kali ni dorang berdua perlu berjauhan dengan aku. Mungkin, inilah akibatnya bila aku berkawan rapat dengan prince charming sekolah kegilaan budak perempuan dekat sekolah ni.
"Dahlah, jom!"Danial menarik tangan aku.
"Ehhh?! Nak pergi mana??!"terkejut berukku di buatnya apabila dia main sergah sebegitu sahaja.
YOU ARE READING
HATER TO LOVER (Complete)
RomancePada mulanya, dia sangatlah menyukai sahabat baiknya itu. Tapi akhirnya rasa suka itu bertukar menjadi benci apabila 'crush' yang disangka selama ini sahabat selamanya adalah kuih talam! Dihina, dimaki, ditengking di khalayak ramai. Membawa diri ke...