BAB 7

84 7 0
                                    

[TENGKU FAHIM HELMI POV]

Sedang sibuk aku dan Danial mendirikan khemah, kami ternampak semua orang sedang berkumpul di suatu tempat.

"Asal tu??"tanyaku pada Danial.

"Manalah aku tahu"balas Danial yang masih sibuk memperbetulkan keadaa khemah itu. Tiba - tiba, kami terdengar perbualan salah seorang dari batch kami.

"Weyh! Aku dengar cerita Dania pengsan weyh!"kata seseorang dari belakang aku.

"Macam mana boleh jadi??"tanya kawan dia.

"Tak tahu doh! Jom pergi tengok!"ajak kawannya. Aku dan Danial memandang antara satu sama lain.

"Nia!"kami berdua menyeru namanya serentak. Aku dan Danial terus berlari ke arah sekumpulan itu. Aku dan Danial menolak semua orang yang menghalang laluan kami. Sampai sahaja di bahagian depan, kelihatan cikgu Syikin sedang cuba menyedarkan Dania. Kami berdua mendekati cikgu Syikin.

"Cikgu.... Apa dah jadi??"tanya Danial dengan muka cuak.

"Saya tak tahu.... Lepas sahaja dia pergi ambil air, dia terus jadi macam ni"balas cikgi Syikin. Aku menyentuh muka Dania.

"Dania... Bangun... Bangun"aku menampar sedikit pipinya. Tiada tanda - tanda untuk dia sedar. Danial terus mengangkat tubuhnya.

"Aku nak ada orang mengaku siapa yang buat benda ni!! Kalau tak ada, aku tak teragak - agak nak panggil polis datang sini!!"tengking Danial sebelum beredar dari situ.

"You guys mess up with the wrong people"sambungku lagi. Semua di situ sudah menayangkan muka takut.

"Cikgu.... Saya beredar dulu"kataku lalu menunduk hormat.

................

Di dalam khemah,

Danial meletakkan tubuh Dania di atas tikar yang kami bentangkan. Tiba - tiba, tubuh Dania tergerak sedikit.

"Dania??"panggil Danial lembut. Dania cuba untuk membuka matanya dengan perlahan.

"Nia dekat mana???"tanya dia dengan lemah.

"Dalam khemah kami"balasku. Dia terus terduduk secara drastik. Dia memegang kepalanya membuat kami berdua risau.

"Macam mana boleh ada dekat khemah korang?? Kenapa bukan dekat khemah Nia??"tanya dia lagi.

"Kau pengsan"balas Danial pendek.

"Macam mana kau boleh jadi macam ni??"tanyaku pula. Dia diam. Lama kami menunggu dia menjawab.

"Nia, better kau bagitau aku apa yang jadi sebelum aku call ibu dengan ayah... Langsung kau terus tak dapat join kem ni nanti!"ugut Danial.

"Janganlah.... Nia tak nak bagitau sebab nanti dorang diambil tindakan"balas Dania perlahan.

"Habistu?! Takkan nak biarkan dorang macam tu je?! Kalau dorang buat balik?! Macam mana?!"aku pula yang naik angin. Dalam keadaan begini pun, dia masih nak membela orang lain.

"Dorang cuma tak suka Nia sebab Nia rapat dengan Aim dan Nial.... Sebab tu dorang marah Nia"ujar Dania.

"Sebab tu je?! Kau bagitau aku sekarang, siapa yang buat kau?! Sebelum aku dapat tahu sendiri, better kau bagitau aku!"Danial mula bengang.

"Aku rasa aku tahu siapa"sampukku. Danial memandang aku dengan wajah yang merah.

"Siapa??"tanya dia.

"Khairiah and the geng"balasku.

"Tak guna!! Perempuan tu memang tak pernah nak serik... Since kita darjah 4, selalu buli Nia... Hari ni, aku nak dia bayar hutang dia dengan aku"nampaknya, Danial betul - betul marah kali ni. Memang betul, sejak darjah 4 lagi Dania sudah dibuli oleh geng Khairiah. Sebab? Dania rapat dengan kitorang. Katanya Khairiah, aku dan Danial ni ibarat prince diorang. Aku yang dengarnya pun nak termuntah. Belum sempat Danial nak melangkah keluar dari khemah ini, Dania menahan tangan Danial.

HATER TO LOVER (Complete)Where stories live. Discover now